20 Oct 2019

Hadiah dari Taiwan

Assalamualaikum & Annyeong Chingu,



Berjumpa lagi kita setelah sekian lama. HAHHA. Bulan lepas or dua bulan lepas (kot?) aku ada join satu contest di salah satu travel blog. Dan dengan izin Allah aku menang! Alhamdulillah. Dan finally hadiah tersebut sampai ke rumah aku. Actually hadiah tu dah sampai awal, cuma aku baru ada kesempatan untuk update dekat blog. HUHHU.


Hadiah tersebut berupa sekeping poskad dari Taiwan. Aku macam wahhh, sebab aku tak pernah dapat poskad, dan lagi satu pulak...ianya dari Taiwan yang juga merupakan salah satu daripada wishlist aku. Aku macam dah terbayang-bayang kawasan Jiu Fen dan Taroko Gorge. Tapi sementara nak menunggu cita-cita tersebut direalisasikan, maka eloklah aku berangan-angan terlebih dahulu dengan melihat catatan kembara traveller-traveller / backpacker-backpacker lain. Hihhu. For those yang nak pergi Taiwan jugak bolehlah baca entry beliau di blog [Klik SINI]. Mana tahu dapat ilham nak pergi mana nanti, at least dah boleh rancang awal-awal. :)


Terima kasih sekali lagi kerana memilih saya sebagai pemenang. Semoga saya pun dapat tawan Taiwan pada satu hari nanti. Hihhi


22 Sept 2019

Review Strawberry Custard McDonald

Assalamualaikum and AnnyeongHaseyo Chingu,



Semalam aku pi mekdi dengan kawan aku. Time nak order ayam extra spicy tu, saje lah usha usha bahagian desert. Pastu aku ternampak pie baru, iaitu ('iaitu' kau...HAHHA) 'Strawberry Custard Pie'. Sebelum tu lagi aku ada nampak kawan ig aku post pasal pie ni. Bila google, tak keluar pulak. Aku ingat maybe dia gi mekdi Indonesia ke Singapore ah, sebab dia pun jenis suka jalan-jalan pi luar negara en. Sampai lah semalam, aku ternampak pie ni time order. Terus aku tekan button '+' kat display order tu HAHHA.


Okay, aku pun tanak citer panjang. Aku just nak cakap, Pie Strawberry Custard mekdi ni sedap. YE, SEDAP. Memang kena dengan tekak aku. The combination of strawberry fillings and custard tu memang padan dan sodap bak hang. Worth my money la. Bagi sesiapa yang belum cuba, boleh la cuba. Lagipun strawberry filling dia tu tak de la manis sangat. Just nais. Tetiba teringin nak makan lagi pulak HAHHA.

5 Jun 2019

Puding Trifle di Malam Raya

Assalamualaikum dan Annyeong Chingu!

So malam semalam, mak aku kata nak buat puding trifle. Nak ikut resipi @khairulaming. Barang semua puan omak sudah beli. Amboi kemain bersungguh kan mak aku nak buat puding trifle. Kesungguhan yang jitu. HAHHA.

Aku pun bukak ler stegrem khairulaming ni nak tengok acano dia buat. Hamboih sonang bebeno weh. Kau hanya perlukan :

1. 3 cawan ayaq
2. 1/2 cawan gula
3. 1 cawan tepung kastard
4. 1 tin buah buahan koktail
5. 1 kek swiss roll
6. 1.2 liter air
7. 10g serbuk agar-agar


Okay siap ingat ingredients dia walaupun baru sekali buat. Kagum dengan diri sendiri kejap. HAHHA.

Step dia pon sonang. First sekali kita buat sos kastard dulu, masukkan 3 cawan air dalam kuali/periuk. Aku guna periuk sebab besar sikit, takde lah melimpah sos kastard tu. Lepas tu masukkan gula. Then masukkan tepung kastard. Kacau, kacau, kacau sampai sebati. Dah sebati, baru kau on kan api. Kacau, kacau, kacau sampai sos kastard jadi pekat dan jadi sos kastard dan bukan jadi kuah tomyam instead.

Okay lepas tu, kau cari satu bekas petak ke bulat ke segi tiga ke untuk letak puding trifle kau yang bakal siap. Asingkan buah dan air dalam tin buah koktail sesiap. Air dia jangan buang dulu. Okay, kau amik kek swiss roll yang telah kau beli dan potong. Lepas potong terus kau mampatkan dalam bekas yang kau sediakan tadi. Kira kek swiss roll ni as base la. Mampatkan sampai tiada ruang kosong kat dalam bekas. Lepas tu, amik air buahan koktail tadi, siram siram sikit atas kek swiss roll tadi. Siram untuk basahkan kek tu je, jangan ler sampai banjir pulak kau siram air buah tu. 

Okay, pastu kau amik sos kastard yang dah siap, letak atas base kek swiss roll dalam bekas tadi. Bior sos kastard tu sejuk sikit. Sementara tunggu dia sejuk tu, kau buat lah jelly kat atas tu. Amik 1.2 liter ayaq tadi letak dalam kuali/periuk. Pastu masukkan serbuk agar-agar. Bior sampai mendidih.

Sementara kau tunggu dia mendidih tu, boleh la letak buah campur atas lapisan sos kastard yang dah sejuk dalam bekas. Lepas agar-agar dah mendidih tu, kau tutup api biar dia sejuk sikit. Dah sejuk, baru kau tuang air agar-agar tadi dalam bekas. Last sekali, masukkan bekas tu dalam peti ais untuk keraskan sikit agar-agar atas dia tu. Pehtu, siap, boleh makan! Horee!


Kbai.



2 Jun 2019

Nad, Jangan Makan Aiskrim Ini

Assalamualaikum dan Annyeong Chingu.

Kembali ke segmen review aku. Bertujuan untuk rujukan masa depan aku. HAHHA. Pagi tadi, time sahur, adik aku suruh aku makan satu aiskrim ni. Dan kemudiannya dia cakap...'Tapi tak sedap ah'. Sebagai seorang yang curious, haruslah aku menjusifikasikan kritikan adik aku terhadap aiskrim tersebut. Okay jap, biar aku tunjuk dulu aiskrim apa yang aku dok cerita ni. Ini dia :

Lepas makan nasi, aku terus pi amik aiskrim ni dalam peti ais. Aku makan. Okay, memang tak berapa sedap. Aku bagi 2.5 bintang je la kot dari 5 bintang. Aku expect rasa vanilla dan coklat yang strong, tapi yang aku rasa adalah hambar. Tak meet expectation aku, ecewwah. Kalau ikutkan aku okay je makan aiskrim, cuma tu lah...bukan sahaja tak sedap tapi menambah kalori aku. Same case dengan aiskrim minion tu, comei memang comei, tapi rasa dia...mehhhh.

Jadi kepada diri aku pada masa hadapan, jangan beli aiskrim ini. Kbai.




24 May 2019

Review Lip Balm Lip Ice Sheer Color

Assalamualaikum dan Annyeong chingu!

Lama nau aku tak update blog, dan itu lah ayat yang sama aku ulang tiap kali nak update blog. Busy wei. Tapi entahlah, samada aku yang tak pandai manage masa atau aku memang busy. Tetiba konfius pulak, HAHHA.

Tajuk post kali ni bunyik macam beauty blogger yang selalu dok promote and review barang kecantikan kan? Tapi sebenaqnya, aku saje buat post review ni untuk kegunaan masa akan datang. Disebabkan aku sangat lah jarang beli or borong mende mende alat solek kat kedai kedai yang juai barang kecantikan, aku jadi cepat lupa barang barang or brand barang kecantikan yang aku pernah beli. Lagi-lagi kalau benda tu da habis and aku da buang bekas dia.

So bila buat post ni, aku rasa efisien la sikit untuk dibuat rujukan pada masa hadapan in case aku lupa benda yang aku pernah beli yang best / tak best. Aku rasa dah banyak perenggan pulak aku buat untuk justify reason di sebalik post ni. Okay, mari kita teruskan ke cerita utama.


So baru baru ni, Guardian buat sale hingga 50% untuk barangan kecantikan, alat-alat solek. Disebabkan ada sale, aku cam... apa salahnya aku pi beli lipbalm satu alang-alang tengah murah ni. So aku amik la lip ice sheer color brand Mentholatum setelah berfikir selama 30 minit. Wei sumpah lama weh, sebab konfius nak pilih mana satu. Pastu aku ada lah teringat yang aku pernah pakai lip balm brand Mentholatum and Silky Girl previously, and aku ada ingat yang aku pernah suka salah satu lip balm dari brand tersebut sebab dia tak ,engeringkan bibir dan ada color pink pink sikit. Tapi aku lupa dan konpius mana satu. Sudahnya, aku amik lip ice brand Mentholatum sebab dia lagi mahai (alang-alang tengah murah). Harga asai dia RM17 nak dekat RM18, woi! Punyalah mahai, nasib baik ada 30%, dapat lah harga RM10.xx.


Dan untuk aku pada masa hadapan, aku nak nasihat kan , jangan lah pi beli lip ice mentholatum ni ha. Sebab sumpah bibir aku kering lepas pakai. Aku tak tahu la orang lain, tapi memang benda ni tak serasi dengan aku, kering bibir aku. Lip balm ni memang buat bibir kau cam pink-pink (soft pink gitu), cuma tu lah, slack sebab bibir aku jadi kering lepas pakai walaupun dia kata kat packaging maintain dalam masa 10 jam.


Aku memang dulu lagi suka brand Mentholatum ni. Tapi aku harap, in future, dorang keluarkan lip balm untuk golongan-golongan yang jenis bibir cam aku, and color changeable jugak camni. So, for the time being, aku patut nasihatkan diri aku untuk tak beli lip ice sheer color dari Mentholatum.

Kbai.

24 Nov 2018

One of Ridiculous Dream

Assalamualaikum dan Annyeong Chingu!

Again i'm back writing. Okay gonna be or might be a short post.

Semalam ke semalam punya semalam (aku lupa HAHHA), aku ada mimpi. Aku mimpi aku pi tempat keje lama aku, I mean department lama aku. Masa tu supervisor aku yang da berhenti pun ada sekali. Semua masa tu pakai baju melayu and baju kurung. Tak tahu la majlis apa, da macam majlis raya dah gayanya. Ada la budak nama Ari** yang dah pindah subsidiary pun ada sekali. Budak yang stay yang aku nampak Qus**, Ay**, ada lagi 2-3 orang, tapi aku tak ingat HAHHA.

Masa aku sampai tu, suddenly terus ke babak, seorang budak laki yang aku pernah minat ni cam bagi bunga kat aku, bunga ros merah. Aww. Tapi it's not like jambangan, ada la 3-5 batang bunga ros merah. Aku panggil budak sebab dia cam lagi muda 2 tahun dari aku (maybe). Ala jarak umur muda 1-2 tahun tu smol matter je bagi aku, bagi perempuan lain. Yang penting memahami, matang, can make decision, can lead etc lah yang sesuai.

Pastu lepas bagi bunga tu, terus ke babak yang things paling aku nak gelak. Aku rasa lepas bagi bunga tu, aku dan budak tu dah in some sort of couple zone ah. Kau boleh bayangkan tak, masa kitorang couple tu we spent time like buat games macam game show kat tv. Paling aku ingat, cabaran salam orang paling banyak. Okay mungkin bagi kau tak lawak, tapi bagi aku lawak gila, weh pebende la woi, couple tapi macam dalam game show, or maybe memang betul la kot masa tu aku dalam game show, cuma babak tu kena cut. HAHAHAHHAHA

Okay itu je yang aku ingat. Yang pasti aku salam dengan perempuan (pandai pulak jaga batasan, couple tak hengat pulak) and aku menang. Dalam mimpi pun aku pandai jaga batasan, tak sangka betul HAHAHAHAH.

Okay tu je nak citer, sebab bagi aku mimpi tu cam sweet (weh budak yang aku PERNAH minat muncul dalam mimpi kot!), pelik dan kelakar. LOLs. Aku rasa sebelum tido aku takde pulak fikir pasal budak tu, terlintas sepanjang 2 minggu lepas tukar keje ni pun tak. Mungkin mamat tu terfikir kat aku kot. Bwahhahahahahah. Okay stop, sumpah cringe dengan diri sendiri.

Oh lagi satu lupa, masa tu bos aku pun ada, tapi dia still macam ignore aku lagi depan-depan. Bos, saya dah approve kat LinkedIn kot. Maybe bos aku segan kot. Tapi yang peliknya behaviour masih sama bila berselisih, tapi bos cam dah okay dengan Qus**. LOLs

Kbai.




14 Aug 2018

14082018 Rant

Assalamualaikum dan Annyeonghaseyo!

Lama gila aku tinggal blog, sampai butang 'New Post' pun aku dah lupa kat mana. Hampir 50 saat cari. HAHHA. Agak busy. Sekarang pun tengah busy tapi aku cam nak update pasal hari ni.


Kisah 1



Tadi dalam perjalanan ke LRT Kerinchi, aku nampak ada peminta sedekah. Chinese. Aku hampir jalan je terus, memikirkan aku nak balik cepat, nak kemas workstation aku (Baca: Konon). Tapi on the second thoughts aku berhenti tengok. Adalah satu perangai aku kalau peminta sedekah, aku akan teliti kondisi dorang terlebih dahulu. Aku tahu derma kena ikhlas, tapi entahlah aku jenis berjaga-jaga sikit sebab taknak la duit aku walau tak seberapa diterima oleh orang yang tak layak, sindiket etc. Again I have my own criteria la. 

That guy park kerusi roda dia kat tepi. And dia duduk kat tepi kerusi roda tu atas lantai. Okeh, tetiba terfikir kenapa dia tak stay je atas kerusi roda? Buat penat and sakit badan je. Or maybe dia rasa kalau duduk atas kerusi roda takde yang sudi menyumbang. Hmm maybe lah kot. Kaki dia macam terlipat ke dua arah. Kaki kanan ke kanan, kaki kiri ke kiri. As i remember la kot. Time aku nak letak duit (Nak riak pebende woi, aku bagi sikit je), aku nampak dalam bekas duit dia tu, duit RM 1, disusun dengan kemas. Kalau boleh aku nak lukis bagi korang nampak tapi heck aku takde masa. HAHHHA. Tambah-tambah aku belum ada duit yang cukup untuk ganti bateri tablet aku. So duit RM 1 tu dia stack kan, selalu kalau orang derma kan selalu duit jenis lipat-lipat en? Ni tak. Semua duit tak berlipat. Duit syiling dia letak kat tepi ikut nilai. Aku macam wauu sekejap.

Aku rasa dia jenis orang yang teliti dan jenis organized person. Kalau buat kerja jenis teratur. Tapi tu lah, aku rasa tak banyak company yang sudi terima orang kekurangan upaya untuk kerja dengan dorang. Tapi aku sangat berharap dorang dilayan macam orang normal. Lebih banyak company bagi peluang dorang menjawat jawatan sesuai dengan kebolehan dorang.



Kisah 2

Photo by Tyler Nix on Unsplash

Dalam MRT on the way ke stesen MRT Maluri tadi ada sekumpulan budak depan aku. Entah aku rasa dorang muda dari aku eventho dari gaya macam dorang dah berkerja. 3 perempuan dan 2 lelaki. All of them chinese kecuali 1 budak perempuan ni. Seronok aku tengok dorang. Budak chinese semua cakap Malay dengan budak perempuan tu.

Yang chinese girl sorang tu fasih gila bertutur dalam Bahasa Melayu. Kind of mengingatkan kawan aku masa dekat company lama, Michiko. Dah macam melayu dah, word yang dia guna pun aku rasa rare untuk orang bukan Melayu guna. Masa Michiko guna word 'beriman' pun aku dengan Fifah dah macam 'Wauu Michiko!'. Even ada senior chinese pernah cakap camni 'Pelik la you, you shud marry a Malay guy'. HAHAHHAHA. Budak dalam MRT ni pulak tadi, aku terkejut time dia guna perkataan 'Ghairah'. Wauu gurlll, yo BM in SPM mesti score A+. Langsung tak pelat hokehh. I was like sengih-sengih je time curi dengar perbualan dorang.

That chinese girl tu sumpah hati dia suci (Well memang aku bukan Tuhan, tapi dia boleh jadi kawan yang sangat baik). That malay girl cam cakap la kawan dia (maybe office mate dorang gak) selalu cam pakai trendy trendy la gitu. Dia macam rendah diri, dia cakap dia ni cam tak nampak keperempuanan sangat. Pastu that chinese girl pun cakap 'Ei janganlah cakap macam tu, ur boyfriend maybe tengok personaliti you'. Pastu dengan 2 budak laki chinese tu bagi sokongan dalam bentuk melawak. I mean cam melawak nak gembirakan that Malay girl. Aku macam senyum je tengok dorang. Macam nak join jadi ahli group dorang. I mean, kau bayangkan kau boleh kongsi masalah, gossiping dengan rakan berlainan kaum without any prejudice. Harmoni. Saling hormat-menghormati. 

Bagi aku racist ada pada semua jenis kaum. Bukan kaum A, bukan kaum B je. Dan bukan semua orang racist. Yang sebilangan kecil yang racist tu la yang merosakkan segalanya. Dek gilakan kuasa, pangkat etc. Bukankah elok hidup berdamai tanpa berprasangka dengan kaum lain?


Kisah 3

Photo by Jiroe on Unsplash


Baru-baru ni ditimbulkan isu mengenai LGBT. Aku tak kisah pun kawan dengan orang-orang dalam golongan sedemikian. Tak menyokong tak semestinya perlu pulaukan dorang. Aku rasa dorang just keliru. Pray for them, kalau mampu, tegur.

Tapi yang aku terkesan bila merata-rata kat timeline Facebook banyak post pasal ada satu sidang media berkait dengan seorang menteri dan sorang wakil dari golongan LGBT ni. Banyak jugak kawan perempuan aku post ke arah menentang pendapat menteri tersebut. 

Entahlah bagi aku sendiri, aku cuma tak bersetuju kalau golongan transgender, lembut ni guna tandas yang sama dengan wanita normal lain. Wehh nak bukak tudung apa sume susah. Nak kena jaga aurat bagai. Ye lah kadang-kadang nak betulkan tudung ke, nak ambil wudhu' (jenis surau yang takde tempat ambil air wudhu') ke dah susah. Sebab walaupun dia berpakaian wanita, nampak rupa cam wanita, tapi hakikatnya dia LELAKI. Aurat dengan dia sama je bila berhadapan dengan lelaki normal. Aku macam kenot brain ah.

Lagi satu, concern aku adalah bila golongan transgender ni guna tandas yang sama dengan wanita normal lain, aku takut makin banyak kes jenayah. I mean, ada kemungkinan besar, LELAKI normal berpakaian wanita masuk ke tandas wanita dengan niat untuk melakukan gangguan seksual., worst case jenayah 'rxgxl' Weh wanita ni sekuat mana pun dia, kuat lagi kudrat lelaki. Aku macam, entahlah. Hope keputusan tu tak dilaksanakan lah eh. 

Aku tak rasa kita abaikan dorang. Tempat aku kerja part-time as a cashier dulu, elok je ada 'Akak-akak' yang kerja sama. Takde pulak nak nafikan hak dorang bekerja apa ke.


Keh sekian rant hari ini.
Dah aku nak kemas bilik.


11 Nov 2017

Kimchi Soup versi Nanadhoi!

Assalamualaikum dan Annyeong chingu!



Okay first, jangan cakap aku k-poppers eh. I'm not a kipas-susah-mati for any kumpulan/artis Korea. I love Korea because of its culture, and their language (Because I wish I have the ability to speak in many languages a.k.a polyglot). 

Okay hmm aku pun tak tahu kenapa aku kena justify benda ni. HAHHA. Maybe because, selalu kot orang assume, asal sebut Korea sikit, booo K-pop K-pop! HAHHA. Any K-poppers kat luar jangan la terasa hati lak eh. Minat orang lain-lain, so yeahh.

Kenapa tetiba lak kau nak buat Kimchi ni oi! Oh yeah sebab dah berbulan-bulan aku busy and I barely have times to workout. Awal tahun ye la rajin panjat bukit dekat dengan kawasan rumah, but nowww, haremmm. Makan pun tak jaga. Especially bila staying late at night buat kerja, Yass, aku sekarang kerja as Programmer, previously kerja as QA, but tu nanti lah aku cerita, kalau rajin HAHHA. Kau bayangkan, satu pek keropok besar tu la peneman aku sepanjang aku stay up memalam in order nak elak dari mengantuk. Anddd I finish it in a blink of an eye je hokehh, 10 minit dah dalam tong sampah dah plastik keropok tu. HAHHA

Now, aku rasa aku nak keep on track balik. HAHHA. Nak eksesais and maybe eat clean balik (maybe). Another reason is, aku rasa stamina aku dah berkurang. Mengah like everytime. Padahal lari kejap je wehh. Setiap pagi nak pergi kerja, aku akan turun kat Stesen MRT Pasar Seni and tukar naik LRT. So pertukaran tu memerlukan aku untuk naik sebanyak 3 eskalator. And kat sana, kau boleh nampak tau everytime LRT sampai dari kejauhan. Selalunya kalau aku nampak LRT dari kejauhan, aku akan start lari dan lari sampai ke platform. Dan bila masuk tren, mengah tak terkira. Macam lari pecut 500 meter. HAHHA.

Eh, why I bebel banyak ni. Okay, ini cara aku buat Kimchi Soup ke Stew entah, hasil googling and of course lah derhaka sikit resepi tu ikut bahan yang ada. 

Bahan -  bahan :

1 biji cili padi hijau (Hiris nipis)
2 ulas bawang putih  (Potong kecik-kecik)
1-2 hiris halia (Hiris panjang-panjang kurus-kurus)
1/2 biji Green Onion (Potong nipis)
Daun sup yang dihiris kecil (Hiasan)

1 sudu besar Planta
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Gochujang (Korean Chilli, nak pedas tambah lagi)
1 1/2 cawan Kimchi
1 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Garam

7-8 keping tauhu yang telah dihiris petak nipis (Suka hati korang nak letak banyak mana)
1 bahagian dada Ayam (Potong kecik)
4-5 hirisan kecil Daging
1 biji telur

3-4 cawan air (Terpulang, nak masam kurangkan air)


Okay, harap takde siapa la condemn cara aku masak tak betul apa semua, sebab aku still dalam proses nak belajar jadi superwoman macam mak aku. HAHHA




Cara aku masak:

1. Amik Ayam + Daging + Garam + Gula + Gochujang + 1/2 bawang putih yang dipotong kecil. Gaul dengan tangan or suka hati kau lah nak gaul macam mana asalkan rata. Then, biar 10-15 minit. Aku malas tunggu lama so aku biar 8 minit je. HAHHA

2. Then amik Planta masukkan dalam pot. Pastu amik bahan 1 tadi, masukkan dalam pot. Kacau 45 saat.
3. Masukkan 3/4-1 cawan air dalam pot. Then kacau sekejap. Then masukkan pulak Sos Tiram. Entahlah, aku rasa aku patut gaul dengan ayam tadi. Tapi apa nak buat dah terlambat HAHHA.

4. Masukkan all the Halia, Cili Padi and Bawang Putih yang tinggal. Halia tu suka hati kau nak letak ke tak. Sebab Sabtu memang hari 'Halia & Bawang Putih' untuk aku. Sebab nak buang angin. Kang buat hari Ahad, membawa ke Isnin pulak efek dia HAHHA.

5. Then tambah another 2 cawan air, dan kau biar masak dalam  15-20 minit cenggitu, kacau sikit-sikit.

6. 15-20 minit dah berlalu, so kau tambah lah pulak Kimchi and Green Onion, masukkan dengan air (Kimchi) dia sekali, dalam 6-7 sudu besar (ikut tahap kemasaman yang kau nak). Kacau sikit-sikit and biar dalam 10 minit cenggitu. Kalau rasa air tu cam berkurang, tambah 1/2 - 1 cawan air.

7. Amik tauhu, dan masukkan dalam pot tadi. Biar selama 10 minit. Then tutup api. But before that, 2 minit sebelum tutup api  tu, letak telur.

8. Settle, sedia untuk dihidang , tabur sikit daun sup tadi atas tu. Done.


Okay itu je lah. Rasa dia okay la, takkan aku yang masak, aku yang puji ye dak. Rasa cam tom yam pun ada, rasa cam asam pedas pun ada. HAHHA. Aku buat pun sebab ada jugak teringin sebab tahun lepas kot makan dengan kawan aku Nany, makan kat Dubuyo ke hape entah. Nany bagi aku rasa Kimchi soup tu, so aku teringin. HAHHA

Okay, mana nak dapat Kimchi and Gochujang tu? Halal ke?

Don't worry gaiss, takkan lah aku nak makan benda haromm lak and takkan la aku nak pergi Korea for the sake of beli Kimchi. Aku beli kat Facebook :

OmmaSón by FaezAmer Korean Kitchen .

And ini bukan paid review eh.



11 Jun 2017

15 Ramadhan : 'Your Shoulder'

Assalamualaikum and Annyeong Chingu!

So hari ni dah masuk hari ke-16 Ramadhan. Tapi aku nak cerita pasal semalam. So semalam aku tetiba rajin. Rajin pasai dah tido siangnya. So macam energy terlebih lah sikit. So aku decide nak buat Matcha Cheesecake cookies yang beberapa minggu jugak la aku tangguh sebab busy. Ehem, tapi sekarang pun busy jugak. HAHHA. Kemain kan nama cookies tu. So yeahh. So aku pun prepare la barang-barang semua. Dok sibuk prepare barang tu la, aku sedar rupa-rupanya ada banyak jugak ingredients yang takde. Ada yang dah expired la. Hampir jugak aku berputus asa.


Sepatutnya guna 'Multi Purpose Flour' tapi yang ada tepung jagung, gandum, dan self-rising flour je. Sebab aku degil jugak nak buat (sementara tengah rajin) aku guna je self-rising flour. Mak aku pun yakinkan aku yang boleh je guna self-rising flour. Resipi aku ni ada jugak guna baking powder. So kira okaylah guna Self-Rising flour, jadi nanti tak payah letak baking powder lagi. Pastu unsalted butter lak takde, so aku guna Planta, and tak payah tambah garam lagi ikut resipi.
So mari lah kita buat cookies yang telah di alter ingredientsnya. Before that, kena la keluarkan dulu oven. So aku keluarkan oven. Time nak tarik keluar oven dari kotak tu, guess what? Bertempiaran lipas separa dewasa dan anak-anak lipas keluar. Serius laaa. Aku tengah semangat nak baking ni. Aku risau satu je weh, takut lipas-lipas yang bertempiaran tu nanti merayap dekat adunan cookies aku nanti. Jadi untuk mengelakkan kejadian itu berlaku, aku decide nak bunuh mereka semua (Mode Sparta: On). Aku cari spray, takde. Cari lagi dengan mata, takde lagi. Jadi apa aku buat? Aku pukul dengan penyapu. There is this one lipas separa dewasa yang degil nak mati, so aku pijak dia. Ya, dan kemudian aku menjerit kegelian sebab ada benda kuning keluar. Iyyekkkk.

Aku kesian jugak kat lipas tu, tapi tapi tapi... aku nak baking. So aku teruskan misi aku dengan perasaan kesian yang masih melekat di hati. Fyi, semua lipas-lipas tu aku dah sapu masuk ke penyodok dan letak tepi pintu dapur. Selesai adun semua, aku masukkan dalam acuan bahulu. Konon nak bagi biskut tu nanti keluar dari oven jadi bercorak. Aku bakar dan tunggu.


Tingg. Aku bukak. Wehh. Kau tahu apa jadi kat biskut aku? Dia jadi bahulu weh! Aku post kat insta story, kawan aku cakap macam muffin pun ada XD. Aku tak putus asa, aku try la kali kedua, aku tambah tepung secukup rasa bagi adunan dia tak lembik sangat. Still jadi separa bahulu. Cubaan ketiga baru berjaya jadi cookies weh. HAHHA. Tu je la cerita Ramadhan yang ke-15 aku tahun 2017 ni. Pukul 4:00 pagi baru selesai. Dah lah lepas ni aku nak bake cookies yang tak fancy je. HAHHA.
Pastu pagi tu, bila tengok balik penyodok yang dipenuhi dengan lipas sebelumnya, aku terkejut. Semua lipas dah hilang termasuk dengan yang penyek tu. Jangan dia cari aku tuntut hak sudah. Ampunnn.

Sekian.



14 May 2017

13052017 : Okay okay?

Assalamualaikum and Annyeong chingu!

Weh dah lama gila tak update. Okeh ini quick update. Patutnya aku dah tido sekarang pasai esok kena bangun awai. Tapi nak buat macam mana, aku ni jenis kalau nak buat benda tu memang aku buat jugak lah. HAHHA. Sat gi kena bebel dengan mak. Luls.


Okeh tadi, aku ada keluar ke bandar KL untuk beli barang keperluan kejap. Tapi main point keluar hari ni adalah untuk buat IC baru. Sumpah gambar IC baru aku tu macam orang tengah terkejut. HAHHA. Redha je lah, aku rasa kalau bergambar untuk IC memang result dia tak macam diharapkan kot. Muka tembam cam makcik. [So pengajaran yang aku dapat hari ni adalah : Kalau nak tangkap gambar untuk IC make sure kuruskan pipi dulu. HAHHA] Tapi it's okay, kalau nak nilai dari sudut positif, at least IC baru ni aku nampak cerah sikit, dan tak nampak eyebag dua tingkat aku. HAHHA.


Okay. Lepas settle semua urusan je aku balik [Kang citer every single urusan yang aku buat jadi panjang lak]. Which is around 8 malam jugak lah aku sampai dekat stesen bas paling dekat dengan kawasan perumahan aku. 

"Weh lambatnya kau balik?"

Aku keluar pukui 12 tengahari dan balik pukul 8 malam. Okay what. Aku rasa okay sebab aku pergi setiap tempat dengan jalan kaki. So memang padan lah rasanya aku balik agak lambat. Aku pi UTC naik LRT (turun stesen Plaza Rakyat), buat IC baru, pastu pi Menara KL jalan kaki. Dari Menara KL balik ke UTC amik IC, jalan kaki. Dari UTC jalan kaki pergi Sg. Wang, jalan kaki. Dari Sg. Wang pi KLCC jalan kaki. Dan dari KLCC ke rumah naik bas.

Okay kenapa aku gigih terangkan perjalanan aku hari ni nih?

So, untuk sampai ke rumah aku, aku kena jalan lebih kurang 1 kilometer lebih dari stesen bas yang aku turun ni. Pasai rumah aku atas bukit. Dan memang takde bas yang akan naik ke kawasan perumahan aku. Bas kilang mungkin ya. Bas sekolah juga ya. So turun je dekat stesen bas tu, aku cek telefon. Risau mak aku call. Sebab mak aku ni suka risaukan anak dara dia ni. Mesti akan call nak tahu lokasi keberadaan anak perempuan nan seorang ni. Walaupun anak dia dah 25 tahun. Ye, baru semalam officially capai 25 tahun. [Omaigaddd i'm old. HAHHA]

Cek telefon. Ye tepat sekali. No bapak aku. Missed call. Aku call balik.

Ye, aku save contact no bapak aku as 'My Father', begitu juga mak aku. Mesti memudahkan kerja si penculik. Tapi tak yah lah, bukannya kami ni berharta sangat, berharta dari segi budi pekerti mungkin ya. MUNGKIN. HAHHA. Pernah lah jugak kena bahan dengan ofismate sebab save contact no mak dengan bapak aku camtu. Tapi ini kan phone aku, jadi suka hati aku lah kan? HAHHA.

Pa, papa call (*insert nama manja*) tadi?
Oh tak, mama tadi, nak tahu (*insert nama manja*) kat mana. [dah agak.]
Oh (*insert nama manja*) dah kat bawah ni.
Okay
Okay

Lepas je habis perbualan aku dan bapak aku, aku teruskan perjalanan pulang ke rumah. 15 minit kemudian, aku sampai depan pintu pagar rumah aku. Kelihatan susuk badan bapak aku keluar dari pagar rumah. Dan bapak aku pelik tengok aku.
Aku pun pelik sekali. Bapak aku nak pi mana nih? Pastu kau tahu apa? Rupanya bapak aku nak pi jemput aku. HAHHA. Lorhh, dah bapak aku tak tanya nak jemput ke apa, memang aku jalan kaki je la naik atas. Aku rasa bapak aku belajar sesuatu hari ini. Belajar yang anak dara dia ni memang kalau tak offer, memang dia tak cakap. Dah bapak aku tak offer nak jemput, aku jalan kaki je lah. Kudrat masih ada, kaki Alhamdulillah masih kuat. Dah terbiasa. Terbiasa berdikari.

Beberapa bulan lepas, rakan sekerja cakap aku terlalu berdikari dan dia cakap "Bahaya". Dia lelaki (dah berkahwin, jangan risau) . So aku nak tanya, memang laki ni tak suka / takut dengan perempuan jenis berdikari ke apa? Kalau takut, takutkan apa? Takut perempuan tu tak terlalu bergantung kat dia and takut kalau cerai pon perempuan tu akan relaks je sebab dia jenis berdikari. Sebab tu ke?

Sebab, sebelum ni ada jugak aku dengar kawan aku citer yang kawan lelaki dia nak cari isteri yang berdikari. Tapi type ni jarang gila aku dengarlah. Tapi aku rasa bagus apa kalau dapat isteri jenis berdikari, kau tak de lah nak kena risau banyak sangat. Pastu kalau dia nak shopping pun, boleh je kau cakap tak nak ikut pasal dia pon jenis tak kisah dan lagi suka shopping sendiri-sendiri. 

Lagi satu, aku rasa penting untuk perempuan berdikari. Dunia sekarang ni macam-macam boleh jadi. Laki pergi cari perempuan lain lah. Cuba bayangkan kalau si suami meninggal sebab kemalangan ke, nak tak nak perempuan tu kena berdikari. Berdikari untuk hidup sendiri tanpa suami di sisi. Berdikari untuk kelangsungan hidup. Untuk menggalas tanggungjawab sebagai emak dan bapak untuk besarkan anak. So why laki tak nak perempuan yang berdikari? Sumpah aku tertanya-tanya. 

Pastu kan, hari tu masa dalam perjalanan pulang dari kerja. Aku nampak satu pakcik ni, misai dia unik gila. Aku rasa kalah misai pelakon Gerak Khas tu kot. Pak cik ni punya misai, tinggi and hujung dia tajam dan runcing betul. Tegak je misai dia. Apa pakcik ni letak gel rambut ke dekat misai dia untuk bagi efek tegak macam tu? Nak selfie tapi aku tak boleh terima rejection pulak, kot kalau pakcik tu tak sudi. Malu wehh.

 Tadi masa solat kat UTC, ada sorang baby ni tengah khusyuk tengok video dekat phone. Mak dia pasang sebab nak alih perhatian anak dia sambil tu mak dia solat. Pastu dalam sibuk tengok phone tu, baby tu terpandang aku. Aku pun senyum lah. Sekali dia merangkak laju pergi kat aku. Ah sudahhh. Sampai terberhenti terus mak dia yang tengah solat tu. HAHHHA. 

Tak lama lepas tu, tak sure la kakak mak baby tu atau orang gaji dia habis solat. Kita assume je lah kakak mak baby tu. Kira makcik baby tu. So bila makcik baby tu dah habis solat, dia take over jaga baby tu. Tengah-tengah jaga baby tu, sekali baby tu lagi sekali merangkak laju pergi kat aku. Berdiri dan pegang kaki aku. Adui comel gilaaa. Baby tu suka kacau orang solat agaknya. Pasai lepas tu, dia merangkak pi kat orang belakang pulak. Tapi kan, 2-3 kali jugak lah dia merangkak kat aku, berdiri dan pegang kaki aku. Eii baby ni, ikutkan hati nak je peluk-peluk, gomol dia. Nasib baik anak orang. HAHHA.



Nama budak tu Qaira, Kaira, Kyra? Entahlah, tak sempat pulak tanya acano nak eja namanya.


Kbai, Sumpah aku kena tido sekarang. HAHHA






1 Jul 2016

28062016 : Sudah jatuh ditimpa tangga... Eh?

Assalamualaikum.
Annyeong chingu!


Lama gilaaa tak update blog. How i miss my blog *sigh*.

Kejadian in berlaku pada hari Selasa. Yakni, pada 28 Jun 2016. Aku dah tekad dah hari tu nak balik keje awal sebab nak bayar PTPTN. (Rakyat yang bertanggungjawab tak aku? HOHHO) So, datang la keje awal pagi, i mean takde la awal sangat, pasal sampai pukul 9. Jalan jem. Punyalah buat kerja dengan fokus sebab nak balik awal satu, nak berbuka dengan family pun satu.


Sampailah waktu petang, yakni pukul 5:00. Dan aku masih di office. Kerja masih tak siap. Dengan device lambat sync apps. Dengan internet lambat cam haram. Mengundang maki betul. Hinggalah tiba pukul 6:30 petang. Tiba-tiba dikhabarkan pulak tak jadi release produk esok dan ditunda ke lusa (Means, 1 extra day for testing). Ada pertukaran plan. Memang aku terus chow ah.




Punch card, terus lari naik lif. Pukul 6:39 petang. Dalam hati macam, sempat ke, sempat ke nak sampai UTC Pudu untuk bayar duit PTPTN sebelum kaunter tutup untuk waktu Maghrib?



Lari sampai Taman KLCC. Then, terus lari lagi sampai ke stesen LRT. Puasa pun tetap gagahkan diri jugak lari. Aku tekad, habis je bayar, aku nak rush lari balik rumah, berbuka puasa dengan family. 




Sampai stesen Masjid Jamek, tukar aliran ke Ampang/Petaling Jaya. Ada pulak manusia yang annoying jenis tak paham bahasa. Main belasah je duduk lepak dekat fast lane (?) escalator. Langsung kurang pahala aku sebab ter'mencarut' dalam hati. Disebabkan that annoying guy jugak lah, semput-semput, mengah-mengah aku, aku terpaksa redah naik tangga sebab takut tertinggal tren. Screw you!



Tengah tunggu tren tu, tetiba aku dapat satu panggilan telefon. Dari mak aku :

"***, kereta papa rosak ni ha, Nanti naik teksi ye"
Waduhh. Berkecai. Punah langsung harapan nak berbuka sama. Memang tak sempat la  nak berbuka together-gether ceritanya.




Apapun, hajat nak bayar duit PTPTN mesti diteruskan. Sampai-sampai je kat stesen Plaza Rakyat, aku terus lari masuk bangunan UTC dan terus pergi ke ATM machine untuk keluarkan duit. Dah selesai keluarkan duit tu...

Tiba-tiba ada sorang pakcik tua dok panggil aku dan tunjuk ke arah ATM BSN. Aku dah macam...awat ni? Aku dah la tengah rushing. HAHHA. Kesian pulak tengok pakcik ni. Muka macam warganegara lain. Dia pun tak cakap melayu dengan aku, main tunjuk-tunjuk je. Timbul jugak la rasa cuak dan was-was. HAHHA. Disebabkan dia seorang pakcik tua, aku pun ikut dia ke arah ATM BSN. Nak tahu jugak apa yang dia nak sebenarnya. Then, tetiba dia bagi kad ATM kat aku. Aik?

Rupa-rupanya dia nak keluarkan duit. Aku dah start fikir macam-macam masa tu. Sekarang ni kan macam-macam sindiket ada. Bukan nak berprasangka buruk tapi more towards precautionary steps kot. Berjaga-jaga. Aku macam... hmmm apa nak buat ni? Ini betul ke kad dia? Masya-Allah sister, Su'uzzon betul.HAHHAH.

Last-last aku just bagi arahan je kat dia, so that cap jari aku takde pada kad tersebut. So dia masukkan kad ATM, pastu dia tunjuk kat aku no.pin dalam buku 555 dia. Aku macam... Gila ah! Dia tunjuk no. pin dekat aku? Dekat orang yang dia tak kenal? Nasib baik dia jumpa aku. Kalau jumpa yang kaki Scam? Habiss. So aku terus masukkan no.pin. Time tu lantak ah, walaupun ada cap jari aku. Aku nak cepat. Harap-harap pakcik tu takde niat jahat dan itu memang kad dia.

Pakcik tu nak keluarkan RM50, tapi bila dah tekan itu ini, ATM kata tak cukup duit pulak dah... Adui. -______________-. Aku try cakap RM50 tak boleh keluar. Alhamdulillah la dia paham, so dia mintak try RM40. Tekan-tekan, Alhamdulillah boleh keluar. Kalau tak, aku pon sedih, sebab tengok pakcik tu pun macam memang perlukan RM40 tu je. Maybe dia nak beli makanan berbuka, maybe itu duit belanja dia untuk seminggu. ;'(




Settle je tolong pakcik tu, aku terus cepat-cepat naik lif. Time tu dah pukul 7:05 petang dah. Aku dah cukup tawakal dah masa tu :') . Sampai tingkat atas aku lekas-lekas pi ke arah pintu kaca. Aku tarik pintu masuk. 

Kau tahu apa jadi? HAHAHAHAHAHA Pintu dah tutup doe. Baca notis kat pintu, rupanya sampai 4:00 petang je kaunter bayaran tu bukak. Sadis dak? HAHHAHHA Memang sempat aku berdrama depan pintu kaca tu. Tak boleh terima hakikat punya pasal. Punyalah gigih berlari redah itu ini, sekali dah tutup pulak. Nangis.


Hampa. Aku terus pergi menuju ke lif untuk ke aras G balik. Aku masuk lif. Pintu lif tutup. 10 saat kemudian... lampu lif terpadam. Ah sudahhhh... bala apakah ini? Takkan peristiwa lif menara fak. engine berulang kembali kot. Aku macam, blurr kejap. Aku tanya diri aku :

Aku tengah stuck sorang-sorang dalam lif ke?

Macam mana nak keluar kalau sume orang dah balik?

Macam mana aku nak contact pakcik security kalau aku takde nombor beliau?

Shud i just call my mom? Tapi jenis bantuan apa yang dapat mak aku berikan, sedangkan beliau di rumah. Jarak dari rumah ke sini  pun bukannya dekat. Lagi-lagi kereta bapak aku tengah rosak dan waktu pun dah nak Maghrib.

Fikir punya fikir, aku guna cahaya dari skrin phone untuk suluh ke arah butang lif. Aku tak tekan 'G' ke tadi? Aku try tekan butang 'G'. Trenggggg. Alhamdulillah lampu menyala balik. Nasib baik lah Allah bagi peluang untuk keluar dari lif tersebut. Ingatkan rosak dah tadi. Fikir balik, aku ni seorang yang tenang jugak la ek. HAHHAHHA. 





Habis cerita PTPTN dan stuck dalam lif. Aku teruskan perjalanan aku ke rumah. Dari gayanya, memang tak sempat la kot sampai rumah untuk berbuka dengan famlily. Aku naik LRT ke Ampang. Sampai LRT Ampang, terus amik teksi. Sebab bas pun aku tengok macam sardin dah semua dalam tu. Dan aku yakin takkan ada bas lagi dalam masa yang terdekat.

Tanya harga teksi. RM9. Bolehlah tu. Terdesak dah ni, kang Maghrib aku lepas camtu je. Dah naik teksi kena pulak tunggu lagi 2 passenger. Cekik darah betul teksi kat sini. Kita bayar untuk seorang, tapi kita kena kongsi naik dengan orang lain. Untung banyak la kat taxi driver kalau cenggitu.

Tunggu dan tunggu, datang sorang chinese girl. Tunggu lagi. Tak lama lepas tu, datang seorang laki chinese. Aku terus keluar teksi.

"Amoi, you mahu pergi mana? you mahu pergi ***** kan?

"No uncle..ermm.. I cannot sit here. Ermm"

"Haaa apaa? Naik la, u mau pergi ***** kan? Haiyyo cepat naik."


"Err but he is a guy! Dia lelaki. Can i change my seats?"

Pastu uncle tu membebel apa entah. Lepas je penukaran tempat duduk, teksi pon mula bergerak. Tak lama lepas tu, uncle tu pon drop penumpang yang pertama. Teksi bergerak ke destinasi seterusnya. Sampai la depan rumah Chinese guy tadi. Turun je Chinese guy tu, uncle tu pon continue ke destinasi seterusnya. Masa tu, uncle tu start bising-bising dengan Chinese girl sebelah aku. Yang aku dengar, chaiii, chaii,chaii. Hmm, mesti dia cakap pasal Chinese guy tadi. Terasa betulkah dia dengan aku sebab aku tak nak duduk sebelah dia tadi?



Dah habis bebel dalam Chinese, uncle tu cakap kat aku :

"You aaa, haiyyo tadi itu pelempuan aaa u tahu tak?"

"Haaaa?"

Aku dah start rasa bersalah. Homaigoddd homaigoddd. Mesti dia terasa aku cakap dia lelaki. Habislahhhh. Kesiann dia. Aku rasa macam nak suruh uncle tu patah balik rumah Chinese "guy"  tadi. Aku nak minta maaf kat dia. huhhu.

"Aiyyaa, you takkan tak tahu itu pelempuan, i tengok pon sudah tahu itu pelempuan"

"Haaa, i also thought dia lelaki " - Chinese girl sebelah aku menyampuk

"Mana i tahu, suara dia pun macam laki maa. Aiyyyo, i rasa bersalah kat dia"

"Aiyya you mesti tahu punya ma, tengok dia ada dada (uncle tu tak mention 'dada' tapi dia buat body language) pun boleh tahu maa. Haiyya. Kalau i cakap dia pelempuan nanti tak syok maa (dia maksudkan, tak sedap la nanti kalau dia bagitahu yang tadi tu perempuan, takut dia terasa)"

Aku pun berhuhhu je lah. Aku lah penumpang terakhir yang uncle tu drop sebab rumah aku atas bukit. Sampai rumah je terus lemau. Exhausted. Lepas je solat aku terus berbuka dengan mihun sup dan kemudiannya terus masuk ke bilik main scroll-scroll facebook sambil memikirkan, kejadian-kejadian yang berlaku pada hari tu. Dan aku gelak sendiri.



21 Aug 2015

#tipsMasukU

Assalamualaikum
Annyeong chingu!


It's been a while, aku tak update blog. Jenguk-jenguk cenggitu ja, tu pun jarang-jarang, kadang-kadang. Mood nak update blog tak datang-datang.


Okay guisss gayss, eh? Hari ni gua nak bagi tahu tips-tips pada bebudak baru nak up yang baru nak kenal alam Universiti. Ecewwah, bajet gilaaa. Padahal rasanya orientation week pun dah habis lamaaa dah. Tapi sokayyyy, ni untuk bebudak nak up yang baru nak masuk U next batch pulak. HAHAHAHHA


Dah ah, gua tak nak bazir masa. Terus ke tips je la eh. Mood gua pun kejap ada kejap hilang ni. Kang tak sempat nak tekan publish tetiba mood hilang lak, sudahhh.



1. Banyak yang Hensem dan Cantik 

Cikgu sekolah rendah, sekolah menengah selalu kata :

"Kat U nanti awak akan jumpa banyak lagi yang hensem-hensem dan cantik-cantik"

Tapi cikgu-cikgu tak pernah bagitahu yang #thefact semua yang hensem-hensem dan cantik-cantik tu dah berpunya. Sila kecewa berjemaah ye.

Yes, mostly yang hensem cecantik suma dah berpasangan walau secara tak sah. Semua dah berpunya. Kengkadang yang lesbo, gay pun ada, mintak jauh. Tapi aku tak nafikan ada yang still single, cuma kau kena usaha lebih sikit untuk jejak. Good luck ah. #sapelambatdiakecewa


2. Komander suka menjerit

Aku tak tahu lah U korang, kat tempat aku, komander merupakan antara pihak yang akan dibenci masa kau semester 1. Masa semester 1 ni kau wajib masuk unit uniform, sem seterusnya terpulang nak teruskan ke tak. Bila benda-benda kena paksa memanglah kau tak suka kan. Tapi yang buat kau lagi tak suka adalah komander yang jenis jerit-jerit, pekik-pekik. Cukup annoying. 

Yes, maybe tujuan dia untuk mendisiplinkan kau. Suruh kau gerak cepat. Tapi aku tak tahu lah apa efektifnya dorang jerit-jerit. Tiap kali, ada jugak yang lambat aku tengok. Tak payah ler jerit. Suruh je yang lambat tu ke depan buat pumping. Lagi satu, adalah sorang, dua orang yang kengkadang 'tercarut'. Kalau tak 'tercarut' , paling koman kau kena adalah 'bodoh'.

Tapi tak semua komander ada perangai macam tu, sorang, dua orang je, yang lain ada je yang baik senyum. Tapi tu lah, macam citer Kassim Selamat lah, dengan keturunan-keturunan dia sekali pun dibenci. Tapi kan, kau akan tengok, yang jerit-jerit ni semua komander (pelajar), tapi jurulatih dia (bukan pelajar), relaks jer. Kawad salah pun, dia sabar je. Takde nak naik suara.

So kalau bercita-cita nak jadi komander, jadilah yang disayangi. Possible je. Tak tinggi suara, tak jerit-jerit semata-mata nak suruh bebudak cepat padahal budak tu dah depan mata kau, pun dah cukup disayangi dah.


3. Jaga duit 

Bukan nak citer pasal toyol. Guys yang pinjam ptptn, mara, dapat tajaan jpa, sila lah jaga duit anda. Berjimat tu amalan mulia. Jangan boros sangat. Jangan pikir nak belanja awek sangat. Sebab kau tak tahu bila kau akan gila-gila memerlukan duit. Kalau tak nak berjimat pun, at least biarlah duit tu bertahan sampai kau habis pengajian. Walaupun baki dia tu tinggal RM10. At least tak de lah nak mintak duit mak bapak.

Ke kau memang tak rasa bersalah langsung mintak duit kat mak bapak setelah memboros guna duit pinjam? Pastu sesibuk nak buat demo nak suruh mansuh ptptn. Kau dah memboros tak hengat dunia, pastu kau nak cover dengan mintak mansuh. Baik punyaaaa cadangan. Padahal masa sign agreement tu kemain sungguh-sungguh lagi.


4. Mini Bazar


Kat tempat aku, everytime bukak cuti je mesti ada tapak jualan selama seminggu. Target dorang of course la budak pompuan. Pompuan kan bernafsu banyak. Tudung lah, blouse lah, shawl lah, gelang lah. Dah lah hari-hari pergi balik fakulti jalan kaki mesti lalu kat dataran dorang berjual tu. Terpaksa tundukkan pandangan. Tapi ada satu-satu time tu, terbeli jugak. Nak buat cane, pompuannnn.

So girls, hati-hati. Nafsu je semua ni.


5. Meniru


Please la jangan meniru. Unless lecturer kau kasi bincang ke apa ke. Tak kisah lah kuiz ke test pun. Nanti dari situ lah kau rasa ketagih. Aku pernah meniru time sekolah rendah dulu. Few times. Tapi sekolah menengah aku stop dah. Kat Universiti dah panjang gini takkan meniru lagi kot? 

Yes, kau mungkin dapat markah tinggi, carry mark tinggi. Tapi kau lupa keberkatan. Dan kau takkan rasa puas sebab tu bukan usaha kau sendiri. Biar je lah, kau tak tahu jawapan pun. Aku kalau blank pun, akan isi jugak something, hentam pun hentam. Selalu je aku 'padankan muka' aku sebab study last minute. 

Entahlah, bila dah masuk U ni hope jadi matang sikit. Bagi aku orang yang meniru ni, eventho dia pandai macam mana pun, sedikit sebanyak akan kurang respek aku kat dia. #lostmyrespect . Buat sendiri, bila dapat markah teruk, kau akan lagi semangat cari jawapan yang betul. Bila dah salah tu, kau akan ingat sampai bebila salah yang kau buat tu. #menirutakcool


6. Ponteng

Bagi yang tak pernah ponteng seumur hidup dia tu, time ni lah kau nak ponteng. Sekali-sekala. Asal tak jejas credit hours sudahlah. Aku pun pernah ponteng, kekonon rebel. Pasal waktu sekolah dulu attendance tak pernah rendah. So guyss, sila ponteng. Yang dah selalu ponteng waktu sekolah tu, tak yah lah eh. Time ni lah ko nak rerajin. Bagi chance kat kitorang yang tak pernah ponteng.

Masa ponteng tu buat apa? Tidolaahhhh. Itu pun nak ajar ke? Tapi kalau rajin basuh lah baju. Kalau kau rasa nak ulangkaji, adalah lebih afdhal kau pergi je kuliah. Ilmu dapat, barakah dapat.


7. Kalau boleh jangan couple

Aku tahu zaman universiti ni, hormon membiak kau lain macam. Tapi please kawal nafsu kalau boleh. Kalau tak tahan, puasa, kalau tak kawen je, senang cerita. Terus pi rumah awek pastu #kupinangkaudenganBismillah je. Settle.

Sebab kekadang ada yang kecundang waktu exam sebab cinta. Memang nasib kau lah sebab couple dengan playboy, playgirl. Kalau nak couple tu make sure la jangan letak sepenuh perasaan, harapan dan duit sangat. Awal lagi tu bro, belum kawen lagi. 

Kalau boleh elak, elak. Kalau tak boleh, be serious and professional. Jangan bercinta semata-mata nak main test-test je. Kawan aku ada je yang berjaya ke jinjang pelamin pun. Alhamdulillah. Pilih betul-betul. Jangan nanti, ada yang nangis tepi jamban.



8. Ingat mak bapak 

Ingat mak bapak kalau terniat di hati nak buat bebenda bukan-bukan. Ingat mak bapak tu berhentilah buat, jangan ingat pastu sambung buat. wth. Jangan jadi keji sangat okay.



9. Pilih club yang betul


Kat tempat aku, aku akan suggest masuk KRESMA. Aku agak menyesal la jugak tak masuk. Sebab apa? Banyak abang dan kakak sado dalam ni yang hensem-hensem dan cantik-cantik. Aktiviti dia semua menarik. Banyak naik gunung. Bond pun kuat. Banyak budak engine dan boleh cuci mata. Eh?

Navy pun best gak. Tapi aku minat dengan uniform navy je. HAHAHAH


10. Jangan memekak

Kalau duduk kolej/asrama, tak payahlah nak memekak memalam buta. Penghuni lain bukan nak dengar sangat suara jeritan manja, gelak besar kau tu. Tak pepasal ada geng jemah lain lak join. Kena rasuk nanti, menyusahkan kawan je. Kau boleh la relaks, pasal kau tak sedar. Kalau kena dengan yang berdendam dengan kau, mahu dia humban je kau pi tingkat bawah. Dah la annoying, menyusahkan orang pulak. #mohonkelaut


11. Manfaatkan peralatan sukan

Setiap U ada fasiliti sukan memasing. So, apa kata kau manfaatkan fasiliti tersebut. At least, rasa berbaloi la bayar yuran tu. Sebab kau dah manfaatkan fasiliti-fasiliti yang ada kat U. Aku dulu, selalu gak lah pergi pusat sukan. Kengkadang, main basikal, main squasy, main rowing machine, pergi pool swimming.

It might be a good way jugak untuk distract kau dari fikir pasal nak couple, jeles tengok orang lain couple etc. Aku sendiri guna cara ni. Bila kita sibukkan diri kita, kita takkan ada masa untuk fikir bebenda yang remeh. Maklumlah, aku kan tak hottt. Pergi kuliah pakai baju tshirt sukan je. Pastu , muka takat letak sunblock dengan lip balm je. HAHHAH

Selain tu, kau boleh manfaatkan fasiliti lain gak macam pi pusat perubatan cuci gigi ke. Banyak je benda untuk dimanfaatkan. Nak taknak je weh.


12. Group Project

Kalau nak buat group project, hati-hati sikit. Kengkadang kau rasa kawan tu sesuai sebab kau dengan dia bila kawan, okay je. Tapi tolong fikir semula. Tak semestinya dia bagus as kawan, dia akan bagus jugak as a group member. Lain weh. Pilih yang kau bebetul percaya je. Jangan terambil rakan lelap. 

Kau pun, kalau kau tak terer, jangan duk diam je, jangan pasif sangat. Cari peluang untuk contribute dalam kumpulan. At least, member lain, nampak jugak lah effort kau. Kalau tade yang kau percaya, hmmmm buat je lah sengsorang. Daripada kau makan hati. Itu kalau kau mampu lah.


13. Tak payah aktif sangat


Serious talk. Kat U nanti jangan sibuk sangat nak kumpul kupon atau markah Kemahiran Insaniah. Unless kupon tu boleh janji yang kau akan dapat kolej sem depan. Alhamdulillah 6 sem aku dapat duk kolej dengan sekali rayuan sepanjang 6 sem. Tak payah nak aktif sangat.

Apa yang dok dicanang kata, kalau tak aktif susah dapat keje tu tipu belaka. Sepanjang aku pi interview keje, mostly dorang tengok CGPA kau dengan SPM kau. So jangan aktif sangat sampai pointer jatuh macam aku. Kalau kau cuak gak, pilihlah 2-3 aktiviti untuk kau involve setiap semester.


14. TipsMasukU?

Tak payah baca #tipsMasukU pun takpe deknon oi. Masuk je U tu. Aku dulu takde pulak nak search tips bagai masa nak masuk U. Yang aku search kisah seram U/Kolej Kediaman je.HAHAHAH






Mana yang kau rasa betul, kau amik lah buat pengajaran. Kalau tak berapa betul tu, pepandai kau lah nak ikut ke tak. HAHAHA


Kbai.



31 Jul 2015

Warga Asing dan RM5000?

Assalamualaikum
Annyeong chingu!



Baru-baru ni kecoh dekat fb pasal gambar payslip yang katanya dimiliki oleh seorang warga asing. Kalau tengok gambar tu, total yang beliau dapat dalam RM5000++. Selalunya kan, kalau cerita-cerita viral macam ni, normally aku akan tengok section comment dulu. Entah, aku rasa kat situ lah kita boleh tahu samada cerita yang kita nak baca tu worth it tak untuk kita spend time nak baca. Kat section comment tu lah kau akan nampak macam-macam ragam manusia, yang merepek, keyboard warrior, acah-acah ustaz ustazah, acah-acah pembela, manusia positif, manusia berhati-hati, jenis suka troll, jenis sarkastik, jenis rude, jenis menunjuk dan macam-macam lagi.


So bila baca kat comment section tu, aku rasa banyak yang butt hurt. Tak puas hati. Satu je la aku nak cakap, dorang dapat gaji bebanyak tu hasil usaha dorang sendiri. Yang kau tak puas hati kenapa? Aku pun bukanlah nak kata aku suka negara aku dibanjiri warga asing, sebab kadar jenayah pun ada yang melibatkan warga asing. Tapi untuk hal ni, aku berpendapat "they deserve it", "kau usaha, kau dapat". Dan aku alami sendiri waktu aku kerja kat kedai buku haritu.



Cerita 1

Hari tu macam biasa aku duduk kat revision department. Hari Sabtu. Pagi Sabtu, biasanya memang tak ramai orang sangat. Tengah kemaskan susunan buku, tiba-tiba aku nampak seorang lelaki beruniform warna oren masuk bahagian revision. Selalunya, tiap-tiap hari memang ada cleaner yang sapu-sapu and bersihkan satu kedai. Dan selalunya, ada sorang kakak (40an-50an) dari negara jiran yang buat. Tapi hari Sabtu kakak tu akan cuti dan digantikan dengan orang lain. So lelaki tu first time kira la aku bertemu mata dengan dia. Sebelum ni ada sorang akak (20an) dari negara jiran yang ganti.


So lelaki tu aku agak, warga Nepal atau Bangladeshi guy lah kalau tengok dari rupa dia. So this guy pun lakukanlah tugas dia iaitu sapu lantai. Aku pun buat dek je, tapi masa dia datang tempat revision tu aku ada la senyum dan angguk, balas senyuman dia, as tanda hormat. Tak lama tu, about 20 minit - 30 minit, dia datang lagi. Sapu floor. Aikk. Berapa kali dia nak sapu? Sedangkan selalunya akak cleaner tu sapu pagi sekali, petang sebelum dia balik sekali. So aku cakap ah :


"Eh you berapa kali mau sapu? Akak cleaner sebelum ni sapu dua kali je. Pagi sekali, petang sekali"

Dia senyum.

"Tak apa lah. Saya sapu saja."
Pastu dia tanya.

"Saya nak tanya aa. Kalau dari LRT *******, macam mana mahu datang sini?"

"Oh ada bas. Habis tadi you naik apa datang sini?"

"Saya jalan kaki."

Dia senyum lagi.

"Ya Allah. Lain kali you naik bas je. Jauh tu."

Gila kau. Dari LRT ******, aku rasa hampir 2km atau lebih dia kena jalan kaki pergi tempat ni. Dan untuk hari tu, aku kira 4 hingga 5 kali jugak dia sapu dalam satu hari. First time aku nampak lelaki lagi suka menyapu lebih dari perempuan. Kalau kakak cleaner tu, aku perhati je. Kawan kerja aku pun cakap akak tu macam pemalas sikit. Aku, kalau akak tu tak sapu memang aku lah yang angkat penyapu sapu. Takkan nak argue, maybe dia penat. 


Aku perhati gak akak tu, dia selalu akan sapu kalau nampak sampah yang visible depan mata dia. Kalau dia tak nampak dia tak sapu. Dia akan round dulu, kalau dia rasa dia tak nampak sampah dia akan blah. Mungkin akak cleaner tu pegang prinsip "work smart don't work hard". Kalau this guy pulak, dia akan sapu dari awal sampai habis. Dia tak peduli, nampak sampah ke tak nampak ke, dia akan sapu jugak. 



Cerita 2


Hari tu hari Sabtu. Macam biasa akak cleaner yang biasa sapu tu akan cuti. Aku tak sure samada cuti betul atau mintak cuti. Sebab aku ada tanya that Bangladeshi guy dalam cerita kat atas samada dorang dapat cuti tak? Dia cakap dia kerja setiap hari. Cuma tempat dihantar kadang-kadang berbeza.

Okay, hari tu pagi Sabtu dan aku macam biasa kemaskan susunan buku. Supaya senang customer nak pilih buku. Lagipun macam psychology things la. Kalau benda tu tersusun, lagi senang kita nak rasa attracted kat dia, nak belek-belek dia kan? So tengah susun buku tu, aku nampak ada one guy yang beruniform oren menuju ke bahagian revision. Aku expect that Bangladeshi guy la yang aku citer kat atas tu. But, I was totally wrong. This is the new Bangladeshi guy. 

Dia sapu macam biasa. Macam that guy yang aku cerita kat atas, this guy pun sapu 4-5 kali sehari. Tapi this guy, lagi extra hardworking aku cakap kau. Masa aku rehat tu, aku masuk lah area office, masa tu aku nampak this guy tengah bersihkan office. Ruang office yang juga stor semua dia susun. Pastu meja-meja dalam office semua dia sembur dan cuci. Tak cukup dengan tu dia siap lap lokar kitorang letak beg. Aku masa tu macam terkejut. Aku tak pernah jumpa lelaki serajin ni. Kawan-kawan aku dok perli lagi: 


"Kalau akak ****** nak buat ni semua, harapannnn"

Lepas punch card, aku keluar kejap sebab nak beli makanan. After beli makanan aku masuk balik ruang office. Pastu aku nampak this guy tengah dok kikis kesan double tape semua dekat pintu. OMG this is superrrr amazing. This guy memang extra rajin. Even that guy yang aku cerita kat atas pun tak buat [But I still consider dia rajin compared to akak cleaner yang cuti tu]. Pastu ada akak chinese (25 tahun) tempat kerja aku pun offer dia air and makanan melihatkan dia sebegitu rajin. Aku ingat aku sorang je ternganga. kehkehkeh.
Pastu time tengah makan-makan tu, kitorang buat la sesi soal jawab sikit. Kitorang makan sambil bertanya, dia mengikis sambil menjawab. Aku and akak chinese tu bersoal jawab lah dengan dia. Can't remember exactly apa soalan yang kitorang tanya. Tapi jawapan dia buat kitorang lagi ternganga.


"Saya kirija mana ada cuti. Kadang-kadang aa saya kena hantar pigi itu tempat lain. Duit tara cukup. Malam saya kija itu security guard. bla bla bla"

"Habis tu bila you tidur. You tak penat ke?"
"Penat tapi wang tara cukup. Saya tidur dalam kereta sikijap-sikijap"

Aku tak ingat. Tapi dia bebel panjang la jugak. Gila mamat ni, dua kerja dia buat. Aku tak tahu lah macam mana dia boleh kerja macam tu. Malam tu dalam pukul 8 malam, dia kikis kotoran kat lantai bahagian revision pulak. Tak pernah-pernah aku nampak cleaner kikis benda hitam kat floor. Kotoran hitam tu maybe la sebab pelekat yang tak dicabut untuk jangka masa yang lama sampai dia jadi hitam. 


"Eh you tak balik lagi ka? Selalunya akak yang keje sini dah balik pukul 5:30 dah. Paling lambat pukul 6"

"Takpe . Ini sikit saja saya buat."

"Eh, takpe, pergi balik, dah lambat dah ni"

"Tak pa la, saya mau tunggu kawan saya juga. Jadi saya buat ini sikijap"



Macam bos pulak aku mengarah dia suh balik. HAHAHHA. Tapi this guy aku memang salute lah. Kalau dia tipu dia keje security guard waktu malam pun aku percaya melihatkan kerajinan dia. Tapi aku tak rasa dia menipu. Dan sampai hari ni aku masih kagum, dengan kerajinan dia, dengan usaha dia untuk kumpul duit. Aku salute. Kadang-kadang tak semestinya kau kena amik orang yang berjawatan, pangkat besar-besar untuk dijadikan inspirasi. 


Kesimpulannya, daripada dua cerita ni kau nampak tak kenapa aku cakap dorang layak dapat gaji macam tu dan kenapa aku tak heran langsung dorang boleh dapat gaji sebanyak tu? Ye, sebab dorang rajin. Daripada kau tak puas hati dekat dorang ni yang achieve sesuatu atas usaha dorang sendiri, baik kau pergi tak puas hati dekat orang yang achieve sesuatu hasil kerja "mengipas" orang atasan. Kau tak tahu betapa susah orang tu berhempas pulas untuk dapat duit, kau jangan nak sibuk pertikai macam-macam unless kau keje situ dan kau ada bukti. Sekian.




[Rasanya cerita ni tak kecoh lama. Pasai lepas tu keluar pasal pembubaran kabinet pulak]

Kbai.






.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.