4 Jul 2015

Panggilan yang tak dinanti.

Assalamualaikum.
Annyeong chingu!


Masa last day kat tempat internship hari tu, aku ada terima satu panggilan dari nombor 03-xxxxxxxx. Aku masa tu tak expect apa-apa. Sebab masa tu pun aku ada menanti panggilan untuk interview kerja, since aku ada la jugak apply sementara tengah tunggu intern habis. So bila dapat no office cenggitu aku pun angkat. 



(serious aku susah untuk cakap 'tak' pada orang)






Aku prefer texting compared dengan call. Tapi paling aku prefer, tak mesej tak call. Too lazy to answer the call too lazy to text back. Aku pun tak tahu perangai sapa aku inherit ni. Unless ia betul-betul urgent and melibatkan hal kerja, aku akan buat exception lah. Other than that, untuk non emergency case, aku akan jadi malas. 


Dan untuk panggilan yang sebegini (insurans) lagi lah aku malas. But bila dah jawab tu, aku susah nak cakap 'NO' 'SAYA TAK NAK'. Aku akan dengar separuh penerangan dia dan baru aku cakap tak nak. Sebab aku tak nak dia bazirkan air liur untuk aku yang memang tak berhajat pun nak beli insurans.  Nak cakap awal-awal 'tak nak', kesian la pulak. But somehow, bila dia dah di pertengahan tu jadi lain pulak. Bila aku cakap tak nak, dia akan cakap just dengar je dulu, dia cakap tak paksa tapi suruh dengar je dulu.


Even kau dok ulang 'tak pe lah saya tak nak' sebanyak 5 kali selang 40 saat pun dia tetap bebel terangkan itu ini. I wonder macam mana  lah dia boleh jadi sedegil itu. Kenapa degil sangat hah! Kalau aku jadi dia, aku dah pi cari pelanggan lain. Dah orang tak nak. Dah cakap banyak kali tak nak takkan tak paham. Aku pulak yang risau, kesian kat dia dok explain panjang-panjang.


Disebabkan orang yang call macam ni terdiri dari orang yang degil-degil, jadi senjata aku yang terakhir adalah ayat ini :

"Minta maaf, saya tengah kerja ni"

Dan taktik ini mungkin kadangkala dapat respons yang baik dan mungkin juga tidak baik macam respons kat atas. Takpe lah asalkan dapat lepas. Kalau ikutkan boleh je letak terus gagang telefon. Tapi aku pun tak tahu kenapa aku sopan sangat. 


Lepas tu, ada jugak yang tak mengaku dia jual insurans. Bila aku tanya elok-elok dia tinggikan suara. Aku tanya je whether menda yang dia cakap tu pasal insurans ke tak, kalau bukan kenapa dia nak melenting. Dia cakap dia cuma nak terangkan program baru apa entah, tapi dok high pitch ngan aku. wth.








Pernah satu kali dapat yang jenis busy body.







Busy body campur negative thinking. Terkejut dia tak boleh blah. Masalahnya ada ke orang nak mengaku buat benda tak senonoh dekat random people. Masa tu aku tengah buat projek fyp. Suara dia aku ingat lagi, macam chef wan. 


Kesimpulannya, orang-orang insurans jangan dok call aku lagi. Kang aku keluarkan duit dari bank ko kang. Kalau aku nak, aku pergi sendiri. Tak yah susah-susah nak explain. Rite nauu i don't need it. Lagi satu jangan paksa orang lain, kang nanti tak pepasal kena sumpah seranah dek orang. Tapi setakat ni aku belum sampai tahap menyumpah lagi lah. 



Oh oh, hari tu sehari before puasa aku makan dengan kak Z lagi , makan Burger Factory. Kak Z cakap sphagetti dia sedap. Bebola daging pun dia tak kedekut.




Kbai.




10 comments:

cEro said...

Aku pun selalu dapat panggilan dari ejen2 insurans ni,
kekadang dia sampai tahu nama aku.
Aku suspect ada orang jual info pengguna dgn ejen2 ni sbb dia boleh tahu nama n no ic sekali.

Sampai laa ni, aku boleh hafal 2 no dr ejen tu.
Tiap kali ada call dr no tu, aku takkan angkat.

Kalau kau nak tau no tu ejen ke sindiket ke, kau boleh google nombor tu.
Ada orang siap buat page senarai penuh lagi no-no yg dikatakn ejen jual insurans ni.
Try laa google.

Bro Ley said...

yang jawab 'haaa..tengah buat projek tu x boleh blah betul....Rilek sudah, menggelabah je pikir pasal projek lain. Aku pun x suka kalau insurans call ni. Kalau aku la...dah penat dengar aku letak je kot phone tu....Sabar betul kau ni dengar sampai habis..

YAng x ngaku syarikat insurans tu pun boleh tahan gak kan.....semangat betul cuma nak bagi penerangan kat random people... :)

Anonymous said...

hahaha yg last tu tahpape sangatlah xD haihhh kalau saya dh lama dh maki dia balik. tpi serious, panggilan2 mcm ni mmng mengganggu. so far x pernah dpt lagi panggilan insurans cmni tpi kalau dpt... insyaAllah saya letak je telefon. hahahaha

nanadhoi said...

@cEro,

kann. Annoying gilaa.
Yep biasa la tu. Bisnesss.

Uikss siap hafal. I guess kena save jugak la nombor dorang. So that bila dorang call, takyah angkat. Good idea.

Oh srsly? Boleh google? Alright will do! :)

nanadhoi said...

@Bro Ley,

memang tak leh blah. Mesti laki yang jenis suka gosip-gosip.
eh? #puasa.

Bukan sabar, tapi rasa bersalah, tak sampai hati. Kesian dia.
Memanglah annoying, tapi entah lah, ini lah dia bila terlalu nak jaga perasaan orang. HAHHAHHA

Yes, dia memang under bank jugak, but somehow dia kata nak bagi penerangan on Skim terbaru. Yes, penerangan pastu dok paksa-paksa. Penerangan sangat. puii

nanadhoi said...

@Mazni Munawar,

HAHAHAH. Ambui garangnya adik. HAHAHA
Akak setakat ni boleh tahan sabar lagi, so layankan aje.
Better jangan dapat. Nanti tak pepasal kita pulak yang kena marah.
AHHAAHA

Umi Azureen said...

Nad, kalau umi, umi ckp xde masa lepas tu kalau dia degil, cakap "Encik, saya ni student lagi. Maaf ye, jap g ada kelas". Konfem dia letak sebab student kan miskin, non hado duit. Kalau ckp kerja lg dia offer.

Rasya | nurulrasya.com said...

comel je entry ada doodle. buat sendiri kan?

nanadhoi said...

@Umi Azureen,

Tapi Umi, ada satu hari tu cakap "saya student lagi",
pastu dia cakap, banyak yang beli insurans tu student lah apa lah,
bebel pepanjang. Haiiihhhh. Annoying gila kot. Ada je point dia.HAHAHA

nanadhoi said...

@nurul rasya,


Eh tade lah. Aah, tapi main lukis je. Hihih

Anyway, terima kasih :)

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.