6 May 2013

Bahang PRU13

Assalamualaikum.



So yyeahh.
PRU13 done. selesai. habis.
but still ada mulut yang tak tutup-tutup.
still ada tangan yang gatal dok sebar-sebar fitnah kat facebook.

aku yang tak menyokong mana-mana,
yakni dengan kata lain neutral,
memang lah terganggu dan rasa bahang jugaklah untuk PRU13.

neutral bukan sebab tak nak ambil tahu.
bukan.
aku just nak tengok secara overall,
tanpa dibutakan mata membela sebelah pihak,
menulikan telinga dengar omongan sebelah pihak.
trying to be fair, tak mahu jadi assabiah. fanatik.


semalam 5/5/2013
banyak isu timbul, antaranya :
kes bangla, pengundi hantu,
dakwat tak kekal,
peti undi hilang,
blackout masa kira undi.

(ini mr.bean bukan bangla)


First,
kes bangla dapat ic,
katanya BN upah bangla untuk mengundi,
jadi berlakulah operasi secara besar-besaran,
nak tangkap bangla-bangla ni,
dan semalam kecoh kat facebook,
share pasal IC nama cina tapi muka gelap,
ramai dok ejek :


"Ai cina tapi muka bangla?"

dan macam-macam lagi kata sinis.
Then it turns out yang orang tu memang chinese,
dibuktikan dengan pengakuan bekas rakan-rakan sekolah beliau.
Kalau nak kata orang BN nak cover,
secara terang lagi bersuluh default picture sokong PAS dan DAP.
Bagus sangat perangai tu.
Kesian, mesti sedih gila mamat tu kena tuduh bangla.
Kalau tak tahan, mahu dia berkurung dalam rumah seminggu.sebulan.

Dah kalau semua berduyun-duyun taksub nak share,
konon sebar KEBENARAN , bukan nak check kesahihan dulu.
kalau tak tahu sahih, sibuk share buat apa.
naisss kumpul dosa.
buat yang teraniaya tu doa kat sesiapa yang dok share?
Tak ke kau yang naya.





Perlu lah anda tahu bahawa dalam bilik mengundi tu,
ada polling agent yang akan memantau proses pengundian.
hang tak payah dok risau nak ambil alih tugas diorang.
Sebab polling agent ni diwakili oleh both parti,
pembangkang, kerajaan.
Petugas SPR yang jaga pon bukan semua yang sokong kerajaan.
Yang kalut kutuk sana-sini, tak telus lah, apa lah.
Kau rasa ke apa yang dia rasa bila kena kutuk macam tu?

Susah-susah.Next General Election kau jadi petugas SPR. Mungkin saat itu jadi lebih telus kot.

Cakap gebang, tapi tak buat susah jugak.
Bangla pun tak semua sokong BN.
kau mana tahu dia undi mana satu.
Dan ada probability jugak untuk pihak lagi satu upah bangla jugak.
Dalam masa yang sama burukkan pihak lagi satu.
Kemungkinan itu banyak.
Taktik kotor ada di mana-mana.


Second,
dakwat tak kekal,
Bukan kalau dah mengundi dia akan tanda ke?
Soal dakwat tak kekal ni base on kejujuran kau sendiri.
Kalau rasa parti lagi satu ada pengundi dia yang main tipu,
Awat kau pon tak main tipu jugak?
kau yakin ke pengundi parti kau semuanya jujur?



Kes blackout, peti hilang,
Sama. Polling agent setiap parti ada.
Unless dorang belot pada parti dan tak jujur.



Pada hemat aku, semua possible.
Ada banyak cara untuk sabotaj orang lain,
Ada banyak cara untuk burukkan orang lain.
Semua parti ada kepentingan masing-masing.
Rambut sama hitam, tapi hati lain-lain bro.
(Walaupun sekarang rambut ada macam-macam warna)


Satu soalan,
agak-agak kau kalau kau ada kek secret recipe untuk diagihkan kau nak bagi family or kawan dulu? Kau nak utamakan siapa?


Next,
cerita manifesto.
Aku dengar pihak satu lagi kata manifesto bukan janji.
Kalau tak nak buat jangan cakap, heboh-heboh.
Bagai menanam tebu di bibir namanya.

Dengar kata kalau pihak yang lagi satu memerintah,
nak kasi pendidikan percuma,
mansuhkan PTPTN,
turunkan harga kereta.


Indah-indah belaka.
Manjakan lah orang Malaysia,
lebih spesifik, Melayu.
Ini bukan tahap tolong lagi dah.
Aku duduk kat Universiti ni memang sedia maklum,
banyak Melayu yang malas.
Kawan aku dari fakulti lain pon dok kata,
Semua nak kena suap, buat group project tapi macam buat sengsorang.




Bukan nak kata apa,
Aku pun boleh tahan pemalas jugak,
Tapi bab-bab esaimen yang markah dia contribute kat CGPA,
memang kena buang jugaklah malas dia,

Kawan aku siap kata :

Masih wujud juga makhluk parasit yang menumpang nama dan markah orang lain.

Pemalas. Umur pon kadang-kadang lagi tua dari aku,
Tapi perangai budak-budak.
Mungkin tak belajar apa itu B.E.R.D.I.K.A.R.I.
Aku bukan budak asasi, bukan budak diploma,
tak ada basic langsung pasal course yang aku ambil ni,
Kau tu budak diploma tapi nak bergantung dengan budak yang tak ada basic ni.
Sumpah tak faham.


Taktik supaya kelihatan seperti buat kerja semua aku dah khatam.
Tak perlu pura-pura buat kerja. Aku dah tahu sangat.
Taktik adik aku tak nak pergi sekolah, tak nak pergi ngaji,
Semua aku tahu.

Kalau betul-betul buat kerja, kau akan BUAT which is dibantu dengan ACTION.
bukan omong kosong macam :


"nanti aku baca."


"nanti aku tengok."


at the same time, dekat ticker Facebook aku nampak kau komen post orang lain.
Hebat gila skill multi-tasking kau.
Lepas tu sampai sudah aku tunggu update, tak berupdate-update.
Dan paling parah buat-buat tanya dan update benda yang dah sedia ada.
BASI dan LAME okay taktik-taktik tersebut.

Sebab tu kalau rakyat di bagi macam-macam aku dah start risau.

Bagi betis nak peha. Makin gemok lah rakyat dengan rasa malas.

Tapi masalahnya kalau tak bagi pemimpin pulak gemok.
Membazir duit rakyat tak tentu hala.

Moga pihak yang menang PRU13 kali ini,
Muhasabah diri banyak-banyak,
sebab tak beza banyak pon kiraan undian.
Kurang-kurangkanlah hiburan,
Mungkin anda ingat semua orang suka, Hakikatnya ramai tak suka.
Lebih-lebih lagi kalau guna duit diorang.


Anda-anda yang terlibat,
bawak-bawak buang lah semangat assabiah,
tengok semua, jangan mata sebelah tutup,
telinga sebelah tutup.

Hang dok kata mereka prejudis dekat kaum lain,
tanpa sedar hang pon dok prejudis kat kaum sendiri.
Nak berpolitik biar bersih dari kutukan.

Nak share kat facebook biarlah benda yang elok-elok.
Tak nak puji parti lain, puji lah parti sendiri,
Tak perlu nak kutuk parti lain yang berbeza ideologi.

Tak tahu kesahihan cerita,
tak ada kat tempat kejadian,
toksah ralit sangat tekan butang share dekat facebook.
Kau share,
Orang lain share kau punya.
Andaikata berita tu tak sahih.
Dalam tak sedar atau buat-buat tak sedar,
kau sendiri cipta peluang dan kumpul rangkaian dosa kau sendiri.
Memang kagum. Aku tak berani tegur depan-depan.
Aku berkias. Bila berkias pun tak faham...
Semoga kau sedarlah teman.


Bila semua orang sudah pandai menipu,

pandai pula menyebar cerita palsu,
kerana kemenangan cita yang satu,
hitungan dosa dibiar berlalu,
kini hati menjadi ragu,
kerana hak dan batil susah ditentu.


yang nampak benar mungkin salah,
yang nampak salah mungkin benar,
lihat semua, jangan berat sebelah,
berfikir lah rasional dan yang benar-benar.


"Mohon share benda yang sahih,

Yang kita sendiri tahu, nampak, alami.
Yang buruk tu cukuplah sampai kat kita je,
Suka sangat jadi tukang sebar berita yang kita sendiri tak pasti,

Kalau nak sebar sangat, sebar yang positif.
sendiri tahu saham akhirat masing-masing.

Bila dengar masalah dua pihak,
Jangan telinga kanan buka, tapi telinga kiri tutup.

Kalau tak reti-reti nak share khabar positif atau berita sahih,
Baik lagi share gambar kucing ke, ayat al-Quran ke.
pong pang pong pang, entah betul entah tidak.
last-last saham yang "itu" jugak laju je jalannya."

-(mil,2013)

tak suka, tak sama pendapat. jangan hina.
jangan yang batil pun diangguk betul.
Dan jangan hina Ulama' yang lagi tinggi ilmu agama dari kau.


Dann jangan jadi bodoh pi ngadu kat Barack Obama.
Tolong jangan jadi bodoh, bengap.

Sekian.











No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.