13 Jul 2015

Antara Dua

Assalamualaikum.
Annyeong chingu!


Herh. Currently aku tengah konfius nak buat decision untuk masa depan aku. Aku tak sangka walaupun aku cuma ada dua pilihan, tapi aku still susah nak decide. #indecisive. Diringkaskan cerita aku ada dapat offer dua job, dan aku konfius nak pilih mana satu. Okay kita namakan je lah Company A and Company B.



[Cerita sampingan]


Sebelum tu, aku ada attend interview kat Syarikat C pagi tadi. Actually interview ni aku datang tanpa ada motif pape pun. Aku memula apply this position dekat Jobstreet. Aku masa tu tak fikir pape sangat bila tekan apply. Tapi tak sampai 10 minit aku tetiba ubah fikiran sebab aku rasa aku tak layak untuk position tu. So aku withdraw lah application tu. Tetiba ehh ada orang call. Rupanya orang syarikat tu nak invite aku pi interview, padahal aku baru je withdraw. So itulah kisahnya aku pi gak interview tu sebab I can't say no to peoples. #sadis

-Tamat-


Okay, balik je interview dengan Company C, aku terbongkang tido atas lantai. Tengah syok tido tetiba mak aku kejut kata ada call. Rupanya syarikat yang aku pi interview minggu lepas yang call. Yang aku sibuk duk baca Java bagai tu. Kita namakan syarikat ni as Company A la eh. Dia kata aku dah di shortlistkan dan terpilih. 





Okay aku ringkaskan kisah interview aku dengan Company A minggu lepas:

  • Memula aku kena interview dengan HR
  • Aku kena jawab Personality Test (10 minit)
  • Aku kena jawab IQ Test (15 minit) - which aku salah 3 daripada 20 soalan
  • Aku kena jawab SQL Test (30 minit) - which aku rasa banyak salah, sebab aku tak prepare
  • Kena interview dengan Manager IT dept





Ini pulak pasal Company B :

Company B ni sebenarnya dia ada collaborate dengan gov. untuk buat program hire fresh grad yang tak dapat kerja lagi. Aku attend interview dia, dan aku dapat. Kontrak setahun.



Problemnya sekarang aku konfius nak pilih mana satu. Dua-dua syarikat besar dan terlalu bagus untuk aku yang tak berapa bagus. Sebenarnya, aku ada plan perjalanan career aku sebelum ni. First, plan dia cenggini lah:


Aku nak cebur dalam bidang teknikal dulu, then jadi senior exec. then jadi project manager. Itu plan aku lah. Sebab tu aku gigih nak attend interview dengan Company A eventho aku for sure dah diterima oleh Company B. But somehow, mak aku kata location Company A terlalu jauh, dia sangsi whether aku dapat travel dari Ampang ke Damansara hari-hari. Tapi kalau ikutkan career plan aku, aku patut pilih Company A. But somehow, mak aku prefer aku cari keje gov. or keje yang berdekatan dengan rumah which is untuk situasi ini Company B lah yang paling sesuai untuk aku join sementara tunggu dapat offer kerja gov. / keje yang berdekatan dengan area rumah. Dan kalau perlu career plan aku untuk diubah, ia akan menjadi sebegini :




Tapi aku still konfius yang mana satu. So aku decide nak letak pros and cons Company B dan Company A.

Company B

  • Kontrak setahun
  • Elaun RM1800
  • No EPF and Socso (sebab dia under program)
  • Skop kerja - IT Related
  • Dekat dengan rumah
  • Jimat duit
  • Tak penat
  • Tak Stress sangat
  • Ada kemungkinan dikeji kengkawan pasai gaji depa semua besar-besar
  • Happy
  • Boleh tukar kerja tapi bagi 1 month notice




Company A

  • Kerja permanent
  • Gaji RM2300
  • Ada EPF and Socso
  • Programmer dan cerah masa depan dalam bidang IT
  • Jauh dari rumah
  • Buang masa banyak (Perjalanan balik dari office ke rumah)
  • Penat dan mengantuk
  • Berkemungkinan untuk stress
  • Sebolehnya kerja dengan company for 2 years, if nak tukar company lain pun
  • Balik kerja susah nak dapat public transport
  • Manager IT dept seems baik
  • Banyak kes ragut (Auntie cina bagitahu masa kitorang borak sambil tunggu bas)



Kalau ikutkan hati memang aku nak pi Company B,  but somehow aku terfikir what if aku kena bawak balik kerja and aku tak dapat selesaikan pasai aku dah penat travel dari office balik ke rumah. Aku taknak lah bagi impression yang buruk pada majikan. Lagi-lagi majikan yang berlainan kaum, nak juga nama kaum sendiri. Itu je yang aku fikir. Aku ni pun lately, kalau nak tido, aku bantai je tido. Bila bangun baru kelam kabut sebab tak siap itu ini.



Dalam hati aku duk suh pilih Company B untuk masa depan yang cerah dalam bidang IT. Dari sisi lain pulak, suh aku pilih apa yang menggembirakan hati aku. Dan suruh aku tawakkal biar Allah bagi apa yang terbaik bagi aku. Dan aku pun rasa bersalah pulak kalau mak aku kata tak redho nanti. I guess I should be more fleksibel lah. Always ada jalan alternatif lain. Moga Allah permudahkan urusan aku dunia akhirat.



Minta maaf cerita tunggang langgang. Aku pun tak tahu macam mana nak cerita. Bai.

p/s: Dan aku kena confirm antara dua tu Rabu ni.



6 comments:

Bro Ley said...

pehh..ini betul punya konfius ni sampai tunggang terbalik entri...ingatkan dah habis lepas p/s tu...rupanya ada lg cerita tergantung kt bawah tu... pastu aku yg jadi konfius...x paham mana satu company yg diidam-idamkan sgt sebenarnya? A ke B? A sebenarnya kan?

Pada aku baik masuk company A tu sebab awal2 ni better cari company yg boleh bg byk experience...kalau dah ada experience lg senang nak dpt job lain lepas ni, maybe lebih mudah nk demand salary mana tahu....kalau nak kerja lain yg rilek2 tu nanti la bila dah kahwin ke.....

Tapi tu la kalau company A tu..jauh sikit la kan. Kalau dia punya jauh ni rasa sgt membebankan, then pilih la company B yg collaborate dgn gov tu...

apepun, buat la istikharah mintak petunjuk. kita x tahu apa yg terbaik utk kita tp Allah tahu segala-galanya. Good luck. :)

nanadhoi said...

@Bro Ley,

Sepatutnya da habis, tapi tak sedar la pulak ada lagi sisa yang belum dipadam kat bawah.HAHAHAHAHA Nasib baik la Bro bagitahu, kalau tak. *double facepalm*

Kalau ikutkan utk career path mmg Company A, tapi kalau dari segi keselesaan Company B. HAHAHAH, okayyy tetiba pening gak. #indecisive

Betul, company A mmg bagus, bg banyak experience. Exactly the same pemikiran kita. Tapi tu lah dia jadi konfius bila pendapat orang lain pun pula dikira dan ada hati perlu dijaga. Hmmm


Hmmm Company A tu terasa jauh sebab pakai public transport. Masa banyak buang atas jalanraya, then balik for sure penat. Tak sempat nak godek kerja lagi dah. Sudahnya kerja tak siap,takut tu yang terjadi. But Company B mmg tak bg experience byk lah compared to company A.


Tetiba kembali pening. Baik Bro Ley, terima kasih atas nasihat :)))




Unknown said...

nadddd. ain nii. ahaha, baru nak try comment. tak kisah laah noob ke tak, aha. try gak comment.
btw, choose benda yg boleh bawak happiness and yg penting restu ayah bonda n don't forget masa kerja nanti carilah keberkatan. Nescaya kamu akan rasa hasilnya. Walaupun sedikit hasilnya dapat dirasai.

Moga Allah mempermudahkan segala urusan kamuu my dear friend. Moga dgn pilihan ini membawa kamu dekat padaNya. Allahuma Ameen.

cEro said...

Dari cara kau tulis entri ni,
aku rasa kau dah pun buat keputusan walaupun tak sedar.
Kau lebih berat ke arah company B yg dekat dgn rumah tu.
Lagipun itu pilihan ibu, so ada sedikit keberkatan dan doa di situ.

But yet, yang nak kerja dan berkerjaya ialah kau.
Cuba buat solat sunat mintak petunjuk macam mana...
InsyaAllah, mana2 jalan pun akan dipermudahkan.

Good luck :)

(aku je belum2 jumpa lagi kerja idaman...
**sigh**)

nanadhoi said...

@Ainnnn,


hehhe, mana ada noob. Maju majuu.
Yepp betul tu. Tapi currently, indecisive balik.
Orang try pikir dulu...

Aminnnnn. Thanks Ain :)

nanadhoi said...

@cEro,

Ermm maybee, masa tulis entri ni, aku lebih berat ke arah Company B.
Sebab jarak yang dekat. Sesuai untuk aku yang takde transport sendiri.
Yepp pilihan mak, sebab mak aku sebenarnya bercita-cita anak pompuan dia keje gov. Tapi nak tunggu gov tu lama lagi, so dia tend pilih company yang kita tak terikat lama sangat.


Yeppp, truee. InsyaAllah.


Thanks cEro :)

(cEro takpe bersabar, actually dua-dua ni bukan kerja idaman aku, and I do realise nak dapat kerja idaman bukan senang. Dan aku dah tolak pun yang aku dapat kat Cyber tu. T.T. And actually programmer bukan keje idaman aku, yes I do love codes, coding tapi untuk jadikan as kerjaya tu... Aku prefer job yang less stress lah. Kalau tanya kawan aku, mesti banyak yang tahu aku tak minat dan tak berhajat langsung nak jadi programmer. HAHAHA)

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.