Assalamualaikum dan Annyeong chingu!
Okay first, jangan cakap aku k-poppers eh. I'm not a kipas-susah-mati for any kumpulan/artis Korea. I love Korea because of its culture, and their language (Because I wish I have the ability to speak in many languages a.k.a polyglot).
Okay hmm aku pun tak tahu kenapa aku kena justify benda ni. HAHHA. Maybe because, selalu kot orang assume, asal sebut Korea sikit, booo K-pop K-pop! HAHHA. Any K-poppers kat luar jangan la terasa hati lak eh. Minat orang lain-lain, so yeahh.
Kenapa tetiba lak kau nak buat Kimchi ni oi! Oh yeah sebab dah berbulan-bulan aku busy and I barely have times to workout. Awal tahun ye la rajin panjat bukit dekat dengan kawasan rumah, but nowww, haremmm. Makan pun tak jaga. Especially bila staying late at night buat kerja, Yass, aku sekarang kerja as Programmer, previously kerja as QA, but tu nanti lah aku cerita, kalau rajin HAHHA. Kau bayangkan, satu pek keropok besar tu la peneman aku sepanjang aku stay up memalam in order nak elak dari mengantuk. Anddd I finish it in a blink of an eye je hokehh, 10 minit dah dalam tong sampah dah plastik keropok tu. HAHHA
Now, aku rasa aku nak keep on track balik. HAHHA. Nak eksesais and maybe eat clean balik (maybe). Another reason is, aku rasa stamina aku dah berkurang. Mengah like everytime. Padahal lari kejap je wehh. Setiap pagi nak pergi kerja, aku akan turun kat Stesen MRT Pasar Seni and tukar naik LRT. So pertukaran tu memerlukan aku untuk naik sebanyak 3 eskalator. And kat sana, kau boleh nampak tau everytime LRT sampai dari kejauhan. Selalunya kalau aku nampak LRT dari kejauhan, aku akan start lari dan lari sampai ke platform. Dan bila masuk tren, mengah tak terkira. Macam lari pecut 500 meter. HAHHA.
Eh, why I bebel banyak ni. Okay, ini cara aku buat Kimchi Soup ke Stew entah, hasil googling and of course lah derhaka sikit resepi tu ikut bahan yang ada.
Bahan - bahan :
1 biji cili padi hijau (Hiris nipis)
2 ulas bawang putih (Potong kecik-kecik)
1-2 hiris halia (Hiris panjang-panjang kurus-kurus)
1/2 biji Green Onion (Potong nipis)
Daun sup yang dihiris kecil (Hiasan)
1 sudu besar Planta
1 sudu besar Sos Tiram
1 sudu besar Gochujang (Korean Chilli, nak pedas tambah lagi)
1 1/2 cawan Kimchi
1 sudu kecil Gula
1 sudu kecil Garam
7-8 keping tauhu yang telah dihiris petak nipis (Suka hati korang nak letak banyak mana)
1 bahagian dada Ayam (Potong kecik)
4-5 hirisan kecil Daging
1 biji telur
3-4 cawan air (Terpulang, nak masam kurangkan air)
Okay, harap takde siapa la condemn cara aku masak tak betul apa semua, sebab aku still dalam proses nak belajar jadi superwoman macam mak aku. HAHHA
Cara aku masak:
1. Amik Ayam + Daging + Garam + Gula + Gochujang + 1/2 bawang putih yang dipotong kecil. Gaul dengan tangan or suka hati kau lah nak gaul macam mana asalkan rata. Then, biar 10-15 minit. Aku malas tunggu lama so aku biar 8 minit je. HAHHA
2. Then amik Planta masukkan dalam pot. Pastu amik bahan 1 tadi, masukkan dalam pot. Kacau 45 saat.
3. Masukkan 3/4-1 cawan air dalam pot. Then kacau sekejap. Then masukkan pulak Sos Tiram. Entahlah, aku rasa aku patut gaul dengan ayam tadi. Tapi apa nak buat dah terlambat HAHHA.
4. Masukkan all the Halia, Cili Padi and Bawang Putih yang tinggal.
Halia tu suka hati kau nak letak ke tak. Sebab Sabtu memang hari 'Halia
& Bawang Putih' untuk aku. Sebab nak buang angin. Kang buat hari
Ahad, membawa ke Isnin pulak efek dia HAHHA.
5. Then tambah another 2 cawan air, dan kau biar masak dalam 15-20 minit cenggitu, kacau sikit-sikit.
6. 15-20 minit dah berlalu, so kau tambah lah pulak Kimchi and Green Onion, masukkan dengan air (Kimchi) dia sekali, dalam 6-7 sudu besar (ikut tahap kemasaman yang kau nak). Kacau sikit-sikit and biar dalam 10 minit cenggitu. Kalau rasa air tu cam berkurang, tambah 1/2 - 1 cawan air.
7. Amik tauhu, dan masukkan dalam pot tadi. Biar selama 10 minit. Then tutup api. But before that, 2 minit sebelum tutup api tu, letak telur.
8. Settle, sedia untuk dihidang , tabur sikit daun sup tadi atas tu. Done.
Okay itu je lah. Rasa dia okay la, takkan aku yang masak, aku yang puji ye dak. Rasa cam tom yam pun ada, rasa cam asam pedas pun ada. HAHHA. Aku buat pun sebab ada jugak teringin sebab tahun lepas kot makan dengan kawan aku Nany, makan kat Dubuyo ke hape entah. Nany bagi aku rasa Kimchi soup tu, so aku teringin. HAHHA
Okay, mana nak dapat Kimchi and Gochujang tu? Halal ke?
Don't worry gaiss, takkan lah aku nak makan benda haromm lak and takkan la aku nak pergi Korea for the sake of beli Kimchi. Aku beli kat Facebook :
No comments:
Post a Comment