Showing posts with label ramblings. Show all posts
Showing posts with label ramblings. Show all posts

25 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #5

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


Sepanjang nak dekat 2 bulan aku keje kat sini, aku perasan yang bebudak ataupun yang tak berapa budak sangat yang keje kat sini, mesti kalau nak pi makan kena berteman. Lagi-lagi Melah, Melah memang ngaku pun dia prefer ada orang teman dia, kalau pi memana kena ada teman so that boleh cakap-cakap dan tak rasa bosan. 


Ada satu hari tu, aku shift noon, kalau noon rehat pukul 5 petang, pastu kebetulan hari tu ada 3-4 orang gak yang sama shift and rehat pukul 5 gak. Pastu aku tetiba diajak untuk join 4 orang lagi yang dah berpakat nak rehat sesama. Dalam hati aku :

"Maybe inilah masanya nak rapatkan ukuwwah, bond, beramah dengan ahkak-ahkak tempat keje ni"

Cewwaah. Aku pun join je lah walaupun aku bawak bekal sendiri. Tapi benda yang jadi tak macam yang aku expect. =..=





Masa makan tu semua tengok henfon memasing. Aku lak macam orang bodoh kat tepi tu. Nak scroll scroll gak, henfon aku tak guna data internet. Baik aku makan sendiri je. Tade la masa terbuang banyak sangat. Sebab masa bagi aku penting pasal, lepas makan nak pi solat lak. Takkan lah nak solat luar waktu rehat padahal kau boleh solat masa rehat kan? Taknak lah jadi orang yang tak jujur.


Sepanjang 30 minit kat situ cenggitulah jugak keadaannya. Sampai akhirnya, aku minta diri nak solat. Jangan tanya aku whether dorang solat ke tak. No comment. Kot aku tak nampak ke en, kang jadi fitnah lak. heheeuu.


To be honest aku lagi prefer makan sorang sebab lagi cepat, tak pun makan dengan Jenab jiran aku if waktu rehat kitorang sama. Sebab aku suka Jenab citer ragam customer dekat kaunter cashier, kengkadang ada yang kelakar, rasa nak marah, kengkadang creepy pun ada. Kengkadang aku citer kat Jenab customer kat Revision dept lak camne. Takpun gosip pasai rakan sekerja ke apa en. HAHHAH. Serius, aku keje kat sini memang kena jaga mulut pasai sebahagian daripada dorang jenis pengiklan tak berbayar, hari ni luah esok tersebar. hmpphh




Lepas je kejadian tu, aku dah macamm cuak lak kalau orang ajak rehat sesame. 


Kbai.



24 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #4

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


Hari ni aku nak citer pasal Abon lagi. Kira sambungan daripada post semalam. Banyak betul aku tak puas hati dengan Abon. LOL.


4. Abang? Sorry?


Dia cakap boleh panggil dia 'Bang...' or 'Bang....' Hoi gila apa aku nak panggil kau abang, please ah, kau umur beza 2 tahun je dari aku. Budak kelas aku yang beza umur 4 tahun dari aku pun aku tak panggil dia abang tau dak? Aku dah cukup abang kandung dah. Kalau kau umur 30 tahun, boleh gak ah aku buat exception. 


Aku disuruh panggil dia "Bang...", habis tu Melah, Mina, Munah dekat Stationery dept. tu relaks je panggil nama kau. Melah dengan Mina tu umur sama ngan aku pulak tu. Pasai apa dorang boleh panggil nama, aku tak leh? *tak puas hati*




5. Saya-Awak? Eww, Puh-leasee. *tergedik sejenak*



Yang hang  nak bersaya-awak dengan gua ni kenapa? Buang tebiat? Dengan Melah , Minah boleh lak aku-kau, dengan aku, Abon nak bersaya-awak. Apakah? Wehh aku tengok Melah tu lagi lah lembut cakapnya, aku punyalah kasauu cenggini kau nak bersaya-awak. 


Memanglah nampak bersivik. Tapi wehh, sumpah tak selesa. Geli tau dak. Dari gaya, Abon ni nampak gak lah nerd dengan spek mata dia, tapi tak lah nerd gila-gila aku tengok. Whyyyyy?!



Adik aku memang cenggitu. Sikit-sikit Gayy. Sikit-sikit Gayyy. =..=






Pastu nak elakkan dari guna panggilan awkward tu ke Abon. Aku terpaksa guna cara :

"Errr... nak pegi tandas"

"Err... nak pi rehat"

"Errr... nak pi solat"

Sampai sekarang camtu, bayangkan dah nak hampir 2 bulan aku survive keje department tu dengan panggil dia cara "Errr...". Bab habit dia bersaya-awak tu, aku ada cakap haritu tak payah bersaya-awak lagi, panggil aku-kau sudah. Sampai la ni dia bersaya-awak lagi cuma adalah dalam sebulan tu 2-3 kali dia sebut aku-kau. T.T 



Nota Sampingan:


Melah dan Mina tu sama umur dengan aku. Munah je 3 tahun lagi tua dari aku , that's why aku panggil dia Kak Munah. Perempuan aku tak kisah sangat nak berakak-akak, tapi tu depends on dia lah nak suruh panggil akak ke tak.

Masa aku awal-awal keje, Melah yang datang kat aku perkenalkan diri dia. Melah ni jenis friendly la senang kata. Mina pulak, first-first aku tengok dia ni sama kerek dengan Kak Munah, tapi kalau slow-slow masuk rentak dorang, boleh la ngam. Minah ni nampak je cam susah nak dekat, tapi bila dah okay, dia siap citer pasai pakwe dia lagi. Kira jenis tak kisah gitu.



Kbai.




23 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #3

Assalamualaikum.


Annyeong chingu!


So dah dapat kerja, bermula lah first day aku dan Jenab di kedai buku tersebut. Memula bos ada tanya siapa nak jadi cashier siapa nak jadi retail assistant. Pastu Jenab diam. Jenab cakap tak kisah. Susah sangat nak decide aku bagi jawatan cashier tu kat Jenab pasai dia kata dia tak mau keje yang penat-penat walaupun aku teringin nak jadi cashier. Nampak tak sesuci niatku di situ? HAHHA.


So aku dapat department Revision. Yeayyyy! Walaupun ingat nak dapat kat tempat novel-novel, tapi takpe, asalkan buku iolls tak kisah. OMG bapak nerd aku cakap cenggitu. =..=


So kitorang dihantar ke department memasing. Bunyi cam besauu je cakap department, padahal takde lah besar sangat. Okay, aku dihantar ke department Revision. Masa tu ketua department tersebut tengah cuti, yang ada pun retail assistant lagi sorang. Laki. Which is sangatlah aku tak prefer kalau dapat teman sedepartment laki sebab mesti bosan sebab tak de teman gosip sembang ala Kiah. Bos terang itu-ini  pastu dia tinggalkan aku kat retail asst. lagi satu, kata bos dia baru 2 bulan keje situ.


So memula aku okay lah dengan mamat ni. Mari kita namakan dia Abon, tapi bukan yang pelakon tu tau. First yang aku terima kasih kat Allah sangat adalah nasib baik dia tak hensem. Kalau tak, mahu dup-dap-dup-dap buat keje. Nak kata tak hensem takde lah pulak, muka biasa-biasa. Kang korang cakap mengutuk ciptaan tuhan lak. Yang penting bukan taste aku.


Memula tu dia cakap-cakap lah. Tapi kan masa dia bercakap tu aku teringatkan kartun Kacang. Kacang yang warna coklat yang satu gigi tak silap. Ini pun tak ngutuk ciptaan tuhan, aku just teringat pasai gaya sebutan sama. Tapi ... okay tu tak lama sangat lah bila ada perangai dia yang sedikit mengganggu emosi aku. Mari kita namakan dia penderaan emosi, dan penderaan emosi dia kira level 1 kerana aku dapat menahan sabar, level kategori aku tak memaki senyap-senyap di dalam hati.



1.


Benda yang susah tak mahu pulak terang. Benda yang simple yang aku boleh baca kat signboard tu gak le yang dia nak terang. Uhuuiiii, zZzZ.



2.



Sebagai mukaddimah, kekonon nak tunjuk la aku ni jenis ramah orangnya. Untuk elak situasi awkward di kemudian hari. So aku citer lah point utama aku keje sini pasai nak kumpul duit ke Korea. Dan dia punya jawapan, "Oh ye ke.", disertakan ekspresi muka dia yang lagi lah tak leh blah, muka tak berperasaan. Muka tak berminat. =..= 

Weh, kemon lah, kau citer aku bagi je feedback bagus punya, aku sanggup pura-pura berlakon tak tahu walaupun aku tahu benda yang kau cakap tu even kau punya citer bosan Pastu kau bebel berjela-jela. Aku sabauu je walaupun time tu aku nak je cakap:

"Bro, gua dah tau dah. Lu citer berjela-jela buat pe, bosan gila Bro. B.O.S.A.N."

Sumpah lah dia bukan pendengar yang bagus. Laki kalau nak pikat pompuan, jangan jadi camni. React lah lebih sikit, ekspresi muka memainkan peranan. Yang tak nak pikat pompuan pun sama. Jaga lah hati orang sikit. Manners. Apa? Tak belajar adab? akhlak? sivik?


"Mungkin muka dia memang jenis tak berperasaan cenggitu kot?"


Puh-leasee. Sangat tak.



3.
'

Since haritu first day, and aku tengok macam takde kerja lain, aku pon susun-susun buku. Mengaplikasikan skill jadi librarian dulu. Tak pepasal jadi OCD sekejap, nak susun ikut warna, ikut ketinggian sampai diri rasa puas. Pastu Abon ni tetiba mengekor dari belakang, aku tak tahulah dia nak berlagak jadi ketua dept. or simply because dia nak cakap dengan aku. 


Tapi aku tak nak cakap dengan ko bro! Dah lah bagi respons entah pape. Pastu bila kita tanya or cakap something, mostly jawapan yang keluar dari mulut dia memang lain yang ditanya lain yang dijawab. Macam apa benda kau jawab ni? Takde kena mengena kot! Bikin gua tensi! =..= Dalam 2-3 kali gak ah dia follow dari belakang, eee rimas der! Tapi sebagai newbie aku pura-pura buat tak tahu, dan kawal muka.



Kbai.






22 Dec 2014

BudakKedaiBukuRamblings #2

Assalamualaikum.

Annyeong chingu!


Macam mana aku dapat keje part time?

Macam mana aku memula dapat keje kat kedai buku ni?


Walaupun uolls tak nak tahu, meh iolls cerita. Disebabkan gap cuti yang panjang gua decide ingat nak buatlah income sikit memandangkan cita-cita terdekat gua dan paling menggunakan duit adalah untuk backpacking ke Korea.


Kebetulan masa tu jiran iolls, meh kita namakan dia Nab atau Jenab (bukan nama sebenar) pun nak cari keje sementara tunggu panggilan sambung degree. Kitorang target nak keje area yang dekat-dekat je so tak banyak labur duit bayar duit pengangkutan. Cari ler area kawasan perumahan, pastu kitorang pergi mall yang duit tambang dia RM1 bersamaan RM2 untuk perjalanan pergi balik. Okay la tu, not bad. Ingat nak pi KLCC lah, masyukk sikit kalau dapat kat Parkson en, tapi Jenab tak mau.


So dekat mall ni, kitorang round-round cari kedai yang ada tampal iklan vacancy. Aku ajak Jenab keje kat Harvey Norman tapi dia tak nak. So tak nak bazirkan RM1 ittew gua ajak Jenab pi cari kat kedai buku ni, eventho takde tampal vacancy pon.


Masuk-masuk ingat nak tanya kat cashier kot ada kekosongan. Tapi time nak pi melangkah kat counter tu lah customer berduyun-duyun datang. Which is mehhhh. =..=. Padahal masa kitorang kat pintu masuk tu, ada sorang je yang nak bayar. =..=


So tunggu jap. Datang lagi customer bayar. So dalam 8 minit gak ah aku dan Jenab berjalan tak tentu arah dalam tu. Actually Jenab kureng sikit nak keje kat sini. Aku yang nak pasai dia kedai buku, pastu aku pernah impikan keje kat kedai buku  (mentang-mentang dulu kat sekolah jadi librarian kan. HAHHA). Akhirnyaaa kaunter kosong pastu aku tanya :



Pastu akak cashier tu suruh sape entah, staff lain panggil bos. Bos keluar terus bagi form. Aikk?




Ye, aku pun macam terkujat gak betapa sonangnya nak dapat keje hari tu. Aku tanya Jenab:

Kita dah dapat keje ke? Awat bos tu briefing macam kita dah dapat keje?





p/s : 

Kat form apply keje tu kan, ada tanya pasal pernah lari dari keje tak, pastu aku tanda tak pernah. Padahal semalam punya semalam tu aku baru je lari dari job cashier. Bukan sebab apa, sebab jauh and duit tambang nak pergi sana mahal. Cam tak berbaloi. Aku keje sehari je pastu esoknya dah tak datang. Aku fikir lagi better lah kot dari keje seminggu pastu tup-tup hilang.


Kbai.



.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.