Assalamualaikum.
Annyeong chingu!
Huuuu, laptop gua buat hal. Tak leh connect dengan internet. Google punya google rupanya pasal masalah Windows update. Baca kat forum, ramai recommend suh buang update KB3003494 entah apa menda entah, aku pun tak ingat the exact code pasai dah uninstall. Tapi still can't connect. Wehhh aku nak buat keje weh! Time ni lah nak buat hal. Dah lah gua tade hard disk nak buat back up. Shud i go buy tomorrow? Hmmm, sumpah gua sedih. Shit jangan buat hal lah. Arghhh.
Okay, intro kemain stress. Padahal kalau ikut tajuk, ia perlu lah sesuatu yang gumbira bukan? Gembira sangat pasai dah ternak lemak manyak-manyak pastu derita lah kauuu nak burn balik semua lemak degil tu. Huaaa . Okay cukup-cukup lah sedih dia.
Well hari rabu hari tu, yakni bertarikh 3 Jun 2015, aku telah dipelawa oleh akak D untuk makan-makan reramai bersama 6 staf yang lain. Memula aku taknak join tau sebab aku tak tahu dorang nak makan kat mana. Kot lah tetiba mahal, acano lah nak bayar, mahu ikat perut seminggu sebab elaun pun berapa je. Lagipun aku dah plan dengan sorang akak ni nak pi Burger Factory. Tapi kena ajak join, aku pun pasrah je lah join, dok kira dalam kepala otak duit dalam wallet. sobs. Tetiba dalam lif, aku beranikan diri gak tanya akak D:
"Akak, kita nak makan kat mana sebenarnya?"
"Alah, tak payah risau lah dik, tak yah bawak duit pun. Paling-paling kena cuci pinggan je nanti"
Hoh. Lagi lah gua curious nak tahu. Tapi pendam je lah, kang ada gak yang kena siku. Akak tu bawak pi CITTA MALL. Masuk dalam lif, terpandang pulak ads Bubba Gump. Sudahnya, dorang decide makan kat situ. Tengok menu, perghh. Tak sampai hati aku nak order, walaupun akak D dah cakap dia belanja. Kau bayangkan, paling murah harga RM19.90. Tapi aku order gak lah chicken chop harga RM23.90, kang akak D cakap apa lak kan. Harga makanan lain semua RM34, RM43. Tak pernah aku rasa susah cenggini masa nak order makanan.
wtf.
Tapi yang pasti, itu kali terakhir aku akan jejak Bubba Gump. Sebab aku baru perasan, dorang serve arak. Rupanya aku salah baca ads dalam lif tadi, rupanya makanan sahaja yang tak mengandungi unsur babi mahupun alkohol. Aku order air mineral je sebab rasa bersalah order makanan RM23.90. HAHAHA. Waiter, siap tuang air mineral dalam gelas. Tapi aku rasa tak sedap hati, so aku biar air dalam gelas and teguk dalam botol je.
Esoknya pulak yakni Khamis bertarikh 4 Jun 2015, aku continue plan aku pi Burger Factory dengan akak Z. Sebenarnya dia ajak dari tengah bulan Mei lagi. HHAAHHAH. Memula rasa berat gak ah nak pi Burger Factory ni pasai bunyi macam mahal je. Tapi aku pi jugaklah, sebab akak Z ni quite kamcing dengan aku pasai kitorang satu kepala. Aku dah target dah, kalau mahal aku order french fries je , pastu cakap aku diet. HHAHAH sampai cenggitu sekali nak jaga hati orang. Sadis gila.
Bila masuk Burger Factory, tengok menu dia. Hmmm, not bad lah harga dia. Harga standard. Alah harga macam kira kau makan burger bakar tu jugak. Aku order lunch set, beef pebende entah. RM11 tak termasuk GST. RM11 tu dapat burger, dapat french fries dengan air. Akak Z pulak order burger nama Skunk. Pelik gila nama binatang tu dia letak kat burger. -___-
Aku ingat tak kenyang, sebab rupa burger dia pun macam bila kau makan burger tepi jalan RM2.50 tu. Tapi no no no, salah babe. Dia punya burger daging tu tebal dan lembut. Perghh , sedap oi! Pastu baru makan separuh burger dah kenyang. Tapi aku ada makan lah french fries sikit sebelum tu. Kenyang dan berbaloi lah senang kata. Dan jangan risau, Burger Factory ni dapat sijil halal. 5 copy cert sekali dia tampal dekat pintu depan tu. Tak tahu lah apa function dia sampai 5 sekali. -____-
Petangnya pulak, office blackout selama 30 minit. Heaven gilaaa. HAHAHA. Pastu, akak PA belanja makan Big Apple pulak dah. Mesti perut aku gembira. Yang pasti aku sedihh mengenangkan macam mana aku nak diet pasni. T.T
Petangnya pulak, office blackout selama 30 minit. Heaven gilaaa. HAHAHA. Pastu, akak PA belanja makan Big Apple pulak dah. Mesti perut aku gembira. Yang pasti aku sedihh mengenangkan macam mana aku nak diet pasni. T.T
Malam tu pulak (4 Jun 2015), parent aku dari Ampang dengan abang aku dari Johor lak datang, nak makan Burger Kukus Man Lava. Tengok menu dia, ada nama Spongebob lah, Mr Krab lah, Patrick lah. Kemainn kau. Tapi burger Mr Krab dia, ada lah rupa macam Mr Krab sikit. Aku order, meatball je since kenyang makan Burger Factory dengan separuh donut Big Apple (akak D belanja) tak habis lagi. Tapi meatball dia walaupun 10 biji, gua rasa macam tak sesuai je dengan harga RM9.90 tu.
Kalau datang dengan perut kosong, tok sah lah order meatball, order lah burger ke chicken chop ke hape. Masa beli tu kan, setiap pembelian bernilai RM20 kau akan dapat satu cop. Cukup lima cop dapat voucher RM20. Tapi yang aku tak puas hati, satu hari boleh dapat satu cop je. Kau purchase lah sampai RM100 ke, kau still akan dapat 1 cop je. Apa kau ingat rumah aku dekat dengan kedai hang sampai nak pi hari-hari? Tak yah buat lagi bagus kot. Sebab dia macam bagi harapan palsu gitu.
Since aku makan meatball je, aku nak lah gak tahu rasa burger kukus tu acane kan. So aku cubit sikit daging burger adik aku. Hmm, macam biasa je lah rasa dia. Tak lembut pun macam yang aku expect. Tapi mak aku cakap, burger ikan dia sedap. Meatball dia pun biasa je. Tapi aku salute lah dengan decoration burger Mr Krab tu.
Hari Jumaat pulak yakni 5 Jun 2015, satu family aku main bowling. Aku tak join, aku tengok dari belakang je. Tangan ni memang jenis tangan baling masuk longkang. Gua dah putus asa main bowling. HAHAH. Lagipun iolls prefer sukan yang keluarkan peluh. Lepas main bowling makan KFC pulak dah.
So memang tepat lah kan tajuk dia. Makan sampai gomok. Dah lah minggu lepas bantai makan kek, makan nasi minyak masa hari Jumaat kat office. Yepp, office gua memang best, sebab setiap hari Jumaat akan ada tazkirah and lepas tazkirah kitorang makan . Yehhhuuuu! Lepas makan, boleh pergi tepi dinding menangis mengenangkan berapa banyak kalori yang kau kena bako. T.T
Summary:
Bubba Gump : 4/10
Burger Factory : 8/10
Burger Kukus Man Lava : 4/10
Aku tak dendam kat mana-mana pemilik restoran. Aku rate berdasarkan apa yang lidah aku rasa. Mungkin bagi kau sedap. tapi aku rasa kurang sedap. Well, lidah, lain-lain kan. :)
6 comments:
amboi banyaknya makan hahaha :p
sekali terkejut jgkla baca harga mahal gila tu wkwk. tp lega sikit sbb akak tulis yg 2nd, burger factory tu berbaloi sbb kenyang pasni boleh la nak try kan. janji berbaloi je huhu.
penah order burger yg mahal masatu pegi melaka kut, sekali burger dia kecik then letak fries je hmmmm :<
btw comel laaa nama begerrrr tu haha patrick, spongebob semua dh ada, nk tggu beger rbwneon pulak hahaha ok jkjk melebih pulak.
Ni yg try Burger Factory ni...
Macam sedap je tgk gambar...hehehe
Tapi.....
aku tengah menahan dr makan burger sbb kolesterol aku tinggi...
so camne? hehehe
Nad...Beger factory kat mana????
@syasandeul,
yepp, burger factory memang sangat berbaloi bagi akak. kira affordable la jugak.
alah kesiannya, ada ke patut letak fries je, kalau akak kena tu, akak boikot kedai dia sampai bebila, HAHHAHA
Nama comel lah, tapi kalau segi rasa hmmm biasa je. Tp do try burger factory. Ecewwahhh
@cEro,
HAHAHA gambar tu tak berapa proper sangat sebenarnya, sbb dah makan baru teringat, eh belum tangkap gambar lagi. Hahhha
Alamak cane eh, try sekali je lah cEro, pastu makan oat banyak-banyak kasi turunkan paras kolestrol amacam? :DDD
@Umi Azureen,
umiiiiiiii, kalau Umi nak pergi dia dekat Oasis Square, sebelah Citta Mall tu kan ada bangunan pejabat kan. Dia area-area dalam tu jugak. Cari Oasis Square je umi. :DDD
Post a Comment