12 Oct 2013

12102013 : Review Miracle Cell No.7

Assalamualaikum.


Memori 12102013

Since hari ni tak de benda nak buat dan aku pulak bosan. Bukak facebook, blergghhh bosan. Blog yang aku follow pun tak de updates so aku ingat nak tengok cerita Korea lah konon buat penghilang rasa bosan. So cerita yang aku pilih : Miracle in Cell No.7.


Why?

Actually, aku tak tahu pun kewujudan cerita ni sebenarnya. Sampailah ada satu hari tu sorang Hamba Allah ni post dekat group facebook fakulti. Anjuran kelab Bahasa Korea gamaknya. Masa tu aku berkira-kira nak pergilah, poster pun dah cun, setakat RM2 apa salahnya untuk bersuka-ria melepaskan diri dari memikirkan esaimen ye dak? Masa tu aku tergerak hati nak google whether worth it tak kalau spent RM2 untuk cerita ni, so google lah review pasal cerita ni. Kalau best, bolehlah pergi, best jugak tengok movie secara berjemaah. Walaupun review-review dia banyak warga negara jiran yang buat, aku gagahkan lah jugak baca. Fleksibel itu aku.




Cerita ni pasal Lee Yong Goo (yang buat gaya Saranghae tu) bapak kepada Yae Seong (budak comel kat tengah). Lee Yong Goo ni aku tak tahu kenapa, dia macam ada cacat sikit mental dia. Bukan gila yang pasti, cuma karakter dia cam tak berapa nak matang and terlalu lurus. Yae Seong pulak seorang anak perempuan yang sangat pandai.


Satu hari, dorang anak-beranak ni pergi satu kedai jual beg Sailormoon, dorang dah lama usha beg ni sebab Yae Seong suka sangat Sailormoon. Tapi hari tu, ada sorang budak perempuan beli satu-satunya beg Sailormoon yang tinggal dalam kedai tu. Lee Yong Goo ni merayu lah kat parents budak tu sebab Yae Seong nak sangat beg tu, tapi kena pukul pulak :'( . Lee Yong Goo eventhough anak dia Yae Seong kata tak payah beli pun tak pe, tapi dia nak jugak lah belikan, tambah-tambah esok dia dapat gaji. Esoknya, time Yong Goo dapat gaji, budak perempuan yang beli beg Sailormoon tu datang and offer diri nak tunjuk kedai lain yang jual beg Sailormoon tu.


Yong Goo happy gila ah, sebab still ada peluang untuk hadiahkan anak dia beg Sailormoon. Tapi, on the way nak ke kedai yang jual beg Sailormoon tu, satu kejadian berlaku yang merubah segala-galanya. Disebabkan kejadian tu, Yong Goo ditahan di penjara atas tuduhan menculik, merogol dan membunuh budak perempuan tu. Dann... seterusnya kau download dan tengoklah sendiri, tak nak lah letak spoiler lebih-lebih.


Yang pasti aku nangis masa tengok cerita ni, sobs sobs. Sekejap-sekejap nangis. Bagi aku yang agak cerewet dalam pemilihan cerita, aku rasa cerita ni okay lah untuk ditonton dan bukanlah dalam kategori bad movie yang pasti. Asyik-asyik layan cerita cinta yang lebih kurang itu je jalan cerita dia, why not try tengok cerita ni. Sedih baq hang!


Inilah sebabnya aku tengok cerita ni hari ni dan tak join tengok secara berjemaah hari tu. Lepas aku baca review, aku dapat tahu yang ini cerita yang membabitkan emosi. Dah lah hati aku lembut.LOL. Segan ah nak nangis depan khalayak ramai. Memang tak ah nak meleleh air mata bagai depan khalayak ramai. Mak aku cakap, aku nangis buruk. Aahh memang pon, sebab selalu lepas nangis je aku pi tengok cermin. Terbukti. LOL.



Rating : 4.0/4.5



Oh jam 20:15 tadi, aku dapat makan Pizzaaaa! Alhamdulillah. Parents belanja. hikhik. Aku rasa sebab nak mengalu-alukan kepulangan aku kot (Perasan). Maka bertambahlah balik lemak yang aku bakar setelah men'Skipping'kan diri sebanyak 1000 kali. =..=. Takpe, esok masih ada! 




Err....Tapi dah terSETUJU pulak pergi kenduri kahwin esok sebab dah lama tak makan nasi minyak. =..=. Takpe Isnin masih ada. HAHHAH. 


Kbai.



No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.