Showing posts with label Year End Sale. Show all posts
Showing posts with label Year End Sale. Show all posts

3 Jan 2014

DiGizens Thank You Sale!

Assalamualaikum.

"Insan yang paling berharga dalam hidup kau?"

Bila kena tanya soalan cenggini, mesti ada yang jawab parents, boyfriend, girlfriend, kengkawan, dan sewaktu dengannya. Bagi aku sendiri, jawapan aku tentu-tentu parents aku sendiri. Siapa lagi yang sanggup layan kerenah bukan-bukan aku ni dari kecik sampai sekarang? 

"Pernah terdetik untuk bagi hadiah untuk yang tersayang tak?"

"Pernah. Tapi tak tahu nak beli apa. Kang tak suka lah apa lah."

Well, ada penyelesaiannya. Apa kata hadiahkan yang tersayang dengan gadget-gadget yang cool? Sekarang kan zaman teknologi, semua screen tinggal touch, slide, tap aje. Sekarang semua pakat guna smartphone, tablet. Update status facebook kat dalam toilet pon boleh. Even, boleh buat sebagai hantaran kahwin smartphone dengan tablet tu. For sure berseri tiba-tiba wajah pengantin dapat smartphone, tablet. And for sure, ia merupakan investment yang berbaloi sebab banyak kegunaan dia, unless kau guna untuk doploh pat jam main game.


"Bro, awal-awal tahun tadak duit. :("

Jangan risau. Bagi warga DiGi sekalian, DiGi ada buat Year End Sale. Semua tengah sale. Kali ni bukan setakat shopping membuta je tapi korang berpeluang untuk dapat smartphone free, tablet free, modem free, internet free, kau tak nak?  Eventhough dah new year, Year End Sale ni still ongoing. Kira DiGi Year End Sale as a reward untuk kalian-kalian. 





Aku ada cakap tak korang berpeluang dapat Sony Experia C, Sony Experia Z free-free?

Yep. Korang berpeluang untuk bergaya dengan Sony Experia C, Sony Experia Z dah lepas ni. Eh, Samsung Galaxy Note II pun ada tau! Amazing bukan Digi Thank You Sale ni?

"Tapi macam mana eh nak dapat Sony Experia Z? Dah lama mengidam ni."

Nak tahu smartphone apa lagi yang boleh dapat free and untuk info lanjut boleh klik aje gambar dekat bawah ni. Happy shopping! :))





23 Dec 2013

21122013: SOGO Year End Sale

Assalamualaikum

21122013

Pukul 11:30 pagi, turun tolong Ain angkat sekotak buku yang ingin beliau bawa pulang. Mangaaiiii, berat gilaaaa! Aku duduk sini dah 5 sem, tak pernah-pernah bawak datang/balik buku sebanyak tu. Tengah tunggu teksi si Ain ni, tetiba aku nampak bebudak kembara naik basikal. Lahhh, ada explorace rupanya. Masa tu tengah hujan rintik-rintik, air bergelora, emak kasi duit...Heshh jeles, seronok tengok dorang main explorace sambil berbasikal keliling UiTM meredah hujan. Rasa macam nak join sekaki.


Pukul 3:00 petang, selesai solat Zohor, basuh baju semua, aku pon balik. Tapi tak straight balik rumah ah, sebab tahu SOGO ada Year End Sale en. Kebetulan aku pon nak beli jeans. So balik tu, turun Masjid Jamek. Sempat singgah Mydin beli toner muka Mustika Ratu. Alang-alang lalu situ. Kalau beli kat kedai jamu, kemain dorang mark up harga sampai RM12.00. -___-. Kat Tesco, Mydin RM6.50 dah dapat kot. Cis.



Keluar Mydin sambung perjalanan, hari Sabtu biasa ah kat J.T.A.R ni ada pasar malam. Seronok jugak pergi J.T.A.R hari Sabtu, bertambah-tambah bilangan kedai termasuk kedai makanan. Masa tu pulak aku duk teringin makan kacang kuda. Jumpa je kedai jual kacang, terus beli kacang kuda dengan kacang rebus. Bila makan paginya baked beans dalam tin, tengaharinya makan roti ikan bilis Gardenia, maka haruslah aku bantai mengunyah kacang sepanjang perjalanan sejurus sahaja membelinya. Sampai SOGO .


Pusing-pusing, jeans brand Applemints dengan LadyLike je yang in budget. Gua pon jenis pakai barang murah je, tak pentingkan brand sangat asal selesa sudah. So, hasil tangkapan adalah sehelai jeans dari Applemints, sehelai lagi dari LadyLike. Aku tak pernah pulak dengar jenama Applemints. Pastu harga kemain mark down dari RM120.00 terus jadi RM39.00. Entah betul ke tidak harga RM120.00, entah-entah tempek je harga kat situ.


Pastu ada jumpa seluar k-pop. Alah seluar warna-warni macam SNSD pakai tuu. Selalunya kan seluar ni ketat bahagian bawah, so haritu nampak bawah dia macam tak ketat sangat. So laju-laju bawak pergi fitting room nak cuba. Bukan aku minat k-pop, tapi seluar dia tu cam cantik warna dia. Try-try, sekali ketat jugak da. Tengok cermin, malu pulak tengok diri ini. Menyedari paha besar satu, dan melihat kesendatan dia buat aku malu berganda-ganda. Segan nak pakai seluar yang betul-betul hugs kaki macam tu. T.T I wonder lah, macam mana orang lain boleh konfiden je pakai. Kalau stok kaki macam SNSD cantik lah pakai. Tapi yang bukan tu? Ohmaiii, kenapa dia tak buat seluar tu jenis straight cut ah? Heshhh.




Sempat lagi serbu SOGO, dia habis on 25th December 2013. Apa lagi?

Kbai.



.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.