29 Nov 2012

durian crepe

Assalamualaikum.
Sabtu lepas aku pergi perasmian MAHA.
under kelab MyAgrosis yang aku masuk secara tak ikhlas.
lol.
Sempat lah aku merasa durian crepe.
aku ingat aku kuno,ketinggalan.
sebab baru nak mengenal dan merasa durian crepe.

and hari ini aku nampak kawan aku dok tercari-cari,
post kat facebook lagi gambar durian crepe.

nampak tak kat situ yang aku tak ketinggalan?

HAHHAH


 
 
aku akui durian crepe ni sangat lah comel.
geram tengok.
tapi aku prefer lagi makan durian yang ori,
without making it into durian crepe.
lebih khusyuk rasanya.
 
jadi maybe itu kali terakhir kot aku guna duit aku beli durian crepe.
kalau orang belanja tu... lain citer.
HOHHOH.
 
 

26 Nov 2012

Kisah Semalam

Assalamualaikum.
25/11/2012
7:30 pagi


Ok dia takde la 7:30 pagi sangat sebab waktu tu
aku tengah terhegeh-hegeh jalan masuk U balik.
lepas beli bateri AA kat 7 eleven.
tercungap-cungap.
dok tanya kawan sume takde.
then gila aku datang.
pepagi buta aku rushing pegi 7eleven.
 
nampak tak betapa pentingnya ada kedai yang beroperasi doploh pat jam? 


Baiklah kita pergi kepada main point.
semalam aku dikehendaki hadir ke
Konvensyen Mahasiswa Nasional 2012
for the sake of nak dapat kolej sem depan maka aku hadir.

 
yang ni tag peserta.
ye aku tahu yang kau tahu apa yang aku beritahu.
 
[Amaran: post kali ini memang panjang]
 
Sampai sana jamah breakfast.
ada lah samosa kecik , dan  beberapa kuih yang moden.
 
[bakal Mak mertua jangan marah , i kenal kuih yang tradisional je.HAHHA]
 
Dah makan , aku dan rombongan Seman masuk dewan.
Asyik rombongan Kiah aje , Seman baru RARE.

dalam dewan.
 


masuk dalam dewan,
aku terkejut. aku ingat salah masuk dewan.
melihatkan aku dapat beg merah berlambang tutt.
raba-raba dalam beg pulak ,
nampak bendera Malaysia dan bendera tutt .
sejak bila aku daftar masuk pergerakan politik tersebut?
bila kawan aku cakap...

Biasalah...benda-benda macam ni
 then aku mengerti.
tapi sumpah rasa tertipu.
ingatkan macam ada talk la pasal how to be good leader,
bla... bla... bla...
sekali lain.
aku hanya mampu buat muka annoyed dan =.=
 
sesi pagi tu mata aku terbukak la jugak ,
but not 100% focus,
dengar just dengar memandangkan aku rasa tertipu.lol
habis sesi pertama,
yang nasib baik takde pasal politik sangat pon.
 
kitorang pergi melahap yang bermaksud MAKAN.
 
 
 
 
makanan biasa. tapi aku serang daging. lol
 
 
 
habis makan. solat zohor.
lepas tu masuk dewan untuk sesi kedua.
nasib baik lagi takde politik sangat.
tapi aku tido.
untuk dua sesi talk ni asyik-asyik nyanyi lagu.
start nyanyi lagu, habis pon nyanyi lagu sambil kibar bendera.
aku hanya dapat buat muka boring dan =.=.
 
 
 
semangat patriotik itu ada.
tapi memang aku tidak sesuai untuk menda-menda macam ni.
i mean those politics things.
definitely, not me.
 
kat sana sempat lah snap-snap picture.
padahal selalu je pergi PWTC waktu pesta buku.
 
 
 
 
 

 
petang tu kami diberi token.
naik lrt ke bukit jalil. tengok bola Malaysia vs Singapore.
tiket fghee yang budak lelaki memang suka.
lrt tu memang dah siap tempah untuk kitorang.
naiklah kau berhimpit-himpit dalam satu tren tu.
 
 
see!
sampai aku dapat snap ketiak budak lelaki tu je .
padat tak padat.

 
 
penuh sampai takde  tempat aku nak berpaut.
boleh pulak budak lelaki bersandar kat tiang aku nak pegang.
ikut hati mahu aku cepuk kepala dia.
yelah , aku dah pegang dulu kot ,
sibuk pulak nak landing badan.
 
aku rasa aku ada bakat main skateboard ,
berdasarkan keupayaan aku imbang badan dalam lrt tuh. 
=.=
 

sampai di bukit jalil.
 
 
sampai sana , makan dulu.
makan kat pusat akuatik.
sambil tengok Pandalela berlatih.
okayy aku tipu. takde Pandalela.
 
 
 
 
 
makan tak semeja dengan menteri belia dan sukan.
 



 
before masuk kitorang dapat tiket and kain kuning ni.
yang pasti kain kuning ni bukan dari bomoh.
 
 
before masuk stadium , solat maghrib dulu.
masa nak keluar dari pusat akuatik tu ,
nampaklah AG HotFM dengan Fizo Omar dalam satu bilik.
Agaknya tulah tempat para retis yang nak tengok bola berkumpul.
aku perasan 2 tu je.
sebab budak laki sibuk amik gambar mengalahkan pompuan.
aku nak tangkap gambar jugak tapi memikirkan dorang
cuma retis biasa dan ya orang biasa-biasa saja
dan hanya dibezakan dengan title "artis" sahaja.
 
ah lupakanlah 

kata aku pada aku.
so masuk stadium.
 
 
 
 
 
 
 
 
masuk. snap-snap gambar . blah.
aku blah sebab aku benci berhimpit dengan laki.
fobia tau tak?
takde lah sampai fobia but feel unsecure.
maka aku dan sorang kawan lagi chow.
walaupun kena labur duit sendiri untuk balik,
tapi aku rasa worth it.
i don't like watching football either.
 
 
 
 
pergi KL Sentral. tukar KTM ke Padang Jawa.
sampai KL Sentral pukul 9:00
turun pergi platform 5.
tengah-tengah tunggu ,
ada sorang pak cik tua ,
kawan aku tegur.
 
pak cik nak pergi mana?
 rupa-rupanya pak cik tu orang Indonesia.
dia baru lepas balik mengajar budak, and nak pergi Klang.
kami borak-borak.
 
He questionned us.
 
Kenapa ya , budak-budak sekarang susah bener masuk ilmu dalam otaknya
banyak kali ajar kok enggak-enggak paham sih.

sebelum tanya dia ada minta maaf.
katanya bukan untuk menghina.
ya aku faham. realiti.
Dia ada bandingkan budak Indonesia and Malaysia.
budak Malaysia macam malas sikit. tak mahu belajar.
well aku terpaksa setuju. sebab adik aku pon main game je.

*sigh*

kebetulan kawan aku pon pernah pergi Indonesia,
and dia akui. Semangat belajar sini and sana lain.
Pakcik tu cakap anak dia doktor.
lupa pulak nak tanya laki ke pompuan.
kalau laki nak tanya "ganteng enggak anaknya?"
HAHHAH.

Sepanjang perbualan,
sepanjang kitorang tanya pakcik tu,
pakcik tu tanya kitorang,
aku dapat extract satu peringatan yang agak menarik.

pak cik tu cakap

pagi-pagi jangan makan nasi lemak.
makan roti letak keju , letak telur minum susu.
(dengan pelat indonesia)
 
 
ada untung jugak kalau tengok sinetron.HAHAH.
 
 
actually pakcik tu dah lama kat situ.
dari pukul 7:00 sampai pukul 9:00 tunggu KTM tak sampai-sampai.
cakap-cakap, komuter sampai.
 
 
ALHAMDULILLAH!
(kata pakcik itu dalam nada yang sangat bersyukur!)
 

kitorang berpisah kat situ.
sebab sume eksaited nak masuk komuter,
sebab da lama gila tunggu.

tengah eksaited nak berlepas,
dengar pengumuman kata komuter tu punya perkhidmatan
sampai situ sahaja . sampai situ SAHAJA.
baru masuk dan kitorang kena keluar.
=.=

ada sorang makcik india mencarut.
keluar je dari komuter tu,
ada sorang akak mengamuk.
mana tak mengamuk hoi!
tunggu lama pastu bila da masuk kena keluar.

aku hanya mampu tengok.
ada yang sibuk rakam.
nak masukkan dalam youtube agaknya.LOL.

tengah-tengah tunggu.
datang sorang  pakcik.
pakcik tu tanya aku.

pakcik tengok je korang dari tadi.korang pegi konvensyen kan tadi?
ni tengok ni,
beg merah sama dengan kamu.
 
aku pon angguk-angguk je.
pastu dia tanya kawan aku menteri kedah siapa sebab
both of them dari kedah.
tak pasal-pasal kawan aku kena serang dengan soalan bertubi-tubi.LOL

pakcik tu sangat ramah, sampai certain time,
aku rasa pakcik tu aneh and kadang-kadang aku cuak.
then i found that rupanya memang pak cik tu jenis ramah.
pastu dia suruh kitorang belajar jangan melencong.
banyak kali kot dia remind.
=.=

then komuter sampai.
berpusu-pusu naik hoi.
naik komuter.
komuter bermasalah lagi...
=.=
pergi sri petaling then dia patah balik,
pastu kena tukar komuter kat next 3 station.
dah lah penuh , panas lak.
kalau nak gi bukit jalil tadi ada lah ruang bernafas.
kalau jatuh pon kau boleh cecah lantai lagilah.
tapi kali ni kau jatuh memang tak cecah lantai.
depan-belakang-kiri-kanan ada orang.
kau jatuh macam ada orang sambut
walaupun dorang memang tak nak sambut kau.


sempat la muka aku disapu oleh rambut amoi.
bengang jugak.
dalam hati aku:
 
dah lah berhimpit macam ni , yang kau gerak-gerakkan kepala tu kenapa?
kalau aku spesis yang makan rambut , memang aku dah makan dah, sebab geram.
dan it turns out dari marah bertukar ke mesra.
ya, kami berbual on the way nak pergi 3 station lagi tu.
rupanya dia student gak.
hoi mesra kitorang berbual , boleh gelak-gelak.
dendam kesumat nak makan rambut terus hilang.



 
 
bila dah tukar komuter tu,
kitorang dah duk jauh-jauh.
so aku dan kawan aku just baca buku on the way ke Padang Jawa.
hope pakcik dari Indonesia tu selamat sampai ke destinasi beliau.
 
dah lah tu. 4 jam jugak aku menaip ni.
habis cerita setakat tu.

 
 
 

Persoalan:

1.Kenapa majlis-majlis macam ni pengiring-pengiring wanita yang mengiringi orang-orang
   berpangkat besar selalunya seksi?
   kain belah sana-belah sini.Berkemban.
 
   pastu  aku rasa waktu konvensyen tu mesti ada mata yang tak fokus ke depan.
   yelah awek kat sebelah, tayang belakang badan dia free-free kot.
 
cadangan 1 : Please lah cari yang pakai tudung pastu tak seksi. Tudung tak labuh takpe.
                     asal bawah dada sudah.Rasa macam mengeksploitasi perempuan pun ada.
cadangan 2 :Susah cari perempuan bertudung.Replace je dengan lelaki berkot segak bergaya.
                    Kami yang perempuan ni nak cuci mata jugak.Asyik lelaki je.Kan!
                    (nada annoyed)
 
2.Kenapa susah sangat nak ingatkan peserta untuk solat?Announce mahu tak mahu baik tak payah.
   I found that ramai lelaki tak solat zohor.lepaking.
   Ramai juga kaum adam yang datang bulan hari tu.
   Sedih kalau ini acuan pemuda akan datang.
   Perempuan maybe datang full moon.
   lelaki?
 
cadangan 1: Announce betul-betul waktu solat. Solat tu penting. Kata negara Islam.
                    Kalau tak nak ajak remaja ke arah Tuhan, jangan suruh orang yang solat hadir.
                    Ajak tu yang tepi-tepi jalan tu.Yang dalam kelab malam tu.Yang tak SOLAT.
 
3.Dalam LRT why u no pisahkan section lelaki dan perempuan.
   Seolah-olah menggalakkan percampuran.
 
cadangan 1: Rancang betul-betul.Y tak bagi perempuan penuhi ruang dulu then baru lelaki.
 
4.Makanan kat pusat akuatik tak cukup.Sebab budak lelaki buas macam tak makan setahun.
   Kenapa tak prepare bahagian lelaki dan perempuan untuk amik makanan.
   Lelaki tak gentle langsung, semua dia baham dulu.kawan kat belakang dapat cebisan ayam je.
 
cadangan 1: Dah tahu event ni besar, prepare makanan cukup-cukup.Pisahkan bahagian lelaki dan
                    perempuan.Ini kena berhimpit pulak dengan lelaki yang pentingkan diri.
 
5.Aku tak tahu y lelaki nak tengok bola kat stadium.Dahlah jauh.Lobang hidung pemain pun tak
   nampak.Tengok kat tv kan nampak siap zoom lagi kot.Dahlah free.
   Bayar RM30 untuk melalak dan melihat dari perspektif miniature sahaja definitely not worth it bagi
   aku.
 
 
 
 
Last conclusion:
 
1.Aku taknak masuk stadium.Sebab adanya perhimpitan.Lelaki kat sana semua doesn't care to protect
   the girls.Bagi dorang Football comes first.Aku taknak masuk stadium.
 
   
Tiket free in future?
No thanks.
2.Kecewa dengan budak lelaki.Kalau behave sekejap memang tak boleh ae?Anda mahasiswa.
   Terpelajar.Jangan perangai serupa orang yang tak pernah dapat didikan agama dan moral.
   Kemahiran sivik tak perlu dibaca pon kau boleh tahu.Etika hilang pergi mana?
   Pergilah tunjuk perangai bukan-bukan tu kat public.Pergi tunjuk.
 
3.Pesanan saya kepada pihak tertentu , kalau mahu ajak siswa-siswi sokong, bukan begini caranya.
   Mereka ada akal mereka tahu. Let them choose , don't force .
   Kebanyakan mereka datang untuk amik benefit not to really participate.
   I really know them. Biar mereka sedar sendiri. Jangan tayang apa yang anda dah buat.
   They hate that.And please remind them to remember Allah, they will love it.
 
 
 
 

 Aku tak menyokong mana-mana parti.But I'm hoping the best for my country.
Kalau MEREKA berdamai untuk naikkan negara ISLAM ini lebih baik.


.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.