2 May 2015

28032015 : Third trip to Bukit Saga [Entri seminggu HAHHA]

Assalamualaikum.
Annyeong Chingu!


Hai uolls! Eh, update pasal Bukit Saga lagi? HAHHAH. Bertabahlah, aku intern Isnin sampai Jumaat dekat Ara Damansara tu tade menda yang menarik pun aku buat. Takkan nak update pasai keje intern aku pulak? Kang aku tampal jugak coding aku yang berserabut tu, HAHHAH. Pasai intern, dah habis la baru cerita. Tu pun kalau tergerak hati nak cerita. Kehkehkeh.


Well Sabtu yakni 28 Mac 2015, aku pi panjat bukit dengan Nabihah, jiran aku. Alah adik kepada jiran aku yang aku citer masa aku masuk pertandingan Bukit Saga tu lah. Alkisahnya, Nabihah ajak aku naik Bukit Saga pasai mungkin kakak dia citer betapa terseksanya naik Bukit Saga masa join competition hari tu lah kot. Maybe just maybe. So Nabihah ajak lah aku sebab nak rasa betui ke susah panjat Bukit Saga nih.


Aku pun okay je lah, sebab boleh lah bakar kalori setelah 5 hari menternak lemak di pejabat tanpa melakukan sebarang senaman untuk bakar balik kalori tersebut. Pada awalnya aku ajak Fatin, tapi Fatin last minute tak jadi join. Kechewwa iolls tau. Nasib baik Nabihah ada.


So pagi tu about pukul 8 pagi kitorang bertolak keluar dari rumah memasing. 8:30 pagi dah sampai dah dekat tempat untuk mendaki tu. Masa memula mendaki tu aku ada tanya lah Nabihah yang dia nak route mana. Sebab route tu ada dua.


Aku : Nak route mana? Route masa 'orang' lalu waktu pertandingan tu ke , or yang belah kiri ni.

[Aku bahasakan diri sebagai 'orang'. Even aku tua setahun dari Nabihah.]

Nabihah : Apa beza dia?

Aku : Oh route yang 'orang' lalu haritu agak jauh sikit lah jarak dia nak sampai puncak, tapi tak banyak mendaki sangat. Yang belah kiri ni, dekat sikit jarak dia nak sampai ke puncak tapi banyak mendaki lah. So agak penat sikit.


Sebenarnya aku nak lalu laluan masa competition haritu sebab aku ingat-ingat lagi lah jalan dia. So kebarangkalian nak sesat tu 1% je lah. Yang belah kiri ni pulak adik aku pernah bawak masa tahun lepas dan macamlah aku 'ingat' sangat laluan dia. Tengah dok explain kat Nabihah tu, ada Uncle cina 40-an ni terdengar kot perbualan kitorang and dengan ramahnya menyampuk.


Uncle : You baru nak naik ke Bukit Saga ni?
Aku : Err tak saya masuk ni dah 3 kali. Kalau dia, dia first-timer.
Sambil jari aku menunjuk ke arah Nabihah.
Uncle : Ohhh, kalau macam tu, naik sini lah (route kiri). Sana tak ramai lalu, nanti kawan you takut pulak. Lalu sini lah (route kiri).

Alahh uncle ni spoil lak. HAHHA. Aku okay je lalu route kanan tu sebab masa competition hari tu pun 3/4 dari perjalanan pun aku redah sengsorang. Tapi since taknak Uncle tu kecik hati, ikut je lah laluan kiri yang banyak mendaki tu.


Memula tu banyak gila tangga nak daki, penat iolls. Nasib baik aku bawak earphone untuk dengar lagu kat henfon. Aku ada nasihat kat Nabihah suh bawak earphone tapi dia cakap dia okay tanpa earphone. Waktu mendaki tu agak mengah sikit pasai kitorang berborak-borak. Ikutkan memang aku jenis layan lagu je kalau nak naik bukit bagai ni, sebab kita guna tenaga banyak bila kita dok bercakap time mendaki. Tapi dah Nabihah dok sembang aku pon layan aje lah padahal mengah gilaaa. HAHHAH. Tapi okay lah, kang tak bersembang kang, sama je lah dengan kau naik bukit sengsorang kann.




Tengah sembang-sembang tu aku tanya ah Nabihah dah sarapan ke belum. Pasai aku, kalau nak buat aktiviti yang memerlukan tenaga banyak cenggini, memang aku melantak dulu sesiap. Kat atas bukit mana ada kedai nak alas perut oi.


Rupanya Nabihah tak makan pape lagi, dia just minum Milo. Dia cakap dia takut kalau makan nanti dia muntah. Aku pun cuak gak ah sikit bila dia cakap tak makan lagi. Gilaa, kang dia pengsan kat bukit tu sape lak nak angkat oi. Aku nak angkat diri sendiri pun tak mampu. HAHHAH. Yang aku pulak memang tak bawak pape makanan, air mineral pun tak bawak. Aku tawakal je lah, semoga Nabihah gagah. HAHHAH. Dan kitorang pun terus mendaki sambil berborak.


Tak lama lepas kitorang mendaki tu, aku dah mula nampak muka keletihan terpancar kat muka Nabihah. Aku tak tahu la pasai pa, pasai banyak bercakap masa mendaki ke atau pasai tak makan sarapan. Tapi aku dah cakap kat Nabihah dah kalau nak rehat cakap, aku pun bukan lah fit sangat nak naik berterusan tanpa rehat pun. So dia rehat aku rehat la jugak.


Muka penat 1


So kitorang sambung balik mendaki setelah 5 minit berlalu. Dan 20 minit kemudian kitorang berhenti rehat balik. Dan waktu tu lah kitorang terjumpa satu uncle ni yang pakai penopang kaki dekat satu pondok yang kitorang rehat. Sempat lah cakap-cakap sikit dengan Uncle tu sebelum dia teruskan mendaki balik. Kagum pulak aku, dalam condition macam tu pun naik bukit gak. Bukan lagi teruk ke nanti condition nanti. Risau pulak aku. Tapi mungkin dia dah biasa panjat kot, pujuk hati aku. 


Tengah berehat tu, datang pulak sorang mamat ni pon tumpang rehat kat pondok tu. Berbual sekejap ngan dia baru tahu dia dari Pandan Mewah. Katanya tunggu kawan dia kat bawah. Tanya lah gak kawan dia laki ke pompuan, rupanya laki. 5 minit borak dengan mamat tu kitorang pun sambung perjalanan kitorang.


Pose acah-acah penat.


Haa, pak cik ni lah!




Jalan punya jalan, sampai lah jugak kitorang kat puncak setelah melihat beirut, tanda kitorang dah sampai kat puncak. Pastu kitorang continue perjalanan kitorang untuk balik lah kan, since dah sampai puncak. Suppose kitorang sampai kat satu tempat ni untuk lepak-lepak kat puncak ni, tapi entah macam mana tak jumpa-jumpa pulak. Tengah teruskan perjalanan tu adalah jugak group hikers dari mana entah follow belakang kitorang. Sebenarnya tak follow pun, dah kebetulan kitorang depan dorang kann. Sampai lah satu detik tu kitorang jumpa jalan bercabang. Satu laluan tu menghala ke waterfall satu lagi tak tahu pi mana.


Aku : Nak pi waterfall ke?

Nabihah : Boleh gak, alang-alang dah sampai sini.


Sebenarnya jalan untuk pi waterfall tu bapak jauh. Kena turun naik turun naik route dia. Haihh. Tapi at the same time aku pun nak gak usha waterfall dia acane. So kitorang pun pi ke laluan menghala ke waterfall tu. Group hikers kat belakang kitorang tetiba hilang dari pandangan. Aku ingat maybe lah diorang pergi laluan yang lagi satu. Tak lama lepas tu, nampak balik group hikers tu belakang kitorang.


Lama gak lah nak sampai ke waterfall tuh. 1 minit dia bersamaam 10 minit dah rasanya. Punya lah seksa hoi. Menyesal pulak nak pi tengok waterfall. Tapi nak menyesal pun dah jauh ke dalam. Takkan nak patah balik kot.


Dah nak sampai waterfall.


Bila dah sampai waterfall tu...."Lahhh ini je? Seriously ini je?". Nampak tak betapa high-nya expectation aku. HAHHAH. Kitorang tak lama pun kat waterfall tuh. Nak mandi pun memang tak ah, ada laki kot. Pastu bebudak laki kat situ sume dok conquer air terjun tu, sibuk bergambar lah, selfie lah, bergo-pro lah. Lel. Kitorang pulak tension tunggu turn dorang habis bergambo. -_____-




Cukup 20 minit kitorang melepaskan lelah. Kitorang pun berhajat untuk balik kat rumah lah. Nak tido, pasai penat. HAHHAH.


Masa nak balik tu, kitorang sempat tanya satu group perempuan yang dari UPM ni, kitorang jumpa dia masa awall-awal mendaki, then kat air terjun ni jumpa dorang balik. Actually sebelum turun ke air terjun ni, aku ada nampak group dak perempuan UPM ni ada cakap dengan group perempuan chinese dan perbualan mereka berkisarkan laluan balik. Ada lah dengar perkataan yang menunjukkan laluan mana yang lebih dekat untuk balik. So itulah jugak aku tanya kat dorang pasal "laluan balik yang dekat" seperti yang telah diperkatakan group perempuan chinese tadi.


Laluan yang dorang kata tu actually kena memanjat, adalah 30-45 darjah. Yang pasti jauh jugaklah nak sampai ke tempat yang datar. Tak de lah jauh sangat, tapi... barangkali sebab kitorang dah habiskan banyak tenaga nak cari waterfall punya pasal. HAHHHA . Jadi kitorang redha je lah lalu jalan tersebut. Nak sampai rumah awal punya pasal, mendaki pun mendakilahhhh.




Masa nak mendaki tu, kitorang jumpa satu uncle baju biru seperti gambar kat atas ni. Dia daki dengan seorang lagi wanita chinese which is aku tak berapa sure samada hubungan dorang seperti suami-isteri, kawan atau adik-beradik. Tapi lantak pi lah hubungan dorang apa pun kan. So aku tanya lah uncle ni untuk mensahihkan bahawa betul ke laluan ni boleh keluar ke Taman Saga?


Aku : Uncle, jalan ni boleh keluar ke Saga ke?
Uncle : Boleh, you orang first timer ah?
Aku : Aah (iyekan aje)
Uncle : Oh kalau macam tu you ikut I.

MasyaAllah baiknya uncle tu, siap offer nak guide kitorang untuk keluar. But somehow, tengah perjalanan mendaki tu, kitorang pancit. Aku pancit tapi terpaksa lah gagahkan diri untuk follow gak uncle tu. Kang susahkan uncle tu pulak nak menunggu. But thenn, aku nampak Nabihah macam tengah struggle. Tak pe lah, aku suruh Nabihah rehat. Uncle tu dah sampai kat atas but dia still tunggu kitorang. How sweet is that? Tapi aku cakap jugak lah kat uncle tu, minta dia just go on je, kesian pulak nak tunggu kitorang. So Nabihah rehat, aku pun rehat sekali.  Pepandai lah kitorang cari jalan nanti . Cukup Survivor tak ? HAHHAH.


Dakilah kitorang sampai puncak dan aku dan Nabihah teruskan perjalanan kitorang. Dalam perjalanan tu aku nampak muka Nabihah yang penat. Tapi bila tanya, dia kata okay dan minta teruskan perjalanan. Nak balik rumah katanya. HAHHAH. Alhamdulillah lah Nabihah ni kuat mental walaupun fizikal dia macam terganggu sikit pasal tak breakfast.


Muka penat 2

Muka penat 3


Tapi dalam penat-penat pun aku sempat tangkap gambar lah pasai nak dokumentasikan dalam blog buat kenangan. Ecewwah. "Cu, nenek kau dulu selalu panjat bukit tau", HAHAHHA.







Bukit Putih pulak dahhh. Entah lah, maybe sebab struktur bukit yang bersambung tu yang menyebabkan wujudnya nama-nama bukit lain kot. Macam Broga, kan ada laluan sambungan untuk Gunung apa entah, sama konsep macam tu lah kot.


Kitorang keep on walking. Pastu sampai dekat cabang lagi. Ahh sudahhh, mana nak lalu ni. Dah ah before this ramai sesat dalam hutan ni siap panggil helikopter lagi untuk misi mencari. Dah lah nak pukul 12, yang mengikut kepercayaan sesetengah orang, waktu puncak atau waktu aktif makhluk-makhluk halus keluaq. Tapi Alhamdulillah, entah kenapa hari tu kitorang murah rezeki. Murah rezeki in term of, ada je orang datang  nak membantu, ada orang untuk kitorang tanya direction.


Sepanjang dalam hutan tu, kitorang jumpa 3-4 cabang jugak lah. Dan setiap cabang tu Alhamdulillah lah kitorang ada terserempak dengan orang. Ada je orang lalu masa kitorang confuse nak lalu mana. Yepp, percayalah Allah sentiasa ada, dan pertolongan atau rezeki Allah tu datang dalam berbagai- bagi bentuk.




Dan kitorang teruskan perjalanan. Tengah jalan-jalan tu pulak, kitorang jumpa satu keluarga chinese ni. Aku tanya direction untuk keluar ke Saga tapi dorang tak tahu. Dorang just tahu jalan keluar pi Cheras. Family ni actually dah 5 kali panjat dah bukit ni, tapi maybe dorang tak pernah guna route ke Taman Saga lagi kot. Aku dengan Nabihah pun, Cheras pun Cheras lahhh, asal dapat keluar sudah. Balik nanti pepandai lah cari teksi ke apa ke. Survivor kan katanyaa. HAHHA. 


Yepp, rupanya tanpa sedar jugak kitorang dah makin jauh dengan laluan untuk keluar ke Taman Saga, sebab entahlahh, sama ada kitorang yang salah paham direction yang diberi oleh orang-orang sebelum ni atau sumber direction yang kitorang dapat tu yang mempunyai masalah akan tahap sahihnya.



Aku nampak anak laki keluarga chinese tu relax je kaki ayam. So aku pun decide bukak kasut dan pakai stokin je. Dan hasilnya, kaki aku lagi ringan! Wahhhhh. Best! Tapi yang tak bestnya bila terpijak batu, tu tak best -________-


Perjalanan kitorang kat hujung-hujung ni memang ikut keluarga chinese tu je lah. Ikut dorang keluar ke Cheras. Memula aku dan Nabihah  jalan depan family ni pasai nak cepat keluar dan lagipun jalan yang bersisa ni memang direct ke Cheras je, takde harapan untuk ke Saga lagi dah. Sampailah satu saat, bila aku ternampak anjing. Hommaaaiiii. Aku patah balik dan kata kat Nabihah ada anjing. Nabihah pun cuak sama dan patah balik gak. Kelam kabut pi cari family cina tu balik.


Bila sampai kat family cina tu, auntie tu tanya,


Auntie: Kenapa you patah balik?

Aku: Ada anjinggg. Saya takut anjing.

Auntie: Takpe, takpe, you ikut belakang I.


Hommmaiii. Terharu tau terima pertolongan dari kaum lain. Rupanya anjing tu bertuan tapi tuan dia kat belakang. Ingat anjing liar. Sebab rupa dia and lagipun tak bertali. Dan perjalanan kitorang sampai keluar hutan tu  memang ikut family chinese tu je.


Dan bila keluar dari hutan. Kitorang terkejut. Tak de lah terkejut, tapi apa yang aku rasa dengan Nabihah sama. Seolah-olah keluar ke dunia lain. Yelah bila kira-kira balik, 4 jam jugak ah kitorang habis masa dalam hutan. Dan Alhamdulillah, bila tengok jam, baru pukul 12:05 tengahari. Can't imagine kalau kitorang still terperangkap dalam hutan. Tak pepasal helikopter datang lagi kat Bukit Saga nak cari kitorang pulak. HAHHHAH


Dah sampai dunia lain.


Tengah panas terik macam tu, kitorang start fikir jalan untuk sampai rumah balik. Tanya lah family chinese tadi, whether dorang tahu tak stesen bas yang terdekat. Too bad dorang tak tahu. Keluarga chinese tu pun balik dengan kereta dan kitorang still wandering cari orang untuk tanya stesen bas yang terdekat. Tapi tengahari buta macam ni mana ada orang lepak luar rumah woi!



So kitorang keep on walking sampai lah jumpa mini market. Sempat lah tanya sorang akak ni, seems like dia baru je beli barang dari mini market tu. Dia kata tak tahu. Maybe dia baru je lah menetap kat situ. Dalam hati aku dengan Nabihah sebenarnya kitorang berharap akak tu nak tumpangkan kitorang sebab dalam kereta tu ada dia je dengan sorang budak laki umur 3-4 tahun macam tu.


Tapi tak pe lah. Kitorang keep on jalan. Tengah-tengah jalan nak sambung perjalanan tu, akak tadi tu berhentikan kereta sebelah kitorang. Dalam hati aku dah macam, "Eh nak tumpangkan kitorang ke?hikhik". Tapi too bad, itu hanya anggapan kitorang je. Akak tu datang cuma nak tanya kitorang nak pi mana. Lepas kitorang jawab, terus dia blah. Speechless kejap.


Lepas tu kitorang sempat tanya ada pakcik naik motor ni mana stesen bas. Dan kitorang pun bergerak ke arah yang ditunjukkan pakcik tu. Masa tu dah macam "Mana stesen bas?!!!", sebab dari tadi orang cakap macam dekat dan sampai sudah kitorang tak jumpa. HAHAHA


So kitorang decide nak rehat sat bawah pokok. Nabihah offer dia punya air. Aku memula segan. Aku tolak. Dia offer balik. Aku tolak. Dia offer lagi, akhirnya aku terima. Gulp gulp gulp. Jadi lah buat hilang haus sikit. Mana tak haus oi, last aku minum air masa kat rumah. Tu lah mak aku suruh bawak air, aku tak nak bawak. Padan muka. Lesson learned.


Dalam 20 minit berjalan tanpa arah tujuan akhirnya kitorang jumpa gak tempat tunggu bas. Tu pun nasib baik kebetulan ada abang tu lepak kat pintu, cecepat kitorang tanya. Memula ragu-ragu gak, sebab jalan yang dia tunjuk tu, lalu semak samun macam tempat orang buat projek pun ada. Takut lah kot keluar benda yang tak dijangkakan masa lalu tu. Nasib baik abang tu tak troll kitorang. Sorry bang kitorang su'uzzon sikit, sebab abang pon sengih-sengih semacam tadi, sorry bangg.



Tapi tempat tunggu bas yang kitorang jumpa ni tak de stesen bas yang proper pun. Tak tahu lah sebab kitorang tak paham arahan ke apa, tapi memang tade. Bas sebiji apa pun tak nampak selama 8 minit kitorang tunggu. Tapi takkan nak expect kitorang turun je bas dah ada kan. HAHHA


So sebab ketidaksabaran kitorang, kitorang tahan teksi, masa dah naik teksi tu baru nampak stesen bas kat hujung belakang. No wonder kitorang tak nampak. Aku rasa memang tepat lah kot kitorang amik teksi sebab nama-nama tempat yang aku baca tu langsung tak familiar. Taman Jaya, Taman Mudun Cheras, Cheras Sentral, Taman Cuepacs, SMK Seri Mutiara, Taman Segar. Bila teksi tu lalu dekat tol, baru aku sedar quite jauh jugak lah nak ke rumah kitorang. Padahal dalam poket aku ada RM5 je, Nabihah tak bawak duit langsung.


Sampai je rumah, amik kau, tambang total RM20. Nasib baik mak Nabihah ada sediakan duit kat Nabihah buat bayar tambang sebelum keluar rumah pi pasar. Tapi aku tak puas hati sikit lah kat pak cik teksi ni pasai harga tambang actually RM19.XX berapa sen tah, tapi dia suka-suka je round off. Kalau RM19.95 aku paham lah kalau dia nak round off, tapi ni tak. Pastu belum lagi kira masa dia isi minyak kat stesen minyak, dengan jalan lenggak-lenggoknya, meter still jalan kot!


Bukan apa, gua sensitip lah sikit pasai duit sebab gua tengah pokai. Kalau ada duit gua tak de lah berkira sangat. Hmmm  tak pe lah rezeki pak cik India tu lah agaknya.


Thanks kepada Nabihah sebab still remains strong sepanjang perjalanan, terima kasih kepada, uncle, auntie, remaja cina yang aku jumpa sepanjang perjalanan dan tanpa segan silu sudi membantu. Terima kasih sangat. We totally appreciate that. Terima kasih. Sebab memang sepanjang perjalanan tu memang mostly yang kitorang jumpa dan tanya adalah terdiri dari kaum chinese. Terima kasih jugak kat group perempuan UPM. Mungkin dalam post ni aku tak tulis berapa detail sangat pasai lupa, -____- minta maaf. Actually, ramai lagi yang kitorang jumpa , tapi terima kasih jugak kepada yang tak di mention dalam ni. Terima kasih. :D



p/s: 

Masa kitorang panjat tu ada satu family omputeh panjat bukit gak. Relax je anak-beranak pakai selipar, pastu baju macam pakai baju tepi pantai siap dengan seluar pendek. Rupanya terkenal lah jugak bukit yang kitorang panjat ni sampai omputeh pun dah naik sama. HAHHAH.







4 comments:

cEro said...

Uiihhh!!!
Bestnya...
Dah lama terniat nak buat aktiviti macam ni tapi niat je laa...buatnya tak jugak...hahaha

Tengok gambar orang penat naik bukit, sku sendiri pun depan komputer ni jadi penat...hehehe

Uncle Zuan said...

uncle tak minat sgt hiking hiking ni.

nanadhoi said...

Kemonnn cEro, you can do it!
Sempat lagi sebelum ramadhan ni kalau nak naik bukit,
HAHHA

nanadhoi said...

Uncle Zuan, awat tak minat hiking? Best oooo

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.