Showing posts with label BBW14. Show all posts
Showing posts with label BBW14. Show all posts

4 Dec 2014

BBW 2014 Preview Pass

Assalamualaikum.

Aku fikir dua-tiga kali gak nak buat post ni. Post yang bakal mendedahkan rupa sebenar tulisan tangan aku. Aku berminat nak buat setelah tengok post cEro hari tu. Tapi kemalasan aku untuk meng'scan' membuatkan aku asyik bertangguh. Jadi cerita pasal BBW yang aku pergi hari ni aku merajinkan diri jugak untuk melukis dan scan.


Bagus jugak cabaran cenggini, ia membuatkan aku sedar yang lukisan dan tulisan tangan aku hudohh. T.T. Maafkan saya.
 
 
Kalau orang selalu kata cantiknya atau hodohnya tulisan tangan dia bergantung pada baik atau buruk mood dorang pada hari tersebut...Aku pulak ...tulisan tangan aku dipengaruhi oleh keselesaan aku dan ke'chemistry'an tangan aku dengan pen tersebut. Bola mata pen pun turut mempengaruhi. Senang kata, kalau aku rasa pen tu 'tak best' so tulisan tangan yang terhasil pun cakar ayam sampai mood aku nak menulis pun terus lenyap. Eh...kau faham tak apa aku cakap?
 
 
04122014
 
 







 
 
Aku lupa nak citer yang :
 
Disebabkan aku tak lunch, ada satu ketika tu (setelah 2 jam dalam hall), perut gua berbunyi-bunyi time pilih buku. =..=
Ada volunteer Chinese guy ni kindly minta aku simpan box yang aku pegang (yang masa tu penuh dengan buku) dekat kaunter. Aww... prihatin nya you ni. HHAHHA
Masa balik tersalah naik jejantas untuk ke platform KTM. T.T. Pastu bila nak naik tangga je, nampak KTM datang. Maka, gigihlah aku berlari panjat anak tangga dengan pegang beg plastik nya penuh dengan buku . Siap lumba dengan mamat India dua orang kat sebelah. Alih-alih bila aku dah sampai je platform tu, pintu dah tertutup. Baik punyaaa.

Gua serius menyesal tak bergambar dengan basikal TREK kat sana. Mana tahu boleh menang sebijik. T.T
 
 
 
 
Kbai lagi sekali.



29 Nov 2014

Big Bad Wolf !

Assalamualaikum.

Annyeong chingu!





Quick post. Hai uolls! Ok gedik.

Sekarang ni aku tengah cari partner untuk masuk ke Preview Big Bad Wolf . Bagi yang tak tahu, Big Bad Wolf ni kira macam book fair ah. Tapi mostly jual novel english daripada young adult sampai ler romance errr. Ada buku self-help, manga, buku architecture dan macam-macam. Bergantung jugak la pada organizer. Yang pasti, buku-buku yang dijual tu murah gilaaa kalau nak dibandingkan dengan harga asal. Novel yang harga RM30 jadi RM8, gila kau tak nak! Ada novel Melayu tapi sikit, pastu mostly novel lama-lama. Novel english je mostly ada yang baru-baru.


Kenapa nak cari partner? Takut Forever Alone ke? LOL~


Kalau aku cepuk muka kau jangan tanya kenapa eh. HAHHA. Tade maknanya. Kalau ikutkan aku memang nak pergi sorang. Tapi tiket ni kata boleh guna untuk 2 orang. Jadi kena lah memanfaatkannya kan? Membazir kan amalan syaitonnirrajim. Yang aku dapat ni preview pass. So dapat masuk sehari sebelum dia bukak pada orang ramai. So kira untunglah sikit bagi yang tak nak bersesak-sesak tu. 


Gua nak sorang je tau:

Dia mestilah...


  • Manusia. Tak kisah la apa bangsa, agama, dan jantina sekalipun. Sumpah tak kisah. Sebab aku rasa kita jumpa dan berpisah dalam lingkungan masa 1 minit je. Kat dalam tu kau nak buat-buat tak nampak aku pun takpe kot. Tapi warn lah awal-awal kat aku, tade lah nanti aku cakap kau jenis orang yang tak mengenang budi. HAHAHHA

  • Minat buku. Atau memang niat di hati sanubari dia nak beli buku banyak-banyak, yakni lebih dari 1. Tak kisah ler bape banyak kau nak beli kan, sukati kau la pasai duit kau kan. Tapi aku harap lah kau tak beli setakat 1 buku atau paling teruk sekadar mencuci mata. Kesian pulak kat yang bebetul nak masuk BBW Preview.

  • Serius nak pergi. Kalau rasa jenis suka tarik diri saat-saat akhir atau tak confirm dapat cuti pada hari tersebut, tak payah la susah-susah ye. Nanti gua stress.

Siapa cepat dia dapat.




Tarikh : 4 Disember 2014
Tempat : Mines, MIECC



Boleh lah promote kat kengkawan nanti eh. Bagitahu before 1 Disember 2014. Kalau tak bai-bai.


Ishh kau ni berani-berani je. Tak bahaya ke kau buat macam ni?


Sila lah percaya aku bukanlah seorang penjenayah yang terlepas dari penjara. Dan untuk memastikan keselamatan aku dan kau (bakal partner), adalah baiknya kita berjumpa di MIECC terus kat depan pintu gerbang untuk masuk ke Big Bad Wolf book fair. Lepas je dari pintu gerbang tu, hang buat lah apa yang hang nak. Gua serius tak kisah dah. Pastu hang nak balik bila pun gua tak kisah. Kira pertemuan dan perpisahan kita kat pintu gerbang je lah. HAHHA


Kalau ada yang berminat, komen je kat bawah ni. Jangan segan walaupun gua pun segan gak. Tak pe lah sesama segan lah cenggitu. Ke nak pakai topeng masa hari kejadian? Habaq kat kawan na, kot dia kempunan nak pi ka.



Kbai.


.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.