2 Aug 2013

Tips Ramadhan : Bersederhana ketika Berbuka Puasa

Assalamualaikum.


"Oi Timah oi, puasa dah nak habis dah oi, baru nak bagi tips bagai apa kes?"

*Deshumm*.
Jamilah menjeling, lalu laju-laju masuk dalam rumah. Mahu teruskan kerja-kerja memasang kain langsir baru barangkali.

Tetibe nak update tips  masa Iftaar apa kes kan? Nak-nak bila bulan Ramadhan dah nak pass baton sekat bulan Syawal. Nak buat macam mana, busy bereksperimen. Baru sekarang dapat buktikan hipotesis. Berikut adalah step by step on how you can minimize your food consumption during Iftaar. Sangat bagus sekali diamalkan oleh golongan-golongan yang terlanjur makan banyak masa Iftaar sebelum ni sehinggakan rasa nak berdiet lantas bertaubat takut size bertambah nanti baju raya tak muat *macam aku*. 


1. Doa Berbuka Puasa & Doa Makan



Iye, tahu lapar. Tapi takkanlah tak menyempat nak baca doa berbuka puasa dan doa makan sekejap.

2. Buah Kurma



Ikut sunnah Nabi. Ambil dan makan 1-2 biji pun dah okay dah.

3. Air Putih



Isi 1 atau 2 gelas penuh air putih/kosong/suam dalam gelas. Teguk perlahan-lahan kalau tak mau tercekik.

4. Susu Kotak



Yang ini kena ada, tak kisah lah perisa apa, full cream, low fat, strawberry, chocolate, tak kisah. Jenama apa pun tak kisah, Good Day ke, Dutch Lady ke Magnolia ke, tak kisah. Tuang dalam satu gelas penuh-penuh atau 3/4 daripada gelas. Mahal? Hang beli lah stok yang murah-murah. Pastu kurangkan lah duit belanja dekat bazaar tu labur dekat duit beli susu lagi elok. 

5. Freedom



And then you are free to eat anything. But still, dalam portion yang terkawal. Tak kisah lah nasi, macaroni, spagetti, meehoon, laksa ke. Maksimum saiz hidangan adalah sebesar genggaman tangan korang. Means, makanan tu mesti banyak dia besar SATU genggaman tangan korang. Jangan ngengada guna tangan orang lain.

6. Optional

Kalau masih lapar, tambah minum segelas air putih or minum segelas susu kotak or minum secawan teh hijau yang dibancuh panas-panas. InsyaAllah.


Setakat ni aku follow Alhamdulillah berjaya je kenyang sampai sahur pagi esok, kalau korang terasa nak makan jugak, i guess tu bukan lapar, tu nafsu mata. Adalah baik kiranya korang jauhkan diri daripada makanan-makanan yang menarik di atas meja dengan memerapkan diri dalam bilik mahupun tidur. Oh ye, applicable untuk sahur jugak, tapi selalunya aku minum teh hijau after makan nasi. Aku percaya bahawa :


"Lagi banyak kau makan, lagi kenyang dan lagi cepat pulak kau lapar"

Kena ingat Ramadhan bukan 'Bulan Makan Sedap-Sedap' tapi merasa bagaimana kesusahan yang dihadapi orang lain. Membazir tu kan amalan syaitonn. Bila makan banyak confirm punya lah liat solat Maghrib, membawa sampai solat Isya' dan solat Terawih. Apatah lagi baca Al-Quran, boleh tumbang agaknya sebab perut penuh sangat.


"Kalau tak sempat buat masa Ramadhan kali ni, tahun depan kan masih ada. Dengan izinNya".


Kbai.




No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.