28 Apr 2012

PBAKL 2012 part 2

haippp baca part 1 dulu!



actually aku ada terbaca
review bout novel KELABU ,
kata best lah , pertama kali jumpa novel camtu lah ,
bla.bla.bla.
aku pun hmmmm why?why?why?
apa yang hebat sangat kat novel tuh sampai semua orang puji?
tak boleh jadi , mesti kena usha !

google punya google ,
then aku found out yang novel ni novel FIXI .
pastu nampak review novel FIXI kat Dunia Sebelah Zara .
baca punya baca , aku macam eh nak beli yang mana satu dulu ni?
then aku decide nak beli PECAH dulu .
hahhhah cerita pasal KELABU alih-alih nak beli PECAH .

nyatalah minat aku terhadap bidang penyiasatan tak pernah luntur .
even sekarang pun aku still simpan cita-cita nak jadi saintis forensik,
padahal realitinya aku sekarang dalam bidang sistem maklumat bukan sains.
sadis .T.T 


aku cakap kat diri aku kat pesta buku tu tadi :


ahhh , kalau jumpa belilah . kalau tak jumpa , tak pe lah .

sekali aku terjumpa booth dia .
memang takdir aku untuk beli novel kat situ .
heh heh heh .
aku grab PECAH and SPERMA CINTA .



fine sperma cinta .
kau mungkin fikir ia novel tak senonoh .
jangan risau setakat ni ,
review-review yang aku tengok ,
semua tulis tak de benda tak senonoh dalam tu .
don't judge a book by it's cover mungkin sesuai .
dalam kereta tadi pun aku agak cuak .
ye cuak sebab takut mak aku fikir
yang anak dia baca novel bukan-bukan.


puan emak : tadi beli novel apa?

aku : ini ha . (bagi novel)
        tapi novel sperma cinta tu orang cakap cerita kelakar .
        nama dia je macam tu .
        (harapan moga mak aku tak fikir bukan-bukan)


nasib baik mak aku cool . tak fikir bukan-bukan .


masa shopping dah tamat adik aku kata .
so masa nak chow tu aku ternampak booth jemari seni .
aku ingat nak beli aA+bB .
yup aku tak berkesempatan lagi beli ,
sebab kesempitan wang .
lol .
mula-mula aku fikir ah cukup lah untuk tahun ni .
then aku nampak diskaun 25% .


aku pun.
...
what???
nak terjojol mata aku .
ye lah tahun lepas 20% je .
heh .
nafsu .
nafsu .
nafsu .
*geleng-geleng*


encik adik : dah la tu . kau dah banyak beli dah .

aku : ah sape suruh kau bawak aku lalu jalan ni? kan aku dah nampak!

encik adik : ah meh sini aku tutup mata kau tu .

aku : =.=

(adik aku cepat-cepat tarik aku keluar)

okayy kali ini segunug penghargaan aku bagi kat adik aku .
kalau tak ,
tamak dan boros lah aku .
padahal novel berlambak lagi tak baca kat rumah .


oh last sekali ,
aku sempat usha al-quran .
aku nak yang kecik.bertajwid.ada terjemahan.
aku jumpa satu je harga RM59.
tapi susah sikit nak baca .


round tempat lain ,
then aku nampak al-quran ada terjemahan ,
but tak de indicator tajwid lah .
tapi cantikkkkk .
kecik.senang nak baca.
ada terjemahan.muka surat dia warna-warni ikut juzu' .
cool huh?


kau tahu tak kat situ tulis harga RM40.
tapi aku dapat harga RM35.
again aku rasa itu takdir.

aku beli . rezeki .

ALHAMDULILLAH .




doakan aku untuk sentiasa membaca al-quran .
sebab aku tengah latih diri aku .
aku tertarik dengan orang arab yang amalkan
baca al-quran tak kira masa .
sangat cooool .
serius cool sangat!



-cik nanad-

PBAKL 2012 part 1

PBAKL 2012,

kawan aku pernah tanya pebenda nih?


so aku pun terangkanlah

PBAKL tu stands for Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur.

there you go. =)




apa yang menarik kat sana?

-macam biasa diskaunnnnn
-ada penulis novel yang datang
-ada lelaki hensem  *kening-kening* okay ini aku gurau.


okeh mula-mula sekali booth yang aku pergi ,
booth kaki novel ,
dengan hajat nak beli novel M.A.I.D and Doktor Cinta.
ya aku tahu aku ketinggalan zaman .
but who cares.
sempat lagi aku buat research tengok review dekat blog-blog kul 2 pagi tadi,
so far komen positif ,
takpe takpe nanti aku baca ,

since aku dah listkan pagi tadi novel yang aku beli ,
aku just grab and bayar .
tak boleh lambat-lambat .
nanti encik adik marah .
well laki~
kesian bini dia nanti , bukan jenis boleh dibawak shopping .
tak sporting langsung . heh .

dah habis bayar adik aku tanya ,

encik adik : sape yang duk kat meja tuh?
aku  : penulis novel .
encik adik : ye lah aku tahu , tapi sape ?
aku : entahhhh , tak tahu , tak kenal , lantak ahh asalkan aku dah beli novel yang aku nak . 

kitorang pun ke stesen seterusnya.
kitorang masuk dalam hall .

dalam checklist aku ,
aku nak cari komik GENG 5405 and STUDENT KING .
sampai booth gempak starz mata aku terus melilau cari .
adik aku ni bukan boleh percaya sangat .
nanti dia membebel , lama lah itu lah .
shopping ngan geng pompuan jugak best .
kat sana adik aku amik komik UNDER 18 ELITE ,
and bersungguh baca time dalam perjalanan balik ke rumah .
aku macam pfffttt , aku kata :


weyh , agak-agak ah . baik kau baca je kat sana tadi . baca je sample dia .
tak payah beli . tak menghayati betul , cis! .
at least , biarlah jejak kat rumah dulu .


adik aku sengih .
ye lah masa dalam kereta tu ,dalam beberapa minit je ,
dah separuh dia baca .
dan kat rumah ni dah habis dah dia baca .


aku kata baca sample sebab ,
kat booth gempak starz tuh kau bukan
boleh grab and bayar .
kat sana tu dia display sample dalam 2 .
then dia bagi borang ,
kau isi lah nak yang mana .
pastu kau tunggu nombor kau tiba baru kau bayar .
selagi kat kaunter tu tak display nombor kau ,
jangan ngengada nak bayar kat kaunter .
kira ala-ala pejabat pos .


okay sambung part 2.







23 Apr 2012

halal ke?

Ada satu hari tu aku dan kengkawan aku berbincang sementara menunggu lecturer masuk kelas .
Well tajuk yang kitorang bincangkan adalah berkisarkan makanan .
Tajuk ni tetiba timbul sebab kawan aku yang sorang ni nampak nun beberapa meter dari kitorang ,
ada sorang kawan ni (si B) makan choki-choki.


A     : Eh tahu tak choki-choki tu haram ?
Aku :.......

aku mula-mula berlagak cool . 
tapi secara jujurnya aku tak berapa setuju dengan tindakan kawan aku ni ,
yes tak setuju sebab dia bercakap dengan kitorang ,
why not dia pergi kat kawan yang makan choki-choki tu cakap bla.bla.bla.bla.
lepas dengar apa yang dia cakap tu , aku terus rasa awkward .
sebab ada lagi 2-3 kawan kat sebelah yang juga terdiam dan merasa awkwardnya moment tu.
so aku pun....

Aku : cop halal dia tak betul .

aku just jawab tu .
ustaz aku dulu kata halal yang betul ada tulisan kat tepi-tepi tu ,
dari jakim ke hape ke .
but dekat choki-choki ikut pengalaman aku ,
just tulis halal dalam jawi then ada bulatan .
sebab tu aku dah boleh dikatakan berhenti makan choki-choki ni .

ya lepas aku jawab tu suasana sunyi balik . 

Aku : Kalau tak rasa ragu-ragu boleh je makan .
A     : Eh mana boleh camtu!
Aku : Orang ni macam-macam jenis . Kalau selagi dia yakin benda tu halal , boleh je .
C     : A'ah ada je yang macam tu .Boleh kalau dia yakin makanan tu halal .
A     : Ishh tak nak la ikut pendapat yang macam tu .

then aku bukak pulak cerita time aku matriks dulu . kisah pasal rocky .

Aku : Tahu tak rocky tu tak de tanda halal?
          Masa kat matriks dulu ada roommate ni beli rocky .
          Dalam hati ni mengharap la kawan ni offer .
          Bila roommate ni offer , aku pun excited la nak rasa .
          Time nak amik tu tergerak hati nak check kotak rocky tu .
          nak cari tanda halal.
          Hasilnya aku tak jumpa sebarang tanda halal pun .
          Tambah membuat aku ragu , kat situ ada tulis dari thailand .
          tak de tanda halal dah tu dari thailand .
          faham tak?
          Kawan aku tu dah start serba salah .
          Aku just nasihat yang kalau dia yakin and tak ragu kehalalan rocky tu ,
          makan je la . Kalau yang macam aku yang dah ragu-ragu ni ,
          memang tak boleh makan lah .


A  : Kan takde tanda halal . Takkan dia nak makan jugak.

Aku  : Orang ni kadang-kadang mana check sangat tanda halal ni .
           Buktinya ramai lagi kottt yang makan rocky tuh .
           Tambah-tambah dari kecik lagi dia dah biasa makan .
           Pastu sekarang korean madness ,
           Semua sibuk nak try makanan korea .
           Bukan aku nak cakap semua kedai korea tak halal .
           Halal makanan yang dipilih bukan dari bahan-bahan je tau .
           Dari segi proses penyediaan pun kena halal jugak .
           Lepas tu sushi semua tuh . Sushi yang kat pasaraya .
           Kau tahu ke bahan dia guna even dah tulis halal ? 

Aku  : Macam aku cakap tadi orang ni macam-macam jenis .
          Ada yang bila dia tengok kat bungkusan tu cop halal ,
          dia pi tengok pulak siapa manufacturer dia ,
          whether cina ke , india ke , melayu ke .
          Bila tengok cina yang manufacture dia langsung tak beli .
          Kau kena tahu ada orang macam tu . 

A     : Eh , macam tu pulak . Kan dah ada halal tu ,
          mesti lah dorang dah check siap-siap .
Aku : Mana tahu manufacturer tu dah tahu bakal ada spot-check ,
          terus dia prepare awal-awal .

Saja aku uji cakap macam tu sebab nak tengok kukuh tak keyakinan dia kat pendapat sendiri.
Si A percaya asalkan ada halal , cukuplah . 
Tapi tak boleh jugak , simbol halal pun orang boleh tiru tau .
Sebab tu kalau was-was rajin-rajin lah rujuk jakim . 
Teknologi dah maju guna sms pun dah boleh .
Tak tahu? google-google lah kan .
Nak download movie free pandai pulak guna google .
*kening-kening*

A    : Eh takdelah .  Tak mungkinlah .

Bagi aku kemungkinan tu ada , bukan nak skeptikal , nama pun manusia .

D    : Tapi kan ada ustaz tu cakap kalau kita masuk restoran tu ,
         Pastu kita tak tahu halal ke tak ,
         Kita boleh je makan .
         Sebab yang dosa orang tu lah , bukan kita sebab kita tak tahu .
A    : *angguk-angguk*

Lecturer pun masuk . Perbincangan mati di situ .
Tapi bagus jugak kalau tak berhenti perbincangan tu dan...
aku balas dengan jawapan kat bawah ni ,
aku takut ada yang sentap and merosakkan hubungan friendship yang ada.


Ya memang kalau kita tak tahu makanan tu haram ,
memang dosa tu penyedia makanan yang dapat .
Tapi kau kena faham situasi ,
Takkanlah kau nak bantai masuk mana-mana kedai ,
then redha halal haram makanan tu sebab bukan dosa tu dapat kat kau .


Apa yang ustaz tu cakap , maybe dalam situasi...
bila kau masuk satu restoran ni yang bagi kau tak de yang mencurigakan lah ,
staf-staf restoran ni semua Melayu , owner dia pun Melayu ,
siap ada dekorasi Islamik lagi .
Alih-alih rupanya kau tak tahu yang ayam dalam masakan dia tu tak disembelih .
Maksud aku dalam situasi yang kau tak jangka and langsung tak ragu-ragu .
Barulah dosa kat pekedai tu sebab masak ayam yang tak disembelih .


Ini tak , bantai masuk kedai ceruk mana entah ,
then terus redha halal dan haram makanan ,
sebab bukan kau yang dapat dosa .


Tolonglah hadirkan rasa ragu-ragu dan was-was sikit .
Ya hadirkan dalam bab memilih makanan ni .


Kau tahu tak kenapa ?
Kau pernah dengar tak makanan mencerminkan personaliti diri kau?
Makanan yang akan effect kau punya perangai ?

Buat-buat macam tak tahu lettew .

Kau tahu kan kalau kau makan makanan yang haram , tak elok ,
nanti boleh kotorkan hati kau .
Pastu kau sibuk tanya kenapa la aku susah nak menghafal?
Kenapa lah aku liat nak solat ?
Kenapa lah aku susah nak terima nasihat ?


Dah faham ?
Tolonglah berubah .
Mungkin kau ingat makanan ni nanti akan jadi taik je .
Silap tu bro , sis , kau punya rohani pun effect tau .
Sebab tu kau tengok sekolah pondok , maahad tahfiz ,
Makanan yang disediakan tu bukan main sesedap rasa ye .
Makanan dorang dikawal ketat tahuuuu .
Tak de dia nak kasi bebudak tu makan rocky waktu petang .

Dah tahu dah kepentingan untuk bersikap cerewet dalam memilih makanan halal?





p/s : seingat aku , aku tak pernah makan rocky kot sebab mahal .
       aku pernah makan nini cokelat celup . celup-celup je .



ciss!

Lokasi : Tesco Ampang

masa tu aku nak pergi popular , nak beli manila card .
on the way pergi popular tu , aku lalu lah kat satu kedai jual pakaian ni .
aku stop.
aku usha-usha baju jap , tetiba penjual tu bangun .
disebabkan aku tak de niat nak beli so aku pun angkat kaki nak chow la.
tetiba penjual tu panggil " cik , cik , tengok baju murah . "
aku pun 'de hek?'

masalahnya adalah bila sebutan 'cik' dia tu
bukan macam sebutan bila kita sebut 'cik',
tapi sebutan 'cik' dia tu macam bila kau sebut perkataan 'mak cik'
aku macam 'cissss! kau lagi tua dari aku kau tahuuuu '


tapi tak de la aku pergi sound dia.
bila dia panggil aku camtu , aku terus blah.
terasa i tau.
biar dia , padan muka , padan muka aku tak beli baju kat kedai dia.
bluwekkk.

*padahal memang tak nak beli pun*









16 Apr 2012

oh IT~

alkisah bermulalah perbualan di antara aku dan seorang makcik merangkap jiran aku.

jiran : kau amik hape kat u tu?
aku  : kejuruteraan sistem maklumat.

(aku jawab nama penuh course aku dengan penuh semangat)

jiran : oh IT (nada cam nak rendahkan aku)~
aku  : (the fish?!) =..=


punya lah penuh aku jawab nama course aku,
senang-senang je conclude.

aku amik IS .Information System.Sistem Maklumat.

sejak itu, terus rendah tahap kekonfidenan aku untuk jawab nama penuh course aku.
bila orang tanya aku, aku jawab je aku amik IT.
sebab respon yang dorang bagi akan sama macam jiran aku.
sekian.



-cik nanad-

randomness #1

kecik-kecik  tak nak pergi perhimpunan,
bila dah besar sibuk nak buat perhimpunan bagai.


tak paham aku.




-cik nanad-




.Fully Owned by Che Nanad.
.Designed by Michilavea.