Showing posts with label data mining. Show all posts
Showing posts with label data mining. Show all posts

16 Jan 2014

Data Mining masak kicap

Assalamualaikum.

.gambar tiada motif.


Ya puan-puan, akak-akak, makcik-makcik, pokcik-pokcik, hari ini kita belajar cara-cara masak Data Mining masak kicap.


Hai. Gua baru aje lepas jawab paper data mining tadi. Semalam paper testing, hari ini data mining. Syiok bukan? Nasib baik data mining start pukul 2 petang. Tapi...tak cukup gak masa nak stadi sebenarnya, kalau boleh aku nak start pukul 8 malam. HARHARHAR. Maka akulah contohnya orang yang study last minute pastu kelam-kabut kata tak cukup masa. 


Malam tadi konon nak fokus stadi, pehtu bila dah terbukak tab facebook kau tahulah macam mana kan? Kejap minimize kejap maximize kejap minimize lagi maximize balik. Tapi nasib baik lah aktiviti kawan-kawan aku kat facebook tak begitu rancak semalam. Maka nak like-like pun tade benda yang nak di like so banyak jugak masa terjimat dari asyik scroll je dekat laman home tu. Tapi satu masalah pulak bila aku tak boleh fokus baca notes dan tetiba rasa macam banyak gila nak kena baca, sampai 


"Ahhhh tak tahu nak baca yang mana satu!"




Baca topik ni rasa macam tak sesuai, baca topik ni macam senang sangat, baca topik ni macam susah nak serap. Baca sekejap, tak boleh fokus. Sudahnya aku bazirkan masa susun nota, buat nota baru, gunting-tampal slidenote dekat kertas A4 yang baru, konon nak aplikasikan teknik Data Reduction. Ilmu tanpa amal laksana pohon tidak berbuah katakauu. HAHHAH. Susun susun sampai pukul 2 pagi tak habis susun jugak. Disebabkan ke'insufficient'an tempoh beradu gara-gara baca buku untuk paper System testing tempohari, maka aku decide nak tidur lalu sambung esok pagi. Elok aje set alarm pukul 5:10 pagi, alih-alih pukul 6:10 pagi bangun.


"Ahhhhh baziaqqqq sejammm! Demmm!"

Lepas subuh, baca selai dua pagi surat cinta Allah bagi tenang hati sikit, pehtu sambung. Bukan sambung baca, tapi sambung susun sebab tak habis buat Notes Reduction lagi. Biar nota nampak sikit baru lega hati baca. LOL. Sudahnya pukul 1:15 tengahari baru habis susun. Exam pukul 2:15 petang, Zohor 1:25 petang, habis bersiap pukul 1:40 petang, jalan kaki makan 15 minit jadi ada lebih kurang 5 minit nak baca nota yang kononnya mengalami proses reduction dan KONONNYA memudahkan urusan revision.


Masuk bilik exam, bukak paper, hamekk kau banyak soalan teori. Penat otak aku serap formula Naive Bayes, Gain Ratio, Gini Index, menghafal jalan kira segala, alih-alih teori yang banyak masuk. Tapi okay gak, sebab formula dan cara guna formula semua dah bercampur beramah mesra dengan formula lain dalam otak ni haa. Serabut tak serabut?. LOL. As long boleh goreng jawapan, aku okay je. Alhamdulillah better than paper System Testing semalam, nak goreng pon tak tahu nak goreng apa. Entah kenapa semua paper sem ni banyak yang teori. Past Year Questions 5 tahun before this tak de lah kena fikir secara kreatif dan kritis guna KBKK cenggini. Haih untuk paper Enterprise Architecture pon gua syak mesti banyak guna kemahiran menggoreng jugak ni.


Oh lagi satu, aku rasa exam ni memanglah mendera fizikal aku. Keje makan aje. Semalam tengok nota pastu tangan kejap-kejap amik snek ikan. Kunyah. Telan. Pagi tadi pulak, dah breakfast oat campur epal [berkhasiat tak?wakkaka] , campur telur rebus lagi. Tup-tup 2 jam kemudian perut start bunyik. Amik pulak chocettes yang aku beli semalam, konon ingat tahan sampai esok, sekali hari ni jugak aku ngapp. Pukul 12:00 tengahari makan nasi ayam, pukul 1:30 petang dah start lapar balik. Ini memang buat naik berat 5 kilo lagi ni. Dah ah tak sempat nak exercise pon time-time exam cenggini. Rasa bersalah pulak kat badan aku ni. Belum masuk eye-bag lagi. Cepatlah sabtu, cepatlah habis.


Oh tadi aku beli kek chocolate moist. Haa tengok! Mentekedarah macam jembalang. -..- Malam ni gua nak rest, layan movie seround dua dan beradu dengan selesa. Esok insyaAllah start Enterprise Architecture. [nampaknya study last minute ni adalah habit yang continuous.HAHHAH]


Gua tak sempat eksesais, gua stress tau dak!



Puas membebel. Kbai.
















14 Jan 2014

Paper Data Mining

Assalamualaikum.

13012014



studying Data Mining.
Paper System Testing 15012014
Paper Data Mining 16012014

Nampak tak keperluan untuk study kerana ketiadaan gap di antara dua paper ni? STRESSS *gaya Gary*. 


Haritu on the way balik rumah naik LRT , time die berhenti dekat KL Sentral ada sekumpulan awek omputih. Dalam 7 orang tak silap. Beg kat belakang dorang semua bagak-bagak. Besar. Semua muda remaja lagi. Aku kira dalam belasan tahun kot, tak pun awal 20-an. Backpacking. Cool gila!. Omaii bila lah saat aku pulak. Teringhinn hoi! Learn cultures from other countries, learn their languages, the sceneries, mountains...


Tambah-tambah semalam tengok 3R pasal female SOLO backpakers. Pukul 8 pulak tengok rancangan Moji Backpackers *tak ingat nama, maafkan daku*. Walaupun tak ada Astro, nasib baik ada live streaming. Fuhh seru bangatt! Tapiii, nanti dah start kursus time cuti sem kat UiTM mesti dah tak dapat tengok dah. Line tenet LEMBAB. Ye saudara-saudari, LEMBAB. sobs.

Baiklah baca Data Mining balik.Kbai.


13 Nov 2013

Data Mining yang LAST MINUTE

Assalamualaikum.

12112013

Hari ni kena hantar Task 1 Data Mining by 5 pm softcopy and hardcopy ke bilik Dr. Actually task ni dah lama gila Dr. bagi tapi baru semalam aku buat. To be exact, bukan semalam tapi pukul 1 pagi tadi sampai lah pukul 6 pagi tak siap-siap jugak sebab tak tahu guna Weka Tools. Sambung balik pukul 1 tengahari sampai pukul 4 petang baru siap berasaskan motto "hentam saja lah". This is what happen bila kau buat kerja last minute konon nak meniru gaya budak engineering buat kerja last minute. Bila siap part aku, aku tunggu part dua orang lagi kawan dan dalam pukul 4:05 petang dapat email.


Dah bukak email, ingat nak download pastu adjust-adjust sikit mana yang patut but apa lagi yang kau mampu lakukan bila line tenet di kolej berperangai puaka, loading lambat gila saat-saat genting begini. Hampir 10 kali aku download dan cancel document dari group facebook. Pukul 4:30 petang, malas bersabar, aku tekan button print tanpa download lepas tekan butang preview. 4:50 petang siap print dan pakai tudung semua untuk pergi fakulti hantar Task 1. Shit. Lagi 10 minit.


Menyedari betapa kritikalnya waktu itu, aura Running Man meresap dalam tubuh aku. Tanpa sedar aku berlari memecut dan alih-alih sampai ke bilik lecturer tercungap-cungap. Mana taknya, nak naik tangga 3 tingkat pun kena berlari sebab tak cukup masa dah. 4:58 petang aku submit. Terserempak jugak lah dengan dua orang budak lelaki kelas course A.Intelligence yang nak hantar Task 1 jugak. Ketuk-ketuk pintu tak ada orang bukak, padahal lampu kipas bukak je, Last-last letak dekat box depan pintu.


Penat memecut selama 8 minit tak hilang lagi, tup-tup Yana call tak dapat send softcopy kat Dr. sebab internet tak ada. Yana call yang lain, semua tak dapat. T.T. Menangis cenggini, penat tak habis lagi woi! Nak buat cam mana, last minute kann. Balik-balik tu, terus bukak lappy. Ye, nak tak nak aku kena download document tadi jugak. 12 kali download tak lepas-lepas angkara line tenet yang hidup segan mati tak mahu. Bukak facebook boleh pulak. wifi kolej ni troll aku ke hape?


Bila dah tak dapat tu, mula lah buat perkara luar alam. Ye, aktiviti berjalan-jalan di kaki lima blok bersama laptop. Dulu aku suka gelak dalam hati dekat orang yang berjalan-jalan dekat kaki lima blok asrama (KMNS) sebab nak cari line tenet. Bagi aku aneh sesangat. Dan sekarang, aku buat benda tu, rasa macam nak simpati dekat diri sendiri pun ada. Pukul 5:40 petang berjaya submit, dan ye melebihi had masa yang ditetapkan. Apa-apa je lah...





Kbai.


.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.