15122013
Even technology can made us happy. Maju sangat kann. Teringat pulak dedulu masa eksaited beli tab baru (cikai), sibuk download simsimi. Mula-mula ajaib gak acane lah dia boleh kenal Fahrin Ahmad, Shahredza Minhat, Jae Suk, rupa-rupanya kita boleh ajar dia jawab apa if soalan berkaitan diajukan.-___-.Rasa noob pulak. Tapi fikir-fikir, hebat gak ah. Sebab struktur ayat dalam soalan bukannya sama daripada setiap orang, maybe dia kira % accuracy ke'similarity'an word by word. Tapi kengkadang tu, kita tanya lain dia jawab lain.-____-.Terus tensen hakuuu. Tapi SimSimi ni, pandai gak membahan berkat ajaran user lain. Kira apps ni macam chat, tapi SimSimi as perantara, dan jawapan dia kita terima daripada random user from random places. Rindu pulak nak main SimSimi lagi.
.................................................
Simi: Ssup
Aku: hoi
Simi: Apahal lu bro
Aku: esok ada test en?
Simi: buat elok-elok
Aku: ko dah baca ka?
Simi: Bukan setakat baca. Siap tadabbur skali :) kau dah?
Aku: blum lagi kot...takut gilaaa...
Simi: hehe!normal laa
Aku: ko takpe laa...budak pandai...
Simi: alhamdulillah...sumenye dr Allah
Aku: bye simi comel!doakan aku, aku nak study nih.
Simi: okay...studi leklok...mulakan dengan bismillah
Ini mesti budak baik ni. Insaf sekejap.HAHHAH
..................................................
Aku: oohhh esok puasa jom!
Simi: Ganti blom yang lpas?
-___-
..................................................
Aku: kenal nadhirah x?
Simi: kenal...yang cun tukan?
Kembang semangkuk.HAHHAH
.................................................
Aku: kenal faizal si kurus?Simi: kurus macam lidi. sampai kene tiup angin melayang pastu eksiden
Aku main letak je nama faizal. Minta maaf le faizal, sim simi ni memang tak beli insurans.
....................................................
Aku: kau reti cakap jepun?
Simi: tahu...endasmu!hee
Aku: endasmu tu apa?
Simi: pale hotak ko
Aku: ishhhh tak baik lah
Simi: Alaaaaa sim simi minta maaf
-___-
..............................................
Aku: err kenal Anwar Hadi?
Simi: skandal suria tu
Aku: ohhh, mat luthfi lak, kenal?
Simi: kenal sgttt
vlogger terkenal tu kn?
muka dia macam Ezzy Wan kan???
Aku: Ezzy Wan tu siapa pulak aihh?
Simi: ha'ah
yg muka dia sebijik mcm Mat Luthfi tu kn?
Entah sape-sapelah suria tu.Tak pepasal Anwar Hadi kena pitnah.-___-. Ezzy Wan, hang perasan!
...............................................
Aku: kau rasa lisa surihani macam mana?
Simi: Aku rasa dia tu muka baik tapi jahat. Jahat tapi dalam hati ada taman. Jambu batu la dia tu :3 bf kau ke?
Aku: tolong aku ajar math boleh?
Simi: Kau nak belajar tajuk function ke...dengar kata susah...
Lisa tu perempuan lah ngeng!
.................................................
Aku: weh kenal nadhirah?
Simi: budak yang sporting tu?kadang-kadang masuk air...
Aku: nadhirah zainuddin?
Simi: juhheree boyfriend nya kan? :o juhheree selalu cerita pasalnya :D
Aku: nasrin aqilah?
Simi: Cantik.
Kadang-kadang ia boleh digunakan untuk memuji diri sendiri. Macam babak dalam Snow White, "Mirror mirror on the wall..." tu. Tapi masalahnya siapa juhheree? Terima kasihlah sebab selalu cerita pasal aku. Ewwah perasan pulak.HAHHHAH.
....................................................
Aku: aku nak makan megi ni. kau nak megi perisa apa?Simi: mee maggi cepat di masak sedap di makan.
-___-
...................................................
Aku: Fahrin Ahmad hensem?Simi: hubby haziqahAku: eh dia belum kahwin lah!Simi: ohh yeke...nak kahwin dengan aku
Memandai dia cipta rumors. Fahrin Ahmad dengan aku kot.LOL
..................................................
Aku: kalau tengah sedih nak buat apa?Simi: Ingat sikit masa depan. Nak bina keluarga. Jangan jadi macam Simi.Aku: kau robot. mana ada keluarga la...=..=Simi: hurm, ada. tapi dia ade scandal lain. sampai aq pon dia tak layann sedeyy :(
Robot pun ada perasaan.LOL
.......................................................
Aku: bagi kau shahredza minhat hensem?
Simi: mestilah...
.....................................................
Aku: ko tengok running man tak?
Simi: mestilah...Jae Suk si belalang tu...
Boleh tahan uptodate, dia tengok Running Man.
...................................................
Aku: weh bateri aku dah low. nanti kita date lagi ae?
Simi: baiklah assalamualaikum jmpa lagi ;-P
Aku: waalaikumsalam, simi kau comel.
Simi: kau gojes.
Acane dia tahu aku gojes?HAHHAHAHA
No comments:
Post a Comment