3 Sept 2013

Sleeping Partner Tak Sebantal

Assalamualaikum.

Sleeping Partner. Well, dalam konteks 'Sleeping Partner' dalam kerja berkumpulan. Aku kira mostly dan majoriti orang pernah rasa.Tak kira lah masa sekolah ke, time matrikulasi, diploma ke, takpun degree. As for me, masa sekolah tak ada sebab semua tahap-tahap innocent lagi, muka semua suci je, jenis tak pandai mempergunakan orang. Kalau tak rasa, Alhamdulillah mungkin sekali kau dikurniakan ahli-ahli kumpulan yang soleh solehah yang pandai buat kerja sendiri atau mungkin sekali kau lah Sleeping Partner yang dicari-cari tanpa kau sedari. Eheh. Tersedak?


 
 
Aku pun tak terkecuali berkerjasama dengan budak kategori sleeping partner. Allah je tahu apa yang aku rasa. Pernah pulak aku menangis sebab kena stay up sengsorang buat projek. *tutup muka* Mungkin jugaklah aku yang tamak buat kerja sengsorang kan. Kengkadang tu ada jugak anasir-anasir luar cuba suruh aku letak nama aku je. Since mostly kerja tu aku yang buat. Tapi apa nak buat, aku ni luar je nampak gangster tapi hati tak berapa nak keras. Kesian kan orang, fikirkan hubungan kawan. So let go aje lah. Tapi masalah aku pulak, aku tak boleh pendam dan kena luah kat orang yang dipercayai. I just need to spill it out. Yang kemudiannya, aku rasa bersalah gila. Sebab bila kau cerita kat orang yang boleh dipercayai pun, kau tak boleh halang dorang daripada pandang negatif dekat sleeping partner tersebut. Jadi jahatnya lebih kurang macam kau tak masukkan nama dorang bila submit projek. Eventhough ada orang kata aku berhak letak nama aku sorang bila submit dan ia bukanlah satu perlakuan yang dianggap jahat, tapi aku tetap rasa kejam kalau aku buat macam tu.
 
 
 
Alhamdulillah lately dapat ahli group yang tahu buat kerja. Apa yang aku dapat pelajari tentang sleeping partner ni ialah dorang hanya akan jadi sleeping partner bila dorang tak minat subjek tu. Tak de interest langsung nak buat benda tu. Maybe jugak sebab dia naturally malas. And lastly, sebenarnya dia boleh buat benda tu tapi, since dah ada orang reti buat, dia just letak semua beban buat kerja dekat orang yang reti buat so that dia boleh pergi balik bilik buat nota sebab esok ada test. Dan kategori last inilah paling annoying. End up, masa test esok pagi, kau nampak dia tengah duduk relaks baca nota yang dia dah buat malam semalam, padahal kau dari malam semalam hingga ke pagi stay up sengsorang siapkan projek dan langsung tak sentuh nota.
 
 


 
 
 
Bila dapat sleeping partner yang langsung ataupun contribute sikit gila of course lah bengang bukan? Till aku jumpa satu post ni dekat facebook.


 
 
Dan Abang Raja (Motivaor) tu pon jawab:
 
 
Apa perlu adik buat ??? Jawapan mudah abangraja ialah : BUAT BODOH JE ...

kenapa?? Sebabnya ialah seperti di bawah ...

1. Belajarlah dengan niat untuk menguasai dan mendalami ilmu Allah ... insyaAllah Allah akan permudahkan.


2. Fahamilah bahawasanya akal dan kecerdikan kita dan kawan-kawan kita ni Allah yang bagi ... so bersyukurlah kita diberikan akal dan kebolehan untuk terus belajar.


3. Tiada sesiapa nakkan group members yang tak boleh buat kerja or malas buat kerja so bila kita dapat group members yang macam ni maknanya itu anugerah Allah untuk kita semua dlm kumpulan tu agar sama2 mendoakan dia berikhtiar untuk memujuk dan membantu dia dsbg setakat yg mampu ...


4. Tak perlu marah2 or dengki sebab kita belajar untuk kita bukan untuk orang lain ... dia tak buat kerja dia yang tak dapat ilmu ... bukan ilmu yg khusus sahaja tapi ilmu kerja berkumpulan, ilmu sbar, ilmu tolak ansur semuanya ada dlm kerja berkumpulan tu.


5. Tak payah bagi tugasan yg berat2 kat dia bagi je tugas2 ringan utk elakkan risiko kerja tak siap such as suruh je dia binding ke fotostat ke ... no big deal .. tak dengki or iri hati pun ... even abangraja dulu buat sorang2 je sedangkan group 5 orang members ... its ok ...


6. Sentiasa ajak group member yg tak buat kerja tu untuk join ... update apa yg dia tertinggal buat lebih baik layan dia lebih bagus selebihnya serah kat tuhan ... jgn lupa letak nama dia jugak agar dia jugak dapat markah ... jgn bagi tahu lecturer dia tak buat kerja itu jahat namanya busuk hati .. orang mcm ni tak sedar yg dia tu sendiri Allah yg bagi akal dan kesihatan untuk terus study ...


7. Kita tak tahu bila pulak kita nak diuji Allah dan kita mungkin diuji dgn benda yg lebih teruk dari kawan kita tu entah bila .. so bersihkan hati kita ... teruskan berdoa dan berprasangka baik untuk kawan kita tu.


8. Serah kat Allah selebihnya .. biar Allah yg balasnya ... kita buat baik sehabis baik pasti Allah balas baik ... kawan kita tu buat dajal kat kita biar Allah yg balas ... kan cantik prinsip hidup macam tu ...


Dengan 8 prinsip ni kita akan jadi seorang pelajar yang disukai oleh semua orang ... kita takde usuh malah kita juga akan score cemerlang dlm study ... actually itulah sikap abang dulu masa kat IPT bila alami masalah seperti di atas

Wallahua'lam.
 
copied from this.
 
 
Moga-moga lah aku dapat pegang 8 prinsip ni bila berhadapan dengan individu kategori sleeping partner pada masa hadapan, tanpa terikut-ikut sangat dengan emosi. insyaAllah. Dan kot aku pulak ada terbuat perangai macam sleeping partner sebelum-sebelum ni, aku minta maaf ye.
 
 
p/s : Pernah jumpa Abang Raja masa talk anjuran PEERS Club. Serious, beliau sangat cool dan tabah.
 
 
 
 
 


No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.