Showing posts with label Running Man. Show all posts
Showing posts with label Running Man. Show all posts

2 Oct 2014

Wishlist : Theme Park

Assalamualaikum.


Annyeong!
Baru-baru ni aku ada tengok Running Man episod 211 and 212. Episod kali ni dorang main dekat Theme Park. OMG Seriuss, bila tengok dorang main kat sana, seriusss aku nak pi sana main jugak. Nampak agak scary lah, tapi serius nak try. Tapi tak tahulah kot dah sampai kat sana jadi lain pulak en. HAHHHAH

First aku nak naik Wooden Roller Coaster ni. Tengok je dah nak luruh jantung, macam mana kalau dah naik nanti.luls.

Team : Jae Suk





Second,

Team : Ji Hyo



Third,

Team : Kwang Soo





Fourth,

Team : Gary




Fifth,

Team : Suk Jin




Sixth,

Team : HAHA




Kat atas ni semua masa Episod 211, yang ni dorang buat kat Korea. Bertambah-tambah ler rasa nak pi Korea tengok episod ni.HAHHHA


Next, dalam Episod 212 dorang buat kat Taiwan, tapi yang ni versi punishment. Siapa yang gagal dalam misi kat episod 211 tu, dorang kena punish naik rides ni dekat Taiwan. luls.




Omaigadddd, yang ni serius gila scarryyyyyy. Yang ni dekat Taiwan. Kau bayangkan baru turun kat belah kanan yang berbelit macam DNA tu, patah balik terus naik kat belah kiri yang 90 darjah tu. Tak sempat jantung kau nak masuk mood bertenang.  Bukan sekali dia ulang-alik pulak tu. Okayy, Taiwan boleh masuk dalam list negara yang aku nak pi. HAHHAH


Apa yang menarik kat Taiwan lagi adalah, ada satu tempat penginapan ni bila kau bukak tingkap je kau nampak haiwan-haiwan merayau-rayau. Heaven betuii.




Jadi, begitulah ceritanya. Kbai. ^^













19 Dec 2013

19122013

Assalamualaikum


19122013



Hari ni dapat markah test 2 ITS670. 39/60. Bad? Yup, sangat. Tak study cenggini lah. Petang pulak dapat markah test 2 data mining ITS665. 29/50. Teruk gilaa. But ain't that gonna demotivate me to study harder. [Entah betul ke idok, ayat tu -____-]

Dah jadi habit study last minute. Tak pe lah, itu bukan penamat pon, final menanti. Somehow rasa bersyukur pulak sebab bila dapat macam tu rasa tercabar nak buat lagi baik, lagi-lagi bila tengok kawan kau dapat marks yg gila jauh beza dari kau. Malu memang malu. Aku tak rasa sedih pon sebab ini memang hasil study last minute. Pukul 2 petang test, pukul 2-3 pagi baru nak baca, pastu tertidur, pastu sambung baca pukul 12 tengahari. See, kemain buruk perangai. Kau buat, kau tanggung.



Malam ni pukul 8:00 malam supposedly aku dah rancang nak pergi satu slot ni tajuk "Aku, Kau dan Dia" kat Dewan Kuliah C Fakulti Kejuruteraan. Tapi tak jadi pulak memikirkan baju tak basuh lagi oi, sabtu nak balik [Manual okayy, bukan washing machine.cewwah]. Burn. Padahal dah rancang baik punyaa nak pergi, sebab moderator dia [Mubasyir] pon best. Gaya penyampaian, suara dan intonasi dia memang thorbaik. Pastu scroll-scroll facebook tadi...


"Ahhhh...dah agak dahhh..."



Mantan YDP [Azraful] update status, yang dia ada sebagai salah sorang panelis untuk slot ni. Kat poster tak tulis pun siapa panelis, misteri katanya. Hint yang dia bagi UiTM, dengan dari UM. Somehow aku agak kalau dari UiTM, maybe Azraful. Heshh terlepas. Azraful ni pon aku quite kagum dengan dia. Tapi tadak rezeki kan. 


Roommate aku pulak baru je balik pukul 9:30 PM tadi. Mak dia kata :

"Duduk lah sorang-sorang dalam bilik" sambil gelak-gelak bersulam senyuman.

Aku tak tahu maksud sebenar mak roommate aku tu, tapi maybe dia nak sampaikan :

"Tinggallah hang sorang-sorang kebosanan dalam bilik ni."

Mungkin. Mungkin mak cik tu rasa aku akan bosan lepas roommate aku balik rumah sepanjang study week ni. Tapi nahhhh. Tak bosan pon, saya jenis independent mak cik. :D Bolehlah eksesais buang lemak dalam bilik tanpa segan-silu, bukak Running Man, dengar lagu tak yah pakai earphone. Ahhhh, perasaan itu... HEAVEN. 


Ah, untuk Running Man punya progress, baru sampai episod 164. Episod 163, tergelak-gelak aku masa part Seung Ri nak campak bunga dalam bakul Ji Hyo tu. Seung Ri is definitely my type.





4 Dec 2013

04122013: Pee Mak

Assalamualaikum.

Esoktest Data Mining. Tapi sempat pulak aku mengkhatamkan Running Man episod 153 dengan cerita Pee Mak. Kelakar gila kot. Habis hilang semua ilmu, gelak sorang-sorang dalam bilik.-_-







Tengah syok-syok tengok Pee Mak. Tetiba...


Tok Tok Tok.(*Bunyi pintu kena ketuk)
Senyap.
Tok Tok Tok.
Senyap.

Alih-alih pintu dibukak dari luar sebab aku malas sangat bangun bukak pintu.



"Assalamualaikum, boleh saya ganggu?"

Haa?*question mark*

"Nak tengok, baju, blouse, dress?"

Kau dah kenapa? Aku dah lah tengah sengkek,
mahu menjerumuskan aku ke lembah keborosan hape?

"Eh tak pe la"

Senyum. Hamba Allah itu pun blah.



"Boleh ganggu?" For sure lah jawapan dia TAK. Guna lah ayat yang sesuai sikit cam:

"Minta maaf mengganggu, saya bla bla bla..."

Heshh.






10 Sept 2013

Running Man versi Doodle

Assalamualaikum.

Cuti dah habis. By the way, setelah bermarathon tengok Running Man sejak pertengahan waktu cuti hari tu sampai la ke hari ni, aku berjaya sampai ke episod 100. Balik kolej dah tak boleh tengok dah. Line lembab. =..=. Well kat bawah ni doodle Running Man gaya aku.



Sepatutnya hyung-nim. Salah eja, LOL.


Kookie <3


Grasshopper Jae Suk.


HA-HA si Pororo.

Ini Monday Couple! :))


Main tulis je, padahal tak tahu apa. LOL.

Framer and Betrayer. LOL.

Inilah hasilnya bila dah bosan kan.

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.