List ini dicipta pada tanggal 18 Oktober 2013 oleh owner blog setelah diperap sekian lama di dalam kepala. Khuatir beliau mungkin terlupa senarai 'To Be Accomplished' kerana kapasiti memori beliau yang rendah, lalu beliau laju-laju mengambil langkah proaktif. Selain itu, ia bertujuan untuk memotivasikan diri beliau untuk melaksanakan setiap perkara yang telah disenaraikan. InsyaAllah. This is sooo gonna be long post. SOON.
1. Hafaz Al-Quran
One day, i hope i'm able to memorize all those ayah's in Al-Quran. InsyaAllah.
2. Buy a home
Of course one day nanti semua ada rumah sendiri. But this one, i'll buy to rent it to another person. So that I'll gain more money. $.$. *bling*
3. Customize Own House
Nanti bila dah ada my own house, i'm gonna customize, decorate it the way I want it to be. The landscape, decorations, jenis perabot, letak duduk perabot, and so on. Ikut citarasa sendiri. Simply because, gua rasa citarasa gua agak tinggi. HAHHAH.
Nanti, dalam rumah gua nak dapur yang besar. Barulah rasa semangat sikit nak masak, nak bake. Enjoy pun enjoy. Lepastu, aku nak ada satu bilik untuk mini gym, lepas makan-makan boleh bakar kalori. Dalam gym tu aku nak environment macam dancing room yang macam dalam tv, yang banyak mirror tuh. HAHHAH. Machine pulak, tak payah banyak pun takpe, asal ada treadmill sebijik, kalau ada rowing machine ke punching bag okay jugak. Nanti senanglah aku nak berjoget-joget eh aerobik dalam bilik ni. Oh pastu, kena ada TV sebijik dalam bilik ni. Tapi fikir-fikir balik kalau letak cermin banyak-banyak, cuak pulak kalau tetiba nampak ada penari sampingan.*tersembur* LOL tahyuuulll
Next, nak ada library sendiri dalam rumah tu. I'm wishing to read more books in future. So, kena lah ada tempat simpan buku ye dak. Anak-anak pun boleh lepak sesame baca buku. HAHHAH. Cadangnya nak letak rak buku dalam mini gym je. Tapi in case buku jadi banyak, aku nak book satu bilik jadi mini library. Nanti tu lah workspace aku, workspace suami, workspace anak-anak. Harmoni gitu. *Ehemm sumpah wawasan 2020 betul.
4. Hiking
Mission Accomplished.
Gunung Bubu, Perak.
More gunung in future, i hope.
5. Own a Bicycle
Kalau ikut rasa hati, rasa nak beli 3 jenis basikal. Nak roadbike satu, mountain bike satu, basikal lipat satu. Roadbike of course untuk atas jalan tar, mountain bike untuk masuk competition, if dapat masuk lah kan. Sebab most of competitions being held, semua banyak focus on mtb. Basikal lipat for travel, kot nak buat kerja gila, random travelling. Masuk LRT ke keretapi ke boleh le lipat-lipat gitu.
6. Write a Novel
Yup. Walaupun tak konfiden pun ada bakat tulis novel buttt nak jugak lah. Nak jugak buat novel tulis jalan cerita ikut citarasa sendiri. Aku pernah dengar entah sape lah cakap:
"Kalau cerita dalam novel tak seperti yang kau harapkan, tak seperti apa yang kau nak, write your own then"
7. Pandai Menjahit
One day, i'm gonna take sewing lesson. Nanti bolehlah jahit baju ikut citarasa sendiri macam blogger ArniYusnita . Dah reti jahit sendiri, kalau menarik, boleh lah jual. *Mata duitan*
8. Belajar Baiki 'Gadget'
Contohnya macam handset, laptop ke. Hantar kedai mahal lah, kena tipu lah. Kalau boleh baiki sendiri kan best. Lepastu aku pulak bukak kedai. HAHAHH. InsyaAllah lebih murah dan jujur.
9. Wall Climbing
Sejak semester lepas lagi aku nak pergi wall climbing. Tapi asyik busy je. Kawan-kawan rancang semester ni. Mission tak accomplish lagi ni.
10. Ice Skating
Dulu-dulu asyik tengok cerita kat tv3, orang putih main ice skating. Pastu tengok acara sukan kat tv1 yang main skating siap menari bagai, pusing-pusing tu. Alhamdulillah terlaksana, tapi tak de lah sampai pusing-pusing. =.= Gila kauu. So, Mission Accomplished.
11. Archery
Dulu teringin sangat nak try memanah. Lagi-lagi bila dengar sukan ni sukan favourite Nabi Muhammad S.A.W. Finally, terlaksana jugak semester lepas. Mission Accomplished.
12. Bungee Jumping in Macau
Lepas tengok Running Man episod 133 dekat Macau, tiba-tiba teringin pulak nak try bungee jumping dekat Macau. Cuak jugak tengok bangunan tinggi cenggitu. Tapi bila tengok Lee Dong Wook dengan Ji Hyo buat, eh macam best, macam cool pulak. Hoping sangat ada keberanian macam Ji Hyo. Eventhough digelar Mong Ji (Blank Ji Hyo), tapi blank blank pun, hebat woh. Pastu nak try, sky walk and panjat menara tu jugak, sama macam task Running Man. Entah terlaksana ke tidak. LOL.
13. Travel to Vietnam
Running Man episode 136, cantik gila Vietnam. Rasa nak pergi dekat Temple tu. I mean getting there by rowing, masuk cave, naik tangga ke Temple. It's gonna be cool. Pemandangan pun menarik. Baru rasa macam adventure sikit. Pastu nak singgah dekat Hoa Lu tempat dorang main rebut-rebut pedang tu.
14. Travel secara individu
Travel versi lone ranger rasa cam, oh terasa bebasnyaa. Eventhough, rasa macam kengkadang agak bahaya and possibilities untuk parents bagi permission travel solo adalah tidak mungkin sama sekali, tapi aku harap one day, aku dapat travel ke luar negara solo, backpacking. Weeewwooo.
15. Travel bersama adik
Tak kisah luar atau dalam negara, rasa macam nak ber'adventure' bersama adik di tempat yang kita sendiri tak biasa. FYI, adik gua lelaki.
16. Travel bersama kawan
I don't know. Kengkadang travel dengan kengkawan pun best jugak. Lagi-lagi dengan kawan-kawan yang sama kepala dan gila-gila macam kau jugak.
17. Travel bersama Suami
Ini future plan. Maka haruslah kriteria pemilihan suami aku nanti seorang yang kaki travel. Travel dengan suami rasa selamat dan sweet sikit, Awwwww. HAHHAHAHAHAHA
18. Travel dengan basikal
Selalu jugak baca cerita-cerita orang yang travel dengan basikal ni. But most of them lelaki lah. Cool gilaaaa. Yang ni tak kisah lah versi travel solo or dengan suami. Dengan suami lagi sweet ye dak? LOL. (dah kenapa asyik sebut pasal suami? calon pun tadak. heh)
19. Travel tempat-tempat bersejarah
Teringin pergi negara orang lepas tu lawat tempat-tempat bersejarah orang. Termasuk negara tersendiri. Macam ni baru senang masuk, kalau subjek Sejarah dulu bila belajar pasal Melaka, cikgu bawak pergi Melaka kan best. Nak jadi cikgu Sejarah ah cenggini.
20. Pergi tengok Sakura dekat Haninge Centrum, Sweden
To be continued...
No comments:
Post a Comment