Saudari,
Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa malu mendekatimu,
apa kau tidak merasa takut terjerat padaku?
Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa malu memikatmu,
apa kau tidak merasa resah pada tindakanku?
Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa segan merayumu,
apakah kau terbuai oleh pujuk rayuku?
Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tidak boleh menjaga kemuliaan ketika berdekatan denganmu,
apakah kau tidak boleh menolakku dengan perisai malumu?
Jika aku seorang lelaki yang mengatakan cinta padamu kerana Allah
namun tanpa merasa berdosa berani menyentuhmu,
apakah kau tidak takut Allah murka padamu?
masihkah kau percaya pada ucapanku?
tidak curigakah kau padaku?
tidak inginkah kau menjauhiku?
atau kau telah terjebak ke dalam jurang cinta nafsu,
sehingga kau tidak mampu menolakku
meskipun kau tahu semua ucapanku "Mencintaimu kerana Allah" adalah palsu.
Ketahuilah saudariku,
Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah,
aku tidak akan berani menyentuhmu,
bahkan hatimu sekalipun.
Kerana aku malu pada Allah
jika bayanganku mengganggu kekhusyukan ibadahmu.
Jika aku seorang lelaki sejati yang mencintaimu kerana Allah,
aku tidak akan pernah berani merayumu, menggodamu,
bahkan dengan bebas tanpa batas berinteraksi denganmu.
Kerana kau belumlah halal bagiku.
Aku malu jika membuatmu lebih banyak mengingatiku daripada mengingati-Nya.
Sedarlah saudari,
jika aku seorang lelaki yang benar-benar mencintaimu kerana Allah,
aku hanya akan berani merayumu, menggodamu,
dan menyentuhmu setelah engkau menjadi halal bagiku.
Got this from Skuad Penyayang UiTM Shah Alam, panjang sangat. Malas nak taip so aku just ambil part yang aku prefer je. Kalau ada typo tu biasalah. Doodle tu je yang aku lukis.
No comments:
Post a Comment