hari ini , hari selasa .
pukul 10:20 aku dah tercacak kat dataran mawar .
ya mawar tu nama kolej aku .
aku cuti seminggu .
sepatutnya aku ada kelas hari isnin .
tapi tak tahu keinginan untuk memontengkan diri ,
memuncak-muncak ,
mencanak-canak hari tu .
ye lah ada satu kelas je pon .
pukul 2 hingga 4 .
ah persetankan keinginan itu ,
aku mahu jadi pelajar mithali .
erkk?
jadi pelajar mithali ini pon dengan berat hati ,
berat kaki ,
berat beg ,
naik jugak lah kereta pukul 11 pagi .
.imbas kembali.
mesej tiba .
classmate1 : gi kelas management tak ?
aku : tengok dulu . ni pon dalam kereta , baru gerak dari rumah .
kalau sempat , pergi . kalau tak sempat , ponteng ! hahhah
ya aku masih ingin ponteng .
hasrat mahu jadi pelajar mithali itu hangat-hangat taik kambing sahaja .
dan aku ingat kawan aku ni dah sampai shah alam ,
sangat la seronok kalau dia jeles .
hahhahh
*trutt trutt*
kawan : hahhah ittew kat rumah lagi , selasa baru balik .
aku : (ah sheet!)
separuh perjalanan.
dan aku masih berat hati nak balik shah alam.
lebih-lebih lagi bila dapat mesej kawan aku tadi .
cis!
cis!
cis!
*trutt trutt*
classmate2 : kelas mgt batal . bolehlah tido . sebarkan! sebarkan!
classmate3 : kelas mgt batal . sila beritahu yg lain.
classmate1 : kelas mgt batal . XD
sekali 3 mesej aku dapat berturut-turut .
cis!
cis!
cis!
cis!
aku dah sampai separuh jalan ke shah alam ,
baru nak bagi mesej .
cisssssssssssss!
saat itu aku mula konfius .
puan emak dan encik ayah bertanya .
mahu balik shah alam atau ke rumah nenek kemudian balik rumah ?
fikir.fikir.fikir.fikir.
dan...
balik rumah.fullstop.
cis!
bazir masa tido aku selama 30 minit betul!
begitulah ceritanya,
dan akhirnya aku balik shah alam pada hari ini .
segalanya begitu lancar .
jalan pun tak de la jam sangat .
lepas letak barang kat bilik ,
aku turun bawah .
salam puan emak ,
salam encik ayah .
tiba-tiba puan emak berkata :
pagi esok mama kejutkan ye?
pap.pap.pap.
aku rasa bertimpa-timpa batu jatuh atas kepala aku.
maluuuuuu.
maluuuuuu.
kantoi aku susah bangun tido .
malu itu berganda-ganda apabila ,
ada dalam 12 orang lepak+study group dekat situ .
aku : ma , malu.
puan emak : apa nak malunya?
gahhh.
pujuk hati.
takpe bukan orang-orang ni kenal kau pon .
dorang tak kenal kau .
takpe .
lepas lambai-lambai sama puan emak dan encik ayah .
dengan cool aku berjalan melepasi mereka ,
untuk balik ke bilik .
sedangkan dalam hati .
"ah malunya.
malunya.
malu.
kantoi."
No comments:
Post a Comment