13 Apr 2013

Sengkuang

Assalamualaikum.

Isnin hari tu,
aku ada beli sengkuang.
kebetulan aku sedang lapar lepas kelas koko tu.
dan kebetulan nampak ada kedai jual sengkuang.


well, agak lama sebenarnya aku tak jumpa sengkuang ni,
makanan ruji masa sekolah rendah bila habis kelas kot.
So konon nak mengimbas kenangan lalu...

"Bang, sengkuang ni berapa?"

"RM 2"

mak aihhh mahal gilaaa.

"Besar mana?"

"Besar ni."





Masa tu timbul penyesalan. Aku macam nak maki diri, Kenapa kau gatal-gatal tanya?

Tak mahu memalukan diri disadur dengan ego yang tinggi aku pon beli je lah.
Kang abang tu cakap aku takde duit, kedekut.

Dan masa abang tu sibuk-sibuk siapkan sengkuang tu,
baru aku perasan kat banner ada tulis harga,
punyalah at the edge of glory dia punya harga,
memang pandang 2-3 kali baru nampak.
perh. Strategi berniaga namanya.



Dulu makcik belakang sekolah jual 50 posen je.
Kalau aku tahu baik aku balik rumah buat sendiri,
dah ah banyak gila gula.
Still tak dapat tandingi rasa sengkuang zaman sekolah dulu.
Kacang punyalah banyak.
Ini, just letak kuah rojak warna hitam tu je.
Tak berapa nak kembalikan nostalgia langsung.


Ikut hati nak je meniaga sengkuang 50 posen sebelah kedai abang tu.
Biar abang tu rasa tercabar.
Nak berniaga biar murah hati.



No comments:

.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.