7 Apr 2015

20032015 : Volunteerism

Assalamualaikum.

Annyeong Chingu!




So 20 Mac haritu yakni hari Jumaat, kawan aku (Mai, Nani, Fatin) ajak aku join satu event jadi volunteer ni. Sebenarnya event ni dah lama dah kitorang pendam dalam hati sejak duduk belajar kat kampus UiTM Shah Alam lagi. Alhamdulillah lah tercapai jugak hasrat kitorang. Secara jujurnya, tak banyak pun aktiviti volunteer yang aku pernah join, sebab kekangan masa and kengkadang clash dengan aktiviti lain. Bagi aku, best jugak join aktiviti-aktiviti cenggini, sebab dia bukak mata kita luas-luas, untuk kita buat self-reflection. Then, masa tu lah, baru kau sedar yang kau patut bersyukur. Pengalaman pun kau dapat. Dan aktiviti macam ni jugak merupakan satu alternatif la for those yang tak mampu menyumbang dalam bentuk kewangan, sebab you alls boleh sumbang dalam bentuk tenaga muda yang you alls ada. Bila lagi kan nak involve? Masa muda ni lah kita manfaatkan cukup-cukup masa dan tenaga yang kita ada.



So jumaat tu, pukul 6 petang keluar ofis (Baca: "Saya kan budak intern"). Jumaat tu, hujan. Jalan jam gilaaa. Tapi Alhamdulillah lah hujan sebab bila hujan, jalan akan jam teruk, maka, sempatlah gua berlari-lari anak kejar bas U81. Gigih nau kejar bas pasai event start pukul 9 malam and kena berkumpul kat Tune Hotels. Dah naik bas, stress la pulak pasal stucked dekat Damansara tu about 1 hour la jugak. Sampai kat LRT Universiti pun pukul 8 macam tu. Solat kejap then continue gi LRT Masjid Jamek. 


Sampai stesen Masjid Jamek, aku tanya ah akak polis kat situ, direction untuk pi Tune Hotels. Rupanya kena turun kat stesen Sultan Ismail daaa. 10 minit kemudian, aku sampai dekat stesen Sultan Ismail. Tapi mana pulak nak cari Tune Hotels? Dah lah handphone gua pun tak langgan internet pape pun untuk rujuk map. Kalau nak tanya kawan aku, Nani ngan Mai tu, dorang pun belum sampai lagi.




Ah sudahh...
So aku tanya lah akak kaunter tiket. Akak tu kata just ikut je jejantas. Okeh fine, settle ucap terima kasih aku pun pi la dekat jejantas/laluan yang akak tu cakap. Mak aihhh panjang nauuu. Pastu ada cabang ke kiri and ada cabang straight. Aku malas nak jalan so, aku redah je pi ikut cabang kiri. Dah turun dari jejantas tu aku start bertanya pada diri sendiri "Tapi mana Tune Hotels nya?". Dengan sunyinya tade orang kat laluan tu, scary lah pulak rasa dia. Rasa terancam pulak tetiba. HAHHHA.


Aku naik balik jejantas tu, ingat nak patah balik lah tanya akak kaunter tiket tu balik, jauh pun jauh lah, menyesal pulak tak dengar bebetul tadi. Masa on the way nak pi kaunter tu, aku terserempak dengan one Indian guy ni, pakai beg tarik. Tengok dari gaya dia, memang tak nampak membahayakan, pasai orang jahat tak pakai beg tarik. Itu je logik aku waktu tu. HAHAHHA.

Dan dia hensem. HENSEM gua cakap lu.

"Errr boleh tanya tak, Tune Hotels dekat mana eh?"

Dia fikir kejap, pastu terus keluarkan phone dia.

"Kejap eh, I carikan untuk you"

Aku ingat dia nak call member dia, sekali dia nak tolong googlekan untuk aku. Omg baik gilaaaaa mamat ni. Mula lah gua nak cair. Entah lah, selalunya orang, kalau tak tahu, dia akan cakap tak tahu dan terus chow. Dan aku sangatlah tak pernah jumpa orang yang sanggup googlekan cari tempat untuk tolong aku. Sumpah tak pernah.

  
"Erm tak salah i,i pernah lalu situ, haaa you nampak tak bangunan merah tu?Haaa kat situ lah"


Pastu, aku ucap terima kasih. Dan dia senyum manis. Perhh aku cair lagi. Eh?



So dah sampai kat Tune Hotels tu, aku tunggu Mai dengan Nani sekejap. Tak lama lepas tu Mai dengan Nani sampai. So kitorang gerak lah sesama gi tempat berkumpul event tersebut. Untuk pengetahuan korang, event yang aku join ni under Pertiwi Soup Kitchen, ada lagi satu yang similar nama dia Dapur Jalanan. Alahhh yang Mat Luthfi join tuu, tapi jangan pulak korang join pasai ada Mat Luthfi, tak ikhlas namanya tuh, kihkihkih. So bila first-timer mesti la blur-blur pastu rasa segan, rasa awkward. Tapi kitorang beranikan diri gak lah bertanya kat sorang akak ni, wether ni betul ke event Pertiwi Soup Kitchen. Akak yang chinese-look ni pun kata ya dan dia dengan wajah yang ceria mengalu-alukan kedatangan kitorang as volunteers.




So untuk hari tu, kitorang ada tiga station. Yang first tu dekat area Tune Hotels lah. Aku ingat concept dia, macam jalan-jalan pastu edar makanan dekat orang yang kita jumpa. Rupanya tak. Kitorang just duduk one place and orang yang bakal menerima makanan (homeless people) akan beratur and ambil makanan one by one. Teratur la sikit. So untuk first station ni kitorang jaga bahagian air. Oh before that, kami dapat kawan baru nama Farahin! HAHHA Kitorang jadi kawan pasai dia pon first-timer jugak, dia ikut kakak dia, but kakak dia bahagian medical team. So masuklah Farahin team agih-agih air jugak.





So untuk edar air ni ada 4 orang, 2 orang bagi air sirap(sejuk) 2 orang bagi air kopi(panas). Yang buat air tu orang lain. Aku dengan Farahin bagi kopi, Mai dengan Nani lak bagi air sirap. Masa dok edar-edar air tu, rasa happy sangat bila dorang(homeless people) cakap 'terima kasih'. Terharuu. Semua muka gembira je. Masa main edar air tu, berlaku lah persaingan sekejap antara team kopi and team sirap. Memula banyak lah yang amik air sirap, lagi-lagi bebudak kecik, pasai dorang tak boleh amik air kopi, sekali at the end, kopi menang! Kopi habis dulu. Tak sia-sia aku dengan Farahin tebalkan muka dok teriak 'Kopi!', 'Coffee' selama 1 jam. We had fun. Srsly.



Ada satu abang ni kan, masa nak amik air tu dia tanya :

"Kopi warna merah ada?"

Aku dengan Farahin saling berpandangan, tercengang. Blurr sekejap.

"Takpe lah, kalau tade warna merah, nak amik siraplah"

Sungguh abang tu kelakar. See, ini lah yang fun bila kita dapat tengok pelbagai ragam orang. And semuanya muka happy je. Tabah. Aku start berfikir, boleh ke aku jadi setabah mereka kalau aku berada di tempat mereka sekarang? Entah, aku pun tak pasti. Dan mereka tunjuk aku, untuk appreciate apa yang kita ada sekarang and sentiasa bersyukur.





Station kedua pulak, aku tak berapa ingat the exact location, yang aku ingat dia area perhentian bas. Masa tu dah pukul 11 malam something, quite sunyi. Compared to the first location, first location lagi ramai lah yang ambil makanan. Untuk station kedua ni, kitorang di assignkan dekat food section. Kitorang kena bungkuihh mee goreng masuk dalam plastik. Mee goreng tu bau sedap gila woii.Terliur pulak rasanya. Habis je kitorang bungkuihh dan agih makanan, bebudak yang jadi volunteer di jamu dengan donat. OMG sumpah sedap donat uhhh, dah la lembut, fluffyy. Pastu time nak tunggu dorang untuk gerak ke station ke tiga tu, sempat pulak kitorang ada sharing session dengan sorang auntie sporting nih.




Keypoint yang aku dapat tarik keluar :

Kerja nanti, duit gaji tu simpan, bagi sikit kat parents, 20% from the salary simpan siap-siap for emergency. Jangan spent langsung 20% tu.


Station ketiga pulak kat Jalan TAR, i dont know dorang yang cakap. Aku pun tak berapa sure, tapi dekat dengan Wisma Jakel something lah. Can't remember well. So station terakhir ni volunteer pun tinggal kitorang and family Pertiwi Soup Kitchen sendiri. Tapi lainnya station ketiga ni adalah, kitorang bergerak dan pi bagi sendiri makanan kat orang-orang yang tidur dekat kaki lima. Masa tu dah nak pukul 12 malam dah, tapi tak berapa nak takut sangat sebab ada sorang abang ni yang iring kitorang. Masa tengah edar tu nampak lah ada yang tengah mabuk-mabuk minum arak dekat jambatan tak jauh dari tempat kitorang dok agih makanan. For me, station ketiga ni lah paling best pasai kita dapat rasa sesuatu yang mostly orang lain tak pernah rasa. Jalan di waktu malam di lorong-lorong yang suram, tengok dengan mata kepala sendiri macam mana tempat tidur orang homeless ni. Masa kat sini, kitorang jumpa sepasang suami isteri, homeless jugak i think since dia pun duduk kat kaki lima tu. Maybe just maybe. Kau boleh fikir apa sahaja, tapi apa yang aku fikir, adalah cinta yang utuh.
Masa kat station ni jugak lah rasa sedih bila ternampak satu pakcik tua ni. Actually, kitorang yang first-timer ni tak nampak, abang yang iring kitorang tu yang nampak. Pak cik tu duduk jauh dari tempat kitorang berdiri and quite tersorok. Takde rumah and bersendirian. Tak boleh bayang if the same thing happens to my parents. Yeppp, sangat sedihh.


It was fun. At the same time, banyak benda yang buat aku rasa sangat bersyukur.



Nota kaki:

  • Sorry lahh, gua ni kengkadang teruk jugak dalam nak menyampaikan cerita ni, pasai tu gua tak dapat jadi cikgu.

  • Fatin tak dapat join atas masalah yang tak dapat dielakkan. T.T

  • Masa tunggu Mai dengan Nani, aku ada nampak sorang abang ni bawak anak dia naik basikal cross the road. Sweet sangat. Bapak kayuh basikal besar, anak dia ikut dari tepi kayuh basikal kecik beroda dua. Comel je.









2 Apr 2015

15032015 : Pertandingan Mendaki Bukit Saga 2015


Assalamualaikum, Annyeong Chingu!




Hai, laptop iolss rosak. So thats why dah lama tak update. [Padahal baru rosak. Wakkaka]


Currently tengah busy doing my internship. Dekat... adalah...HAHHAH. Takut pulak nanti akak ofis jumpa. Dah la akak-akak tu rajin melayari blog-blog di kala mengunyah nasi tika waktu rehat.


Well, minggu lepas aku berkesempatan join "Pertandingan Mendaki Bukit Saga". Macam gempak je en bunyi dia.Padahal bukit je pun. HAHHA.


Disebabkan dah lama gila badan ni tak merembeskan peluh yang berbau mashemm. So aku tekad nak join. Tapi tu sebab kedua sebenarnya. Sebab pertama aku nak join adalah kerana jiran aku merangkap kawan masa aku kerja kat kedai buku tu ajak join. Dan last-last minute, dia tak jadi pi pasai balik kampung. Okay, emo sekejap.


Tapi tak pe lah. Aku redha. Aku pujuk diri dengan berkata, mungkin dapat jumpa abam-abam hensem kat sana. Lagipun ini lah masanya kita naik bukit secara berjemaah dan berjemah, baru lah funnn.



Hari : Hari kejadian (eh?)


Pepagi parents aku hantar pi tempat pendaftaran, padahal dekat je pun. Takpe lah jimat tenaga nak naik bukit nanti. Lagipun gua takut terserempak dengan anjing, satu hal pulak kalau kena kejar nanti. -________-



Awkward i must say. Orang lain semua ada geng. Aku lak forever alone kat situ. Rasa kesunyian kejap. HAHHA. Dah daftar , tukaq baju. Sumpahh la, tandas dia ada satu je. Tengah tukar-tukar baju, pakcik-pakcik bebudak laki yang kat luar tu duk ketuk-ketuk pintu. Ada yang nak tercirit la, ada yang nak kencinglah. Nampak sangat tak sabonya. Yelah, nak terberak terkencing mana boleh sabar ye dak?




So settle tukar baju, aku pi beratur dengar taklimat. Semua ada geng. Sedih lagi sekali. Cuak nebes pun rasa sengsorang. Sumpah la weiii semua nampak fit-fit kot. Sobs. Gerun iolls tahu tak!. Tengah dok tunggu taklimat, tetiba :

"Heyyyy, nasib baik ada geng!"

Muka aku macam blur, pastu, eh siapa dia ni? selama 3 saat. Sekali kakak jiran aku yang tak jadi pergi tu pun join sekali daa. Jadah la aku tak kenal jiran sendiri -______-. Almaklumlah lama tak jumpa dia.


Yeayy finally ada geng lah nak naik bukit sesama nanti. Habis taklimat je, dorang akan lepaskan ikut kategori setiap 5-10 minit. Takut jam atas bukit. (Apa kau ingat jalan raya je jam?)



Kitorang yang kategori memuda ni ada 4 checkpoint. Pakcik makcik yang veteran ada 3 je checkpoint. Sesuai lah dengan kudrat dorang kan. So sampai giliran kitorang, maka berlari-lari anak lah menuju ke Bukit Saga. Budak laki dorang lepaskan masa first tu. So, memang tak menyempat lah nak usha-usha, tengok gaya pon semua bebudak jenis baya-baya adik aku je, bebudak lepasan SPM. Cehh




Nak pergi first checkpoint punya lah lama dan jauh. Before this kan aku pernah post pasal naik Bukit Saga dengan adik and abang aku en? Expectation aku, dia sama route dengan yang adik aku bawak before this lah kan. Sekali dia guna route lain, route lagi jauh. -_____-. Pastu dulu adik aku stop takat tempat yang ada tempat camping and dia kata dah sampai puncak. Sekali tempat yang dikatanya puncak oleh adik aku tu, baru first checkpoint weh. FIRST CHECKPOINT.

Kakak jiran aku tu dah mengah dah masa sampai first checkpoint tu. Aku suruh dia rehat dulu, aku pun lepak lama sikit la tunggu dia nak amik napas. Padahal aku lagi gemukss kot, dia tu kuruihh je orangnya. Maybe tak sempat nak workout lah kot sampai stamina kurang. Tapi aku pun sempat buat 2-3 kali burpee je seminggu before naik bukit.



Kakak jiran aku tu suruh aku pi dulu. Aku pun pi dulu lah even ada rasa bersalah. Tapi kena go on lah, kalau berhenti lelama nanti jadi makin malaihh nak teruskan. Aku pon gerak. Masa tu depan aku ada 2 orang yang kemudian tak nampak bayang dan 2 orang lagi kat belakang yang kemudiannya hilang dari pandangan. Aku sorang. Sorang and still go on. 


Tak lama lepas tu geng baju hijau, kuning mula kelihatan. Geng pakcik makcik. Bapak cepat dorang sampai. Ada uncle cina tu siap berlari lagi. Muka dah macam 55++ dah umur dia. Bapak ahhh. Wehhh pakcik ni makan apa wehhh. Aku yang tua ke pakcik tu yang tua? Padahal budak pompuan depan aku da jalan terbongkok-bongkok macam nenek kebayan dah. Tertukar jasad dengan pakcik tu apa?



Banyak kali jugak aku berhenti dari satu checkpoint ke checkpoint yang lain. Bagi amatur macam aku, jarak checkpoint ada la dalam 45-60 minit. Kalau dah pro, maybe makan masa 25-30 minit je. Aku pun memang take my own pace lah pasai ada asthma. Kang tak pasai-pasai kubur kat hutan pasai orang tak larat bawak turun. Choiiii


Checkpoint kedua tu, aku tunggu lah sat kakak jiran aku tu. Tapi tak jugak muncul. Masa tu aku fikir satu je, patah balik ke dia?



Dah 10 minit tunggu tak jugak muncul, aku gerak balik sengsorang. On the way nak pi 3rd checkpoint, aku ada nampak sorang budak pompuan ni, duduk. Muka macam tak larat gila, pastu duk urut-urut kepala. Aku rehat la kejap sebelah dia. Pastu aku offer dia minyak angin yang aku bawak. Sebenarnya aku bawak minyak angin tu sebab lately aku asyik rasa pening-pening, dalaman kepala kengkadang rasa bergegar and rasa macam nak tumbang, tu yang aku bawak tu.


Aku tanya dia nak tak? Dia kata takpe. Sela 3 minit, aku tanya dia lagi, pastu dia cakap takpe. Time aku nak pi sambung panjat bukit tu, aku tanya lagi. Eh kali ni nak pulak. Degil pulak budak ni.HAHHA. Aku tunggu, tapi seems like macam lama je dia amik masa nak apply minyak tu, so aku minta permission la nak blah dulu, pasai ada lagi sorang budak pompuan pun yang baru datang duduk. Aku just cakap, nanti bagi je minyak cap kapak tu kat organizers, nanti aku amik. Dia cakap okay je , aku chow.



Checkpoint ketiga tu aku tak ingat lak kat mana. Yang pasti ada lalu dekat kolam something. Pastu kena daki lagi. Perhhh. Kaki aku dah macam kaki kayu. Keras. Rasa macam ikat dumb bell kat kaki pun ada. Tapi aku still go on, memang dah tekad gila-gila lah nak habiskan. Checkpoint pertama je aku nampak orang depan kat belakang, checkpoint dua pun sekejap je nampak ada orang kat depan and belakang. Lepas je checkpoint 2, memang satu sosok tubuh orang depan belakang aku tak nampak. Memang berjemaah sangat.



Bila sengsorang tu , mula la imagine bukan-bukan. Satu je aku imagine, kena terkam harimau yang keluar dari semak samun. Pasai hari tu ada orang cerita nampak harimau kat situ. Aku tak tahu lah, Allah lagi Maha Mengetahui kan, so tawakkal aje.


Lepas je checkpoint 4, dah start turun tangga. Aku hepi pasai dia turun, so tak de lah mengah. Tapi masalahnya tangga dia panjang bebenauuuu. Aku ingat sekejap je. Dah lah bawak kaki macam kena simen. Rasa macam Cinderella in tracksuit sangat.



Pastu on the way nak turun tu aku jumpa sorang auntie ni , 60++ i guess. Dok turun bukit dengan tongkat. Aku pun tanya la, auntie sorang ke, auntie dari mana, auntie bla bla bla. Malangnya keempat-empat soalan tu dapat jawapan yang tak menepati format, atau dalam kata lain menyasar. Tanya lain jawab lain. Takpe lah auntie oi, saya turun dulu lah ye.


Pastu nak hujung - hujung point tu aku jumpa sorang chinese girl ni, tak tahu lah muda dari aku or tua. But dia ni la orang yang aku bagi potong masa memula race. Dari gaya macam dia sakit kaki, sebab dia jalan bertingkot-tingkot. Tapi tu lah yang aku terkejut, aku dapat jumpa dia 5 minit masa memula and dekat-dekat penghujung nak turun bukit ni baru aku jumpa dia balik. Dia pakai ilmu apa? Pakai awan Goku ke?. Heran wehh. Tapi maybe dia tak berhenti berjalan kot, istiqamah berjalan tanpa berhenti. Sumpahh teringat dengan kisah Arnab dan Kekura. Dalam kes ni dia kekura lah. Salute.



Dah habis race kena pi kaunter pendaftaran. Aku tak dapat nombor. Sobs. Aku dapat tanda tick je sebelah nama aku. Dah lah sijil pun nan hado, ni nombor pun aku tak dapat. Cis. Tapi auntie tu kata aku 20++ lah. Okay lah tu, 20++ dari 40 orang camtu. Not bad.


Tapi part sijil tu lah aku tak puas hati . Kemon lahh, at least bagi la sijil penamat kat orang yang habis mendaki tu. Tak habis mendaki tak yah lah bagi. Even kalau event larian lain pun ada finisher certificate or medal. Tak leh nak buat modal bragging langsung. Eh? Tapi sumpah, tak dapat t-shirt pun takpe kot.

"Buat apa kau nak sijil bagai, kau bukan belajo lagi pun."

"Biarlah kan aku kata nak buat modal menunjuk. Menunjuk kat anak cucu pun boleh kalau belum kiamat lagi"

-______-



Tapi sumpahh la, kepada organizer buat lah sijil. Kalau tak dapat expect  berapa banyak yang dapat habiskan, buat lah kemudian, pastu hantar le naik moto. Next time kalau aku join, harap-harap la ada sijil.



Pastu dah habis urusan kat kaunter pendaftaran tu, kakak jiran aku tu tegur ajak balik. Dan, aku dah agak dah. Memang dia patah balik. Dia kata ramai gak yang patah balik. HAHHHA


Minyak cap kapak lak, aku lupa nak tanya. Padahal baru je beli malam sebelum tu, beli botol besar RM7 yang bapak mahal sebab yang kecik dah habis. Dan aku tak tahu samada budak tu dah bagi ke belum. Takpe lah, adik simpan je lah, buat souvenir panjat bukit Saga.


Tapi kan, aku kecewa lah sikit pasai yang jaga checkpoint atas bukit tu semua veteran-vetera chinese. Bukan nak kat tak de ajk lelaki Melayu yang muda-muda. Banyak kot. Tapi dorang kat mana? Selfie kat bawah. Nan hado nye atas bukit. Sekarang kau tahu kan kenapa majoriti kalau panjat bukit mostly Chinese yang tua-tua yang muka je nampak tua tapi badan masih tegap. No offense. Kang ada pulak yang datang komen mengamuk pulak.HAHHA 







p/s : 
Lepaihh ni, kalau nak naik bukit gua tak mo pakai pashmina hitam lagi. I've learned my lesson. Panaihhh woiii.




.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.